PUTRAJAYA TIME
Lilypie 4th Birthday Pic Lilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th Pic Lilypie 6th to 18th Ticker

Tuesday, March 31, 2009

jumpa pak lah kat picc




sibuk lately ni. Dah 2 minggu keluar masuk opis. Ada bengkel dan kursus. Cuti sekolah budak2. (<--- using E51 at PICC)
continue....

haaa.. dah sampai opis. kejap sungguh event nya. gi pukul 10. balik kul 11.30. sempatlah tengok pak lah. in a way its like farewell speech lah.... semua orang pun nak rushing jek... baik ksn mahupun pm .... ada lah bender yang dikejar nye tuh..

ingat nak blog panjang2 kat sana tadi. tapi dah balik opis nih, dah tak terbloglah pulak... a lot of things to catch up.

nanti2 lah..ada masa kat opis ke kat rumah ke boleh sambung.... nak buat claim bulan 3 dulu...

Monday, February 23, 2009

Sekolah Cik Totet











This year, cik totet shift school again. yang lebih dekat dgn ofis mami nya..dannnnnn yang lebih afdal sekali, lebih murah.



Sekolah lama, utk half day hari tu (Cik Totet berkesempatan ke LC selama 3 bulan after my maid flew away), RM210. Kalau nak register tahun 2009, abt rm700 for registration and monthly rm340 including ibnu sina program. (7.30am - 6.30pm). Since cik totet is 5 yrs this yr, we decided to send her to 'ordinary' kindi , and only next yr, full-blast serious 'school'.



Sekolah baru, meant mostly for babies and toddlers and max. age is 5 yrs. but they also provide formal class and mengaji IQRAQ and also some reading Peter&Jane. so we thought bolehlah.. and give her a try.



found out that, she is happy here. quite happy apart for some merengek2 manja pagi2..kalau mood tak baik kena tunggu 5 min kat sekolah, and petang tak boleh pick-up lambat...kalau tak mulah cebek2 nak teriok....


Fees for sekolah baru... registration rm550. and monthly rm210 full day. boleh lah....

This time is Megats Family Trip - CAMERON HIGHLAND





























Susah sungguh nak arrange trip family aku nih.... banyak betul cabaran dan rintangan. Akhirnya dapat jugaklah kami buat trip sekuarga ke Cameron Highland. Ini pun mula2 nya ingat nak gi 2 hari. Siap dah booking, tapi cancel balik friday tu, becuase no takaers. so kami gi sabtu balik ahad.
Ma dan Abah dr kelantan all the way dtang, hari isnin, pusing dr rumah atoi, rozai, aku dan pegi dr sini. balik dr cameron terus ke rumah abun pulak.

so this is the itenary... more or less lah...


sabtu (21 feb 2009)

6.00 pg - bangun masak nasik lemak dan goreng ayam (sambal sotong dan sambal ikan bilis ma dah buat malam nya..)
8.30 pg - bertolak dr rumah
9.30 pg - kumpul di r&r rawang sambil breakfast
1.30 tgh - sampai di rumah peranginan brinchang(lalu ikut simpang pulai, lebih jauh dr tapah, pastu musing turun balik...tapi less bengkang bengkok, oghe muntoh di galakkan lalu ikut ni... )
2.00 ptg - baru dpt check in sbb rumah belum dibersihkan
makan tghari, nasik lemak bekalan
3.00ptg - gi tea-shop (cameron).... ke arah brinchang (near equotorial hotel) hirup udara tak berapa segar (cameron lo ni tok sejuk doh). minum tea sambil bercanda di ladang teh
4.00 ptg - singgah di ladang pick your won stroberi..tapi gi jek..tak lalu lah tgk nak petik2... tak memberansangkan pun.
4.30 ptg - singgah di brinchang sayur2an area - tak tau nama, tapi banyak sayur dan buah. beli fridge magnet di sini
5.30 - 6.30 ptg - jalan di pasar malam (hari2 ada), macam2 ada. yg best sekali jagung bakar... tastier,sweeter and nicer dr bandung.... pastu segala cendawan dan sayur celup tepung..besh...besh
beli payung cameron highland.
7.00 mlm - 9mlm - acara barbeque ..................
11.00 mlm - 1.00pg - acara dewasa gi rosa pasadena... buat apa? rahsia...

ahad (22 feb 2009)
6.45pg - bangun hirup udara segar. barulah rasa sejuk sikit. tapi tak dok asap kuar ikut mulut
8.00 pg - breakfast - masak nasik, panaskan lauk semalam, masak sayur chap choi lagi, roti sapu marjerin + jem stroberi made in CH
9.00 pg - banie & family balik dulu, sbb aleef ada rugby tournament kat sabak bernam
9.30 - check out
9.45 pg - gi pasar sayur/bunga brinchang lagi..tak habis2 diorang ni beli sayur. bila lah nak masak tak tau lah... pastu berebut2 beli bunga. aku sekuntum pun tak beli..malas,
10.30 pg - gi cactus point, tengok cactus dan bunga2an. budak2 gila tengok cactus kat sini. 6 pot rm10
11.00 pg - on the way balik , singgah di pasar tani brincang, budak2 nak beli bantal stroberi. hiii..cameron ni seme nya stroberi. mabuk stroberi dah aku ni.
11.30 pg - singgah di Kasimanis stroberi park..saja tgk stroberi lagi..tanpa jemu. makan aiskrim kat sini. pastu beli lagi cactus 7 pot rm10. share adik badek
12.00 tgh - tak reti2.. 2 family singgah minum tea lagi di Cameron Barat menghala ke tanah rata. kat sini tea tarik rm4, teh o - rm3, honey lemon tea - rm5. cekik darah. pastu scones rm12 for 2 pieces. tah apa2. 2 familiy laagi terus balik
1.15 tgh - bermula lah jalan turun, bengkang bengkok sampai tapah kul 3.00 ptg (kalau tak berenti2... dalam kul 2.15 boleh sampai)
4.30 ptg - makan di r&r ulu bernam - hujan l ebat tok leh meneruskan perjalanan...rehat sambil makan pau tg.malim
6.30 ptg - sampai lah rumah kat putrajaya............... habis lah cerita.

p/s; detail giler aku cerita, cam takdak kerja.

Friday, February 20, 2009

Movie Upin Ipin - BEST!!!!






Anak2 aku memang bukan follower citer Upin ipin ni.. kami tak pernah tengok pun kat tv9. cuma, bila dan cousin2 dia sebuk bercerita, kami tengok lah dalam youtube dan tahun lepas kat pasar malam puncak alam, beli cd pirate rm5 (3 episod jek kut). lepas tu, bila gathering dgn puak2 Wan Salleh, cousin2 dia selalulah quote ayat2 faveret upin ipin.. 'betulll..betulll..betulll... ' dan camam-camam lagi lah......



Tapi memang tunggu movie nya.



so, balik dr bandung, diorang dah sibuk2 nak tengok wayang(tapi budak2 tak tahu pun movie upin ipin dah nak kuar.. asal tgk wayang jek dah ok bg diorang...huh mmg kaki wayang lah budak2 ni..cam mak dia..).



sebelum tu, sebelum gi bandung, dapat tahu hari selasa (10) dan rabu (11/2) ada ujian bulanan kat sekolah wkh jr.. alamak tepuk dahi aku, sbb budak2 will be staying at my sis's hse dan akan ponteng hari selasa tuh.. so aku buat official letter mintak permission utk cikgu kelas dan hari jumaat tu, gi sekolah jumpa cikgu nik dan explain, wkh jr terpaksa ponteng kelas sehari (hari selasa). cikgu nik dgn baik hatinya bg tau akan cuba replace paper hari selasa dia ke hari lain. dan rabu exam cam biasa. it turn out that hari rabu tu, wkh jr pulun semua paper...)


so.....


Hari Khamis lepas, masa amik wkh jr dr kafanya, tengok dr jauh, wkh jr dah senyum meleret sampai ke telinga.... pe hal pulak ni... pastu bila masuk kereta, cakap 'mummi, abang dapat 45 matematik.. ' aik..45 jek.... pastu dia tunjuk paper...ooo..anak mummy dpt 99 rupanya.... so aku gi lah banjer dia roti canai. happy betul dia dpt 99% tuh..almaklumlah sepanjang dia pernah exam ke, test, ke dr 5thn sampai la ni.. tak pernah dpt 100%. itu lah yg highest nya... hehehe



balik, dia cerita ngan papa nya........... so aku ingat mmg nak banjer dia dan cik totet tgk movie upin dan ipin lah...



hari jumaat, papa diorang suruh aku book citer tu on line, malam ke... sbb sabtu dan ahad dah penuh aktiviti. check dan cuba online.. mmg langsung tak dapat. so papa dia pi je alamanda, walk-in, dpat lah tiket kul 6.00 ptg. kami gi tengok, dan budak2 happy dan enjoy sangat. mak paknya pun enjoy. siap jumpa si elly dan anak2 lagi...



citer dia simple, yet so enjoyable. mmg lah tak boleh nak compete dan compare dgn walt disney punya cartoon, but the character were so alive and dearly near to our heart.. culturenya..kata-katanya, mimik muka nya.. bg aku bersahaja dan menghiburkan. masa nak kluar GSC tu, ada sikit2 rasa sebak lah... proud to have some dedicated malaysian yg boleh produce movie cam ni... aku tengok seat semua punuh... box office meletup rasa nya citer nih... keluar jek GSC, aku siap sms mana member2 yg aku teringat kat HP, suruh they all pi tengok.



oo..abt wkh punya result ujian bulanan 2 berlian...






  • maths - 99%
  • bm - 92%
  • english - 92 %
  • science - 86%
  • p.islam - tak ingat.


sebenarnya yang dia bawak balik ke rumah hanya paper maths dan science, yang lagi 3, dia bg tau jek, dan katanya cikgu terus collect balik. tak setuju betul lah aku, at least bawaklah balik rumah suruh mak/pak tengok, tau lah kita anak2 kita kat mana lemah dan kat mana nak baiki... hmm takpe lah ini test jek.




aku bukan apa, sampai sekarang belum decide nak hantar wkh jr ke tuition atau tak.. tgk anak2 member semua dah pulun dah... dgn kelas malam nya, dgn english kat smart reader nya.


anak2 aku biasa lah cam mak nya..seme hangat2 chicken shit... last yr, rasanya adalah dlm 4 bulan ke smart reader every saturday, tution english. pastu bila dah cuti sekolah sampai la..tak proceed. utk tution malam, mmg langsung takdak harapan, sbb wkh jr kalau weekdays, kul 8 pm jek dah tergolek dog, sambil makan pun boleh tidur.


tapi pikir2 pulak, rasanya beban sangat kat dia nak tution berat2 nih... let them enjoy the weekend. tu lah, nak tgk result dia, kalu dah cam ala2 OK, tak payah nak kejar2 sgt tution nih ... bg aku dapt A tu pun OK dah, bukan nak excellent, cuma taknak anak kita left behind sgt... kdg2 kalu aku rajin, tengok2 kan jugak dia punya homework, dan suruh dia buat ulangkaji ..tapi kalu rajin lah... tak consistent, bergantung kpd tahapa kepenatan dan kesabaranku .


tengok lah..rasanya...smart reader tu boleh dipertimbang kan. saturday... pagi smart reader dan petang ..taekwondo.. sunday boleh kami sekuarga jenjalan.....