PUTRAJAYA TIME
Lilypie 4th Birthday Pic Lilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th Pic Lilypie 6th to 18th Ticker

Friday, December 05, 2003

The clock is ticking

hmmm... i only have a few days left to pack and everything. seemed that this 'lazy syndrome' has attack me hard. really hard i tell you. i promised to me self, i m going to take 30min of the day to pack every little things in my drawer. lemme start it today. so by 4 i ll start packing.

today i scanned abt 10 pics of raya & khal. try to put it to picturetrail. tak cantik lah pulak gambar dia. called abun. ingat nak tanya pasai dia nyer pregnancy. dapat berita kawan opis dia mati kena bunuh. and now in hospital. Innalillah. moga2 tuhan mencucuri rahmat ke atasnya. kesian. muda lagi. she is just 22 yr old, and pretty as my sister said.

bulan posa hari tu i think i successfully shred a few kgs. but after raya... naik lah balik. dah ketat dah kain ni. maknanya dalam 55 kg ada kut berat sekarang ni. apa lah nasib.

hari ni en H cuti. ingat balik keje ni nak ajak dia gi carefour beli motor utk khal (sbg hadiah dia berenti isap puting........!!!!) baru gi sg besi rumah kakak dia. tengok lah nanti camner.

itek angsa itek serati
berkejaran sampai tak terurus
dah habis posa makan tak berenti
camni bila badan nak kurus

~adios~

Thursday, December 04, 2003

Upgrade

I ve successfully manage to do a few task today. apa-apa pun seme yg di buat tu personal.. bukannya achievement pasai keje pun. ( by the way i ve at least touch the work that i suppose to do.. it just that it is not finished yet... sabar laa... )

--> called bonuslink and realreward .. register and buat replacement card. i have to have these 2 cards. banyak sangat point terbuang. dengar KY dapat macam2 free gift dari shell.. rugi pulak rasanya. yer la... telekom dan TNB tu dah tentu lah bayar tiap2 bulan. same goes with fuel. tipa2 minggu kena isi. so why not sign up for point card tu. takder rugi pun rasanya.

--> dapat upload photos kat blog nih. thanx to www.picturetrail.com

--> berjaya gi pasar. dah berhari2 aku berhajat nak masakkan mee goreng utk orang di rumah. asik2 penuh jek pasar tu. so kul 12.30 tadi shoot.. dan membeli segala yg patut. harap2 balik petang nanti tercapai hajat menggoreng nya.

--> kena stop. 3.30 dah

daun pudina si daun pegaga
sedap juga si ulam raja
blog pun blog lah juga
tapi keje jangan di lupa

~adios~

Wednesday, December 03, 2003

Got nothin to say

nothin much to say. i ve been lazy all these time. donno why.
cuma nya... raya dah lepas.
16 hb ni aku pindah ministry baru. how will that effect my life? belum tau lagi
ma & abah dah register ngah TH. insyaAllah bulan 3/4 dapat tahu leh gi ke tak.
my LMP is 15/12. in case i cannot recall the date.
i ve been happier than i ve been these past few months.
i ve celebrated my 3* bday with my other half. no cakes no present, but he allowed me to take leave and spent time with him. (does that called celebration? dunno.... hubby oh hubby... )
other than that.. my khal .. is still my khal with new skill........... menangis.. merengek jek asik asik....... sampai mummy dia hilang sabar.

and after typing all this... im still lazy. got one task need to be done.. but it just lying there. got no mood to even look at it. oppppppppsssssss... botol sudah bunyi.
main air di batang kali
lain kali tulis lagi........

Thursday, November 06, 2003

Nak tulis jugak..

Dah berjaya buat 2 hari nih..

1. Guest Book
2. Counter

Cam budak kecik dapat gula2 jek aku nih.. atau khal dapat main bola... happy sbb mission aku setakat ni berjaya.

oh yer... en H tipon said thanx for the 'raya card'. tu lah kalau aku kata bini dia ni sayang bini dia tak caya................

pastu dia kat pasar lak. kalau ada ketam suruh dia beli dan boleh aku masak lemak ketam hari ni.... best gak tuh. dah 11 ramadhan ni dah boring nak gi beli kat pasar ramadhan tuh.

nak siap kan paper utk board dgn segera, so have to pen off sulu. sebenarnya idea mencurah

Hari ni punya citer

Macam-macam citer hari ni. tapi sebelum aku lupa, nak congratulate diri sendiri sbb dah boleh letak guestbook. hehehehehehe.. ingat susah sangat. thanx to darkampo and dr.max. sbb dr.max buatkan darkampo blog ngan guest book sekali.. pastu aku amik dr darkampo. diorang tu langsung tak tahu kewujudan aku..tapi terima kasih bebanyak.

ha... kalau dah ada org tengok aku nyer blog ni (which i doubt so..), sila lah sign..jgn tak sign.

pastu meeting dengan TP baru hari ni. dan dah bg tau programmer bawah aku yg they have to work had a bit la (wpun aku sendiri pun malas).. dan just as i open this successful blog (yg dah ada guestbook tu lerr..) M bg tau dia dah settle satu job. Good Job girl.. i know u can do it.. just need a little push here and there. pastu boss bg aku keje dah........... tu lah dia tau aku asik lepak kangkang jek kat sini.. hehehehehe.

so aku dah ada few task to do which i m glad la.. if not asik termangu2 buat keje org. (haaa.. tadi kan dah kena backfire ngan boss aku cakap.. aku kena buat sokongan dr segi sistem bukan hardware/teknikal.. abih dah udah org teknikal... pikir nya pun cam org teknikal jugak lah.. susah nak switch kan diri ke orang sistem nih..)

CITER HAJI
nak citer satu bender yg quite embrassing ler nih..
sebenarnya kami ni nak hantar ma/abah gi haji. kesedaran ni datang dah lama. tapi hari baru aku bukak mulut ngan si abun ler. (lepas dengar ma dok citer ngan aku asik2 ler orang tu gi haji, org ni gi haji.. lebih2 yg lebih susah dr kami kat kampung.. tersentuh no jiwa aku rasanya). abun pun setuju. masalah nya kami takdak cash selepuk nak hantar diorang. so camner..
abun buat plan pinjam personal loan. kira2 kami kena comeout with 26K. so aku masa balik kampung depavali hari tu pun aku citer lah kat ma/abah. sedih nya........ ma siap nangis lagi. abah pun excited sangat. agak aku lah.. diorang ni mmg dah tunggu lama bila la anak2 dia nak ada kesedaran utk hantar they all gi haji nih. tapi abah cakap la.................... kewajipan abah hantar korang belajar , bg makan minum seme.. tapi tak wajib atas korang hantar ma/abah gi mekah.................. sayu kan.
ma setuju asal sj loan ni tak bercanggah ngan hukum hakam. aku rasa ok (dan begitu jugak adik2 aku yg lain) sbb cara islam satu, dan bukanma/abah yg pinjam tapi kami.
Bila balik KL, aku suruh abun proceed with the loan. dan rozai jd guarantor. ada gak dingdong2. and hubby abun nak sponsor 10K. alhamdulillah. baik jugak adik ipar aku nih dalam tak baik nyer yer.
Aku pun dah call org LTH tanya prosedur.. so dah dapat info nyer. masuk duit 1.3K sekarang dan by March 2004 dah tahu leh gi ke idok. (ikut pilihan kita nak gi bila .. letak dlm pilihan di borang). By July kena penuhkan duit.
Ish... kalau jadi depa pi bestnya............
Oleh kerana apa resultnya pasal loan ni belum tahu lagi.. aku berenti di sini dulu.. nanti aku sambung lagi kalau ada masa dan ketika...

Wednesday, November 05, 2003

Macam macam

Ini blog aku ke?? cam dah tak kenal tuan jekk.. sebenarnya aku janji ngan KY nak gi bank, tapi rasa cam nak update blog nih. nak citer citi.. biasa lah bila baca blog org (aku baru habis baca dr.max punya.. the ever famous doctor ngan kawan dia sorang tu sapa.. yg cite abah dia meninggal.. sayu rasa). baru lah rasa nak menulis dlm blog sendiri.

banyak citer... nanti aku recap kalau ingat. lagi satu, aku hari ni nak wat guest book which i donno head and tails how to do it.. and nak wat counter dalam blog aku, which already ada masa blog lama.. tapi bila aku ubah design.. abis scrip tu tah ke mana.

oh ya semalam aku baca blog ako mustapa. best nye.. al maklum lah aku minat
na tengok dia. camner aku leh dapat add blog dia... citer kelaka giler nih. aku kan suka baca forum kat cari.com tuh.. pastu kat board gossip ke entertainers ke aku lupa lak.. terbaca pasal ako ada panau. sorry ye ako bukan nak aib kan awak.. sepanjang aku dok baca board tu aku gelak jek. nasib baik tempat aku duduk ni jin bertendang.. wpun cluster org tak leh nampak..pastu tepi tingkap. so terkekek kekek la aku sorang baca. really hillariuos la.. diorang kat board tu betul2 lawak la.

ok..ok.. nanti yang mulia ky marah aku lak lambat2 nih.
nanti aku sambung part ii pulak ok..

ooooooooooo........ sebelum lupa (atau kalau aku tak jadi update blog hari ni).. aku baru miscarriage. dalam sebulan. takder rejeki khal nak dapat adik..........

Tuesday, September 23, 2003

2 bulan setengah punya citer

well..well... what am i going to write today. what kind of person am i? janji..nak update blog tiap minggu... tup..tup 2 bulan setengah!!!!!!!!!. promise..promise.. malas dah nak citer pasal ni lagi.

banyak - mestilah banyak.. perkara yg berlaku dalam hidup.. apa yer antaranya.. takder yg terlalu significant kut pd bulan ogos.. haa 31 ogos.. buat kat sini. and i myself gi tengok parade.. fuhhh cam tak caya jek.. patriotik juga aku ni yer. i was like so engrossed with the parade.. i shed tears lagi. cam overwhelming semacam lak perasan aku. dengan khal pun happy semcam tengok askar/polis.. dengan ada pertunjukan udara sekali. real betul la rasanya. pendekkata BEST. yg tak bestnya hari tu aku gaduh dgn en H... nangis2 jugak la. hal nya.. my sis nak dtg ..gi parade sama2.. masa tu lah dia sibuk tak nak pi.. nak gi..tapi ngan motor.. tak nak konvoi. ngamuk sakan lah aku. last2.. sampai2 jek kat padang org parade tu.. excited sgt sampai jatuh terduduk coz tanah tu licin.. my hubby said.. itu la derhaka pd suami. pulak...

lately... aku rasa cam preagnant jek. ada sikit uwek2.. so 2 minggu lepas beli kat farmasi test kit ( 5 inggit jek)... haaa apa lagi jalur gemilang terserlah. so confirm lah pregnant. last week gi first antenatal checkup di klinik. dah check. masalah aku tak ingat my LMP... so aku main taruk je lah. so ikut nurse kira.. my due will be 5/5/04. nak ada adik dah khal......... insya allah. ikutkan aku happy gak kali ni. en H pun kata.. pregnant boleh tapi takleh ikut sangat rasa hati.. nak lembik2 ke... nak tension2 ke... hai laki aku sorang ni.. dia ni kadang2 aku tak paham la. dua2 kakak dia bila preganat sampai terjelepek kat rumah 3/4 bulan.. siap amik nopay leave. lembik langsung. tak pulak dikata apa2... disuruh nya aku pulak control2 emosi. dia ingat senang2 je ke org nak raaasa camner bila preganant. seme org tahu..perubahan hormon.. dia tak tahu ke... buat2 tak tahu. aku ingat hari ni nak print out some articles about pregnancy... dalam bahasa malaysia.. kang omputeh tak paham lak!!

eiiiiiii.. panjangnya cam tulis novel. citer aku tak habis lagi. sebelum tahu aku pregnant theres another big event happened in my life. AKU KENA TUKAR DEPT LAGI SEKALI!!!! lagi sekali tu... big boss buat urgent meeting. panggil seme orang. citer pasal pertukaran. ya sudah..nama aku mesti naik. dan memang naik. seperti biasa.. aku ni tak boleh la.. relax dan cool jek bila boss dah bagi arahan. mesti nak bg piece of my mind. and that piece of my mind will stab me back.. melenting lah jugak.. tapi akhirnya terpaksa akur.. nak wat camner. this is life. balik meeting jumpa immediate boss. the thing he said that still stuck in my mind was... you are indispensable.. buat have to follow the management... take it in positive way. well ... sweet words.. terimakasih lah boss. takpe... life does not end here.

so..here i am at new dept...doing ?? nothing yet. kena buat development. sitting just behind someone i could not tolerate. working wise... i ve so much to learn (wpun dah dikira senior)... environment wise.. the whole thing make me sick. ( sbb aku asik nak uwek2 spanjang masa....)

surat transfer aku dah karang... ingat nak pindah department..pun masih berbelah bagi. aku ingat nak realxlah seminggu dua lagi.. tengok camner.

semalam member lama si ida dr kedah tipon. waaaa jd manager dah kawan aku sorang tu. besh nya. nasihat2 dia tu..ada gak yg masuk tinga aku. thanx ida.

i ve to stop here. later i will write again, not knowing when is 'later'

Friday, July 18, 2003

MY JAPAN EXPERIENCE

tHIs is nothing to do with today.. ini adalah kenangan setahun yg lalu. yg aku janji akan tulis.. walaupun back dated.. i ll try to write 1 page aday..
JUN 2002 - member aku Yati sibuk suruh aku apply for JICA course. aku kata layak ke? dia kata dah check dah .. ething ok. so aku downloada borang JPA.. borang JICA. isi borang..bg tau boss. dia kata ok.. but recommendation part aku kena buat write-up on his behalf. tak icah... asalkan boss bagi.
JULAI 2002 - tiba2 org JICA dr Japan Embassy bagi fax. katanya JICA Japan dah nominate my name for the course. tunggu JPA jek. ding-dong ding dong... tipon sana tipon sini.. JPA kata dia release wpun takder surat. issshhh best nya dapat gak aku gi Jepun. Tak sangka betulla. setelah kawin dan dah ada anak pinak lak tu. kenapalah masa bujang peluang sebegini tak datang yer. tapi sebenarnya aku tak bernasib baik. masa aku di tempat lama dulu.. tak ingat tahun baper.. patutnya it was my turn to go for SEARC course. apa nak buat masa tu gomen freezekan seme yg nak gi obersea. so tak dapeklah nolong. aku ingat masa tu last.. kak hasnah dan yatie dapat gi pakistan. patutnya the next yr would be my turn ( I think India). ahhhh.. itu citer lama. Pastu akulah pulak dalam dilema. camner lah nak tinggal khal. he was only 1 yr at that time. berjalan pun belum lagi. berbelah bagi betulla... nak gi ke tidak. tapi hati mmg berat nak pegi sbb nak kenal tempat orang....
AUGUST 2002
Masa dah dekat nak pegi pun macam2 halangan dan rintangan. Nak membeli barang2 keperluan nak gi Jepun pun asik bertekak dgn en H. Mana taknya dia.. ini tak leh.. itu tak leh.. ini tak payah.. itu tak penting... ishhh rimas betul lah aku. my main prob is i got no money. so i solely has to depend on him. pinjam en H 1000 utk beli barang. (kadang sedih jugak ngan my hubby ni.. dengar citer dr org lain.. hubby siap bg hadiah jek duit utk beli barangan..tapi aku terpaksa MEMINJAM!!). asik2 masam muka. asik2 perang. akhirnya beli lah jugak barang2.
Ma & Abah pun dah sampai seminggu sebelum aku berangkat. Biar Khal get used to ma. sebelum tu pun ma dah cakap, berenggang lah ngan khal. tidor biar ngan papa nya. bg aku pulak.. mana boleh.. masa aku ada di MESIA lah nak dok dekat2... nak peluk2.. nak cium2. nanti bila aku dah gi Jepun.. boleh lah aku terkenang..
Akhirnya.. siap lah jugak segala keperluan.
Passport
Pi lah buat passport di Kajang. Problem lah pulak. sebab.. i was born in Singapore. so kata kerani tu.. i have to show them some proof that i was only there for a short time. mana pulak aku nak cari bukti. terus aku gi ke CC near by.. buatlah karangan sikit, citer pasal abah dlm army dan bla-bla-bla. sib baik gi ngan mak engku. ada gak member. masa tu jumpa lah dgn member yg nak gi sekali tu.
Briefing di JICA
Tak ingat the exact date mungkin 20 plus August kut. Pi lah Jalan Ampang, kat NIKO hotel. jumpa sapa yer.. ala lupalah that woman punya nama. dlm bilik tu adalah dalam 7 8 orang .. semua nak gi under JICA course. isi borang.. gitu gini.. gambar segala.. pastu kena pi amik ticket flite. ooo naik JAL yer. siap mintak moslem food dan jumpa member yg akan naik same date and same flite. budak kelantan sorang..pastu member se course si A. so we all arrange dok satu row.
siap dah ticket.
VISA
Visa aku kena gi sekali lagi kat Embassy. rasanya siap dlm amsa 3 hari. en H suruh tanya camner nak amik visa gi jepun.. dia kata mungkin dia plan nak visit aku while i was there. aku.. ok lah sbb under JICA trainee.. surat mmg dah ada. tanya..so the embassy ppl said.. boleh but has to have relatives there. ok.
FINAL PREPARATION
Apa barang yg aku bawa ke Jepun?.. Aku beli 2 beg kotak tu. (polo - 189 aku rasa).. buy 1 get 1 free.
Pastu isi lah segala maggi dan berahim.. segala toileteries termasuk lah sabun mandi/sabun basuh segala. (yatie kata kat jepun serba serbi mahal...).
bAJU bawak 2 pasang baju kurung.. satu jubah. 2 jeans.. 5/6 heali tshir and kemeja. sweater.. towel etc. cam tu pun dah 2 beg penuh. sampai terpaksa lah 2 X unpack and pack..sbb tak maut. abah aku tengok ... siap cakap.. ini macam nak gi 6 bulan nih.. abah gi korea dulu pun tak bawak banyak ni (oh yerr... masa abah aku dlm army..he was sent to korea for 6 mths course... masa ni aku nak masuk ITM..so masa aku register kat itm.. abah takder di mesia.. i was really sad at that time...ini nanti aku citer lain kali..)

26 August
Hari yang ditunggu telah tiba. my flite was at 11.45 at nite. petang tu tiba2 aku diserang sesak napas. giler2 punya sampai aku nangis. aku tension ngan laki aku agaknya. so terpaksa ke klinik dah habih lah 65 inggit. doctor tu pun cakap..aku stress agaknya. so en H pun cool down sikit la.. kalau tak tu asik nak marah jek ngan aku..kenapa tah apa yg aku buat semuanya silap di mata dia.
So malam.. ma abah puteri en H ngan khal pun hantar lah aku kat airport KLIA. alamak... perut aku tiba2 meragam. aku tak check ini lagi. ingat nak tunggu Mr.A. sbb eloklah check in sekali nanti tak pasal2 excess luggage pulak. so aku gi toilet dulu. bila aku kuar dr toilet.. aku cakap ngan en kamarul mana handbag aku.. dia kata kan tadi bawak masuk toilet.. ALAMAKKKKKKKKKKK.... macammana ni..

BERSAMBUNGGGGGGGGGGGG.................
waaaaaaaaaaaaaaa......... 18 July.
kelaka betul.. last week terkial2 aku try login blogger.. siap tak ingat username. tery seploh kali pun tak dapat. akhirnya aku giveup. ingat takleh update blog buat selamanya. tah camner.. baru teringat. tu lah susahnya if there are too many id to login.
eh eh eh.. blog pun dah bertukar wajah.tak kisah lah tu.
3 months update
-----------------
banyak dah bender yg aku tak ingat nih.

yg aku ingat... hari tu sibuk bertungkus lumus pasal family day. akhirnya berjaya jugaklah... kata firim itu hari.

sebelum tu khal bday.

opsssssssss... be4 that aku dah pindah rumah. AT LAST!!!! 3rd of may. merasa gak la dok rumah bawah setelah sekian lama berutus surat dan bertipon. alhamdulillah. doa ku di makbulkan juga. tapi.. sampai sekarang aku rasa menyesal gak la pd diri sendiri. i promised my self that i wont ponteng semayang bila aku dapat pindah rumah.. tapi up till now.. terbabas jugak. tak per aku usaha. from now on aku janji aku semayang asar di opis. kalau tak belayar laaaaaaaaa.

ok back to khal bday. 2 x buat. kat rumah .. jemput adik2 jek. FIRST TIME masak nasik ayam. amik resepi Kak N. bole la. tak sangka gak, tapi penat gilosss la. khal pun kemain nakal lagi sekarang. kakak2 kat opis ni banyak kali cakap.. baca 3 kul.. dan embus kat ubun2 dia supaya kurang nakal nye. infact semalam kakak opis bg nasihat lagi.. baca alam-nasyroh pulak. ok ill try. usaha!

pastu.. masa family day.. masa tu jugak lah enH punya family pulak punya turn. adusss letih nya. balik dr family day.. nak bersiap utk bday pulak... akhirnya tak jadi buat kat P. buat kat rumah cik dah jek.we all gi beli satay kat awan besar, cake di bakers cottage and all the misc di CENTRAL. ok clear...

abun pun dah pindah puchong!!

atoi pun dapat baby girl... arianna namanya. so sweet.

ahhhhhhhh.. tak tahu dah nak tulis apa.. ok ok akademi fantasia.. our faverit tv show rite now.

lain2 tak menarik. or tak ingat apa yg menarik to be exact.

Monday, April 14, 2003

ntah.. aku kesini selepas seminggu tidak menjenguk internet. kalau setahun dulu.. aku sendiri tak percaya yg aku boleh live without internet for a day, let alone a week. sibuk benar aku sekarang ni yer.
hari ni dah 14 april. last aku taip 26 februari. aku ingat almost a month. rupanya almost 2 month.
tapi takper.. aku recap sj.
march
---------
apear yg berlaku di bulan march? aku sendri sudah lupa. mungkin takder event besar.. ehhh aderrrrrr.. aderrrr. rupanya aku kena pindah seksyen. rupanya aku di operasi tak diperlukan sangat. ingat amik tempat kak mil. wpn aku tau tugas berat, tapi bila orang dah suruh aku buat sj lah. and i really was bz that couple of week. tiba2 tup2... aku ditukarkan ke spp. effective on 1 st april. it was like an april fool joke, but nevertheless it s not. so.. rasanya hari2 terakhir aku di operasi.. aku mengemas. balik mengadu pd en H.. dan dgn harapan baru semoga aku lebih 'rajin' di spp. doakan.. doakan.

april
------
aku kena pi penang. tugas terakhir aku di operasi. boss minta aku jd penyelaras. ok lah. but i donno this task would be so difficult . i would say no coorperation , no team work.

pastu.. 4/4.. bawak khal balik kampung. first time naik ktm. best jugak. khal tidur nyenyak sj. aku pun ok. dok di kg sampai ahad.. balik dgn bas ke P. so khal ngan nenek dia buaat sementra waktu. mummy pun rasa tak sanggup ... tapi apa nak buat, papa ko tak leh jaga.

9/4- aku bertolak ke penang. keje2 cam biasa. outstation kali ni gak luar biasa kerana aku naik BAS. ingatkan tak best, rupanya ok jugaklah ...
10/4.. dapat berita ma/abah dtg kl rupanya. laaaaa.... tapi best gak, khal ada.
yg lain2 biasa sj.

14/4,,, hari ni.. patutnya aku taip bender ni sj hari ni. cam biasa aku janji pd diri sendiri, bila aku on pc, on internet aku akan tulis, even a sentence in my blog. tak macam hari ni. tapi janji pd diri sendiri ni ibarat promises are simply made to be broken.......hmmmmm

semalam aku gi rumah abun. en H keje. gi dlm kul 11 lepas kak na dan kak ja balik. sempat beli baju di fajar ngan ma. balik P dlm kul 630. tengok dia dah lain macam. marah lah tu. heran lah.. aku bukan gi mana. rumah my sister, itu pun dgn khal. bertekak sebab makan khal. aku PENAT. tidur terus. nampaknya perang dingin. ntahlah.. mmg aku salah. tapi aku memang PENAT!!!

Wednesday, February 26, 2003

can u believe it.. due to my stupidness i lost wotever i wrote, it was like 3 pages and nothing comeout after i cliclk that dumb mouse.
dahlah lepas 2 bulan baru terhegeh2 nak update.
never mind since now i still have the energy and mood to re-write wotver i wrote. well but the feeling would never be the same.
meh i RECAP all ( or some of it) incidents happen this past 2 months : -

1. My planned to move to Selangor - CANCEL. ari tu kan aku cam beria-ia sangat. dah draft surat.. bawak balik kat en H. dah discuss and we decided to stay at puncak alam. dr sana kita akan commute. tup2.. aku TER main hphone dia dan namapak dia call ex gfren dia. apa lagi ngamuk lah aku. so i decided not to walk in anyone shadow, if i fail if i succedd, at least i live as i believed. no matter wot they take from me.. they cant take away my dignity. ( haaa.. kan dah kuar lagu feveret aku tuhhh). biarlah aku dok rumah sendiri (wpun kuarters kecik nonet tuh), dr numpang rumah orang. ok fine.. masa dia sayang. pastu kalau ada apa2 jd.. we never know wots goin to happen rite? so CANCELL
2. My appeal to pindah rumah finally see the light at the end of the tunnel. thanks to my fren mak engku. without her i dah giveup utk merayu2 lagi. so i tried again. a week after that , lulus and after that they even gave me the add of a new house. got the letter olready and i even paid TNB the deposit. malangnya kunci tak dapek. due to no water supply. so sekarang ni aku jd penunggu setia lah.
latest news dr authority we cant even move in MARCH. so wot to do... wait la. jgn ada halangan sudah. well frankly i really love the house. en H seemed so excited. even khal pun.. bila nak gi tengok jek rumah ( aku dah gi tengok dlm 10x).. dia cakap .......umah. cam tau jek. alhamdulillah.
3. oh ya lupa aku.. cadangan ma ngan abah nak beraya haji di rumah aku tak kesampaian. merajuk pulak orang tua tu. so sari sebelum raya haji, diorang balik kelantan pulak. sian ma&abah.. beraya berdua + cucu si princess je lah kat kampung. this remind me to call them after this. lama dah aku tak call ma. dah dekat seminggu. aper kabar lah org tua tu.
4. my good fren Miss A.. dapat gi jepun. i m so happy for her. hantar dia kat airport tu hari. dia akan berada di OSAKA abput 1 month. yg best nya... sana sekarang sejukkkkkkkkkkkkk. tu yg buat aku terkenang2 masa kat jepun tuh. ini aku paste kan mail yg aku hantar kat ami semalam sbb dia nak ke tokyo:

Mail to KakAMi - be4 i ter-forget again :
ami,
ni haa mail dr kengkawan ni.

ooo ko dah nak gi tokyo yer mi? sayang lah tak dapek nak dok TIC (yang.. OSIC hanya applicable to osaka .. kalau tokyo.. TIC). kalau tidak boleh budget sikit makan. dok di hotel jawabnya makan roti je lah yang. ko punya berahim libya ada lagi ke tak?.
pasal internet pun satu.. dah dok di hotel tu susah lah sikit yer yang. takper lah nanti 10 hari tu banyak lah bender yg ko nak update.

pasal jalan-jalan cari makan kat tokyo tu.. aku pon dah tak ingat sangat nama tempat2 yg kita boleh lepak.. nanti aku ingat2 balik k? ni haaa aku tgh reCALLL....

agaknya lah JICA akan bg hotel yg dekat dengan JICA center kut kalau dia kata dekat dgn imperial palace tu.. agak2 aku the nearest stesen is KASUMIGISAKI.

INI YG AKU RECOMMEND
--> di Imperial Palace aku pon gi gak tu hari. boleh lah masuk , tapi setakat kat taman2 dia je lah. dan dr jauh boleh amik gambar palace nye. tak yah kuar duit pong.. cuci mata sj. rasanya dr hotel ko, ko boleh jalan sj. sbb hari tu masa aku ada courtesy call kat JICA center dr situ kita orang jalan kaki jek ke IMperial palace tu.
--> UENO - aku banyak kali ke UENO. nak ke sana, ko amik tren dan transit kat TOKYO atau SHINJUKU (aku rasa kalau ko stay near imperial palace - dr KASUMIGISAKI naik subway ke TOKYO lagi dekat) . pastu amik mana2 JR tren (yg kaler hijau) sbb tren ni laluan nye pi-mai pi-mai tang tu gak. dia pusing satu round. cam aku dulu, aku di TIC kan, so aku tanya kat front-desk.. UENO-eki, ikura deska.. and how to go there.. so dia akan bg tau kita apa tren nak amik and the shortest way to go. same goes with the hotel i think. UENO ni berenti di UENO stesen (eki). dan di dalam stesen it self ada 1 hard rock cafe named UENO-eki, itu yg aku gi 2 / 3 kali tu. pastu, dia ada nama street depan stesen tu yg boleh ko dapat baju2 adidas / kasut dan coklat murah (3 for 1000 yen). perfume pun not bad.
--> SHINJUKU flee market - hari sabtu aku raasa ( ko kena check calendar) ada flee market di SHINJUKU building. gi jek ke Shinjuku-stesen dan jalan dlm 15 minit. kat sini macam2 ada kalau ko pandai pilih. infact aku dapat perfume guchi rush for 2000 yen (dlm 60inggit) which is half of the normal price (RM120). my advice .. ko gi kat young ppl yg jual barang mereka sendiri. sbb selalunya boleh bargain giler. kalau gi kat org yg mmg keje nya menjual kat flee market, mmg dia buat biznes. so dia demand sikit.
--> DISNEYLAND is definetely a must yang. nak ke sana, you have to go to TOKYO-eki. dr sana boleh naik JR line turun disneyland. aku tak ingat apa line- KEIO line kut. fare gi balik lebih kurang 1000yen dan entrance fee ke disnyeland is 5500 yen. kalau ko tak nak masuk pun takper. souveniour nye banyak di jual kat sebelum entrance dan ko boleh amik gambar yg cantek2 pun baik kiri atau kanan. aku rasa kalau ko gi arah kiri ada planet hollywood kut. jdnya duit 5500 yen tu ko dah boleh beli cam macam souveniour utk anak2 ko. sbb nak masuk tu kena pagi2 sbb banyak games dia. dapat org yg ini tak mo naik ini tak nak, buat letih jek. pulak2 ko kata kawan ko tu middle-age lagi laaaa.
oh ya.. kalau ko gi, aku nak kirim ballpoint pen yg besar2 tu.. it is in a packet.. 5 for 1000yen. ko tolong beli, nanti balik aku bayar ye, sbb yg ni hari tu aku beli sikit dan dah habis souveniour kat orang. tak yah masuk dalam, kat luar pun banyak camam-camam jual. (buat pengetahuan ko aku gi 4x.. 2x masuk dan 2x utk beli barang souvenoir jek... aku rasa aku berhabisan kat 30,000 yen)
--> SHIBUYA also is a very popular place. kata orang TOKYO there a lot of shopping complex. bg aku yg best di sini ialah 100yen shop nya. ada 4 tingkat. pandai2 lah ko pilih. tapi cam aku kata lah kebanyakan nya Made IN china and korea. dulu aku beli kipas (kualiti more or less sama ngan jepun tapi design nye kureng), aku beli dlm lebih kurang 20.. semenya habih. pastu chopstick. ha yang ni made in japan.
--> AKIHABARA . kat sini lah org mesia gila membeli belah. it also known as electric city. aper bender pun ader. kat sini lah aku beli camera, teropong Mr H. nama kedai dia LAOX. tapi banyak LAOX, the best is yg depan akihabara stesen pastu ko cross street dia. kat sini pun banyakkkkkkkkkkkkk barang souveniour yg made in japan. but it was quite expensive. just nak bg ko clue.. dulu aku beli.. nail clipper japan yg bulat come tu.. dlm 400 yen each. coin purse dlm 500 yen, mirror jepun 500 yen. chopstick dan kipas dia ada banyak range.. 500-2000 yen. tell u yang.. mahal. kalau ko nak beli utk diri sendiri ko belilah tea set ke, pasu dia yg itam+gold tu ke.. (ini aku beli kat adik beradik dlm 800yen each).
pastu kat sini ada org jual KEBAB kat belakang akihabara stesen tu. rasanya dlm 400yen kot. aku dah makan sekali.. bestttt siot, maklum lah dah lama tak dapat. yg jualnye orang turki, tapi member aku kata bukan muslim.. free thinker. tak tauuu laaaaa.

pastu mana lagi yer. nanti kalau ingat aku mail lagi. tak ingat dah wehhhhhhhhhhhhh.

nanti aku akan mail tempat2 yg aku rasa tak yah gi pon tak per. tapi org selalu suruh gi. salah satu yg aku ingat sbb nama dia unik ialah OMoTe SANDO. ramai org kata best. ini tempat souveniour punya kedai jugak. kiri kanan juai souveniour, pastu ujung sekali ada dianyer temple. aku tak minat (cam aku dah kata pd awalnya lah kannn). so bg aku ngabihkan duit tambang jek aku gi.

this is really a longggggggggggggggggg blog. i will try my very best to write again. NTAH BILER lah tu.