PUTRAJAYA TIME
Lilypie 4th Birthday Pic Lilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th Pic Lilypie 6th to 18th Ticker

Monday, February 04, 2013

Jalan Jalan Ke Tokyo 24 - 28 Jan 2013

Parking dulu , cerita kemudian. Harap tak berabuk dan bersawang blog ku ini.

Booking tiket pada Feb 2012... percaya atau tidak tiket airasia X return hanyalah RM580 seorang.

Kali ni pergi dengan group yang gak kecil. Kami hanya ber12. Tiada tour leader, hanya bersandarkan pengalaman abang ipar yang pernah bekerja 1 tahun di sana pada 2010. Dan konon2 aku lah yang pernah ke sana in official visit .. Kami ialah independent travellers.

Masa pergi..yen sangat OK. RM360 untuk 10,000 yen.





 
1st day
 
Flite kami 2.40.  Booking extra nasik lemak utk makan bila sampai Haneda Airport. Sampai dalam 10.00 malam. Sangat smooth. Immigration clear. Custom also clear. So lepas lah segala mak neka makanan yg dibawa dr malaysia aka - sambal daging, sambal ikan bilis, nasik impit, telur masin dan nasik. beras dan tin2 juga brahim serta maggie juga penuh dlm beg masing2
 
Memang plan utk tidur diariport saja malam pertama. dah survey dan tiada masalah. tidur saja kami di arrival hall, dengan sleeping bag dan tidur saja di long bench. bilik air sangat dekat. ada airpanas untuk maggie dan vending machine utk air. cam heaven. cuaca belum begitu sejuk, almaklum kat dlam airport. kat luar belum tentu.
 
So malam sebelum tidur, usha cam mana nak ke Hotel esok. Mmg dah survey di internet.. google maps ialah my saviour. boleh naik keikyu line direct ke hotel. guna asakusa line dan turun di ningyocho. subway map dan jr map pun dah di print dari sini. so ke tempat mesin tiket dan ada cute policewoman dan assist camner nak amik tiket fare. org jepun mmg baik.
 
esok, pagi2 lepas breakfast (makan nasi bentang tikar bagai), terus amik subway. agak teragak.. dan datang lah Ms.Aki.. dia bantu kami naik train yg betul dan dia pun turun di station yg sama. Nak lagi best, siap bawak kami ke hotel. 2 x salute orang jepun ini.
 
nanti kita check gambar kemudian. i have to take from othe ppl camera. mine takdak.
 
 
2nd day
lepas sampai hotel, hanya boleh letak beg. kerana chk in adalah pada jam 3.00 petang,
so, destinasi hari ini ialah UENO, ueno park, akihabara dan balik rehat.
 
ngantuk sangat dah..sambung bila2 lah
 
adios
lajie
 


 

Happy new year 2013

Hmm... tahun baru datang lagi.
alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah swt untuk menghirup udara segar bumi yang indah ini.
hamba mu ini sangat kerdil dan penuh dosa dan noda. ku harap keampunan mu ya Allah dan moga tahun 2013 memberi rahmat kepada kami sekeluarga.

i am blessed with your anugerah and so thankful, dearest Allah.

ini adalah kata2 sepatutnya diucapa diawal tahun, tapi hanya sempat dizahirkan sebulan selepas itu.

i am now an independent mom. meaning ..theres no more domestic helper around my house. how do i cope? we ll see...harap2 survive.

Jalan-jalan ke HongKong Aug 2012

28 August - 2 Sep 2012

This is an overdue post. I ve become such a bz officer, moms and wife. Banyak benda tak sempat.
Should blog about my trip last year.. see 1 year laps and I m still havent had the time.

Takper lah..sikit3 je lah.

Ke sini kerana masa pergi Guangxhou Shenzen and Hong Kong last year, kami tak sempat masuk Disneyland. Sebenarnya tiket diambil sebelum ke Guangzhou. Masa tu kursus kat Sg.Petani. Malam tu buka airasia, ada offer. Tiket for 4 person return was about RM2000.00. So pikirkan itenary memang tak masuk Disneyland, pejam mata aku swipe jek kat.

Ok Cerita kemudian, Wanna share a few pics first


HOTEL
---------

seperti biasa aku booking agoda.
opps bukan booking.com dan bayar di hong kong. ini untuk hotel di kowloon setelah bergerak keluar dari disenylan. dok di shamrock hotel. utk 3 malam. rasanya lebih kurang rm1200.00. tapi hotel ni sangat best. dekat dlm 2 min dengan MRT. quite big, dan saya masak2 di sini.



tapi oleh kerana tujuan asal ialah nak ke disneyland.. decided to stay 1 nite kat disney resot. nak merasa kata orang. saya berhabisan rm1500.00 utk 1 malam di disney hotel dan 2 hari tiket masuk ke disneyland untuk 2 dewasa dan 2 kanak2.
so lepas touch down, kami amik octopus card. naik bas ke ? gate. ini factory outlet. tapi tak beli apa3.
lepas tu dgn mrt tanpa keluar dr bangunan, terus ke disney. transit amik disney train. terus check in (ramainya orang....). dan dlm 4.30 petang terus ke disneyland. cik totet sangat bahagia, ada orang disney bagi hanky kecik konon2 celebrate birthday.

 

 

 


 


Cara nak booking..pergi sahaja ke website disneyland hongkong. kalau cepat booking  kadang2 diorang ada diskaun 20%.
Yang kurang nya trip kali ini ialah CUACA. Cuaca sangat panas, kadang2 terlebih dari Malaysia. Sangat tak selesa bila jalan berpeluh2. So nasihat saya..alang2 ke oversea tu, carilah masa yang SEJUK sikit. No more going over a trip musim panas.. a big NO NO


Yang kurang 2 x trip ini ialah, wkh jr jatih sakit hari ke 2 dan mami nya pun turut sama hari ke 4. so kami berdua duduk di Shamrock hotel dalam selimut sambil gigil-gigil. Habis ubat2an yang dibawa.

 so dari hari ke 2 ke hari ke 4, kami ke madame tussaud dan jalan2 sekeliling. dengan keadaan yg tak berapa best. ladies market? percaya tak.. temapt yang wajib dlm agenda, kami tak pergi. hanya sekejap di sport streer (dekat dgn ladies market), beli kasut wkh jr (adidas - adalah murah 20/30 dari malaysia).. terus balik bilik.




hari 2nd last sebelum balik hanya cik totet dan papa nya jalan2. diorang pergi star avenue dan naik ferry.



last day - balik.

overall trip ke hongkong ok lah. jalan langsung tak susah. makan halal pun banyak. area kowlonn banyak restoran pakistan dan ada turki jugak. masjid kowloon pun besar dan best. mrt sangat efficient. local people - bolehlah dikatakan helpful. english is everywhere.
makan bg kami not so bad.. sbb 3/4 masak. dan 1/4 sj beli.

till later.

Thursday, July 05, 2012

Perjalanan UMRAH - Day 1 - Jalan-jalan di MUSCAT OMAN - While in OMAN - The unexpected transit

11 Jun 2012
----------------

Ini bukan travelogue UMRAH. Hanya sedikit cebisan catatan perjalanan yang rasanya seronok diceritakan dan dikongsi.

Sebenarnya perancangan awal adik beradik en.wan ialah buat umrah sambil ziarah istanbul.
emel2 pembakar semangat dah mula dari dec 2011. dah tengok sana sini dan hampir2 bersetuju untuk trip ziarah istanbul. kos lebih kurang RM67XX dengan tarikh bermula cuti sekolah minggu ke2.

emel setuju kepada cadangan;
------------------------------------------------------------------------------------
salam,



insyaAllah saya dan suami berminat untuk turut sama.


untuk tarikh; saya berminat yang ini

4 Jun - 19 Jun 6990.00 Cuti Sekolah


8 Jun - 23 Jun 6790.00 Biasa


tapi ikut majoriti jugak lah. at least kena menabung dari sekarang, rm1500 sebulan. fuhhh pecah kapla.

-------------------------------------------------------------------------------------------

kemudian senyap seketika, dan emel di circulate lagi;
kami2 yang 1st timer decide untuk buat UMRAH sahaja dulu tanpa ziarah ke mana2. Maklum lah semangat berkobar untuk buat ibadat... chewah.
Tapi oleh kerana nak juga rasa 2 cop/stamp kat passport (2 negara), kami pun cadangkan untuk ambik transit journey instead of direct ke Jeddah. murah pulak dalam 3/4 ratus.

Cadangan diterima, tarikh pun setelah en.abe negotiate dengan pihak andalusia diberi tarikh 8-22 Jun dengan GULFair. Kosnya RM4990.00

Semua orang terima sebulat suara, dan bayarlah deposit RM300 pada Andalusia. Kami semua ber 12. 8 adik beradik husband. sepasang niece. kami ber 2 ipar.

So dalam fikiran, oleh kerana pakai GULF, kita akan transit ke QATAR Bahrain. Setakat 4 hrs transit, duduk kat airport je lah.

--------------------------------------------------------------------------------------
Mac 2012 - Kemudian dapat berita GULFAir dah tak turun KLIA, so semua yang dah booked guna GULF terpaksa cari alternatif lain.

We decided to use SAUDI and add a few hundred ringgit
--------------------------------------------------------------------------------------
Andalusia then give us a choice, usiang OMAN Air, transit di OMAN. with no extra cost. Semua orang setuju. Tapi tarikh beranjak ke 11 - 23 Jun 2012. Means, hari bukak sekolah, kami pergi UMRAH. Boleh lah...

Persiapan dibuat.... sempat 3/4 kali ke Desa Pandan. Bersesak2 dengan ramai orang untuk dengar kursus UMRAH. dari Dato' Daud Che Ngah, atau abangnya. Ustaz Mohamad. Nampak lah sikit , bayang2 tu. Cik Totet pun sempat ikut 2 kali. Siap ada lukisan gambar kaabah lagi. Kalau bawak dia mesti seronok ni. Next time ya Hani. Khalis sempat ikut sekali.

------------------------------------------------------------------------------------------
A few weeks sebelum pergi, dapat another news, we are going overnight in OMAN. Apakah?
Extra cost lah ni.. sbb instead of transit 4 hrs, siap duduk 1 malam dengan 1/2 day ziarah.
Rupanya, oleh kerana next flight  dari MUSCAT ke JEDDAH laps nya lebih 8 jam, OMAR Air, bagi hotel free dan makan free. ziarah andalusia bagi. Costnya kami kira2 dengan hotel dan makan, dalam a few hundred jugak. so kiranya kami dapat free ziarah lah ni.

itulah sebabnya di katakan unexpected trip ke OMAN. Because it is not in the original plan. tapi, itulah, kita hanya mampu merancang, ALLAH yang menentukan. telah ditetapkan yang kami akan ke OMAN, maka ke OMAN lah kami.

--------------------------------------------------------------------------------------------

OMAN ? The only thing that i knew about the country is my cousin lives there. pernah borak dgn wife nya masa balik cuti a few yrs back, katanya oman tak ada apa.. negara biasa2, ada sultan. negara kecik, tepi laut.
itu je lah yang aku tau. takder masa nak men'google', atau me wikipedia ke.

sebab most of the time, selain dari menyetel kan kerja opis, ma/abah datang untuk jaga budak2, masa tulah nak prepare mentally and physically bekalan 2 minggu di mekah/madinah, to search info abt oman is the least priority in my list.

so 1 week sebelum pergi, message wife cousin di FB, bgtau kami akan transit, kalu ada masa boleh jumpa kat airport.
--------------------------------------------------------------------------------------------
1 hari sebelum pergi, tour leader call, we r not going to madinah first, kita akan terus ke mekah, so orang lelaki kena pakai ihram di hotel di OMAN dan kita semua akan mandi sunat iharam / solat sunat ihram semua di OMAN, dan berniat UMRAH di qarnul-manazil, atas flite.

what??? terkejut dan terkedu sekejap mendengarnya. what i ve been practising in  my mind dah tak boleh pakai ni..
dah cakap2 dlm diri, gi madinah dulu 3 hari, dapat lah mensucikan diri, praktis bangun malam untuk solat - sebab kat malaysia tak buat... :(

- ok nanti yang ni cerita kemudian...

----------------------------------------------------------------------------------------
so pagi dlm 9.30 gerak dari rumah ke KLIA
thank abun, zalie, putri and of course ma dan abah kerana hantar kitaorang ke airport. 2 keter. abun amik cuti 1 hari lagi. thanx dear sis.

kami sampai awal. dlm 10.30. so lepak lah kat secret recipe. pukul 11 ada briefing dari andalusia. dlm kul 12 kami semua gerak dan babai semua orang. ramai yang nangis2, tapi anak2 aku cam relax jek. khalis lah ada sikit2 merah mata. (hani bgtau lepas balik lah.. dia malu nak nagis depan orang, so dia nangis masa solat... ala2 keciannya anak mami...)






so, flite dari KLIA dlm kul 2.30 dan we reach MUSCAT dlm kul 4.30 ( 4hrs time diffrence).


airport nya kecik sahaja. dari atas, memang lain benor topologi OMAN ni dari negara2 lain yg pernah disinggahi. mendatar dan flat sahaja.

see the pics,




oo ok.. about the flite and the food.
ok lah, dapat 1 x heavy ( full meal - rice) dan 1 x lite (sandwich)
ada tv, so sempat jugak tengok my favourite movie yg tah berapa kali aku tengok  - i ve got mail
----------------------------------------------------------------------------------------

baik hati cousin aku, dia dgn wifenya datang fecth kitaorang diairport. stay kat golden tulip. so instead of naik coach ke sana dgn ahli rombongan, kitaorang gerak ke hotel dgn kereta imi.

lama jugak baru dapat bilik. bilik ok. hotel ni dlm 3* lah lebih kurang. dekat nak habis maghrib. sebelum tu kitaorang solat jamak takkhir zuhur dan asar dalam salah satu bilik conference kat hotel tu.

kemudian, imi bawak jalan2 di OMAN. they have about 2 mil population. dlm 800K foreigners. rakyat biasa. bangunan tak tinggi. macam brunai lebih kurang. ada sultan. oleh kerana dah malam, dan diorang tau esok 1 of the ziarah place yg tourguide akan bawak kami ialah di matrah souq, and matrah souq is the only souq yg banyak bender sikit nak beli.. so kita pun tak menyinggah mana2 mall (ada 2 mall sahaja pun di sini, dan kata imi&reen, diorang pun kalu nak shopping diorang gi dubai. 4hrs drive).

bawak ke 1 restaurant untuk dinner. alamak lupa langsung nama restoran tu. makanan quite nice. ada mandi rice lamb and chicken. dan 1 daging yang OMAN speciality. i forget the name, tapi daging tu dimasak di dalam tempayan. 

sebelum balik, jenguklah rumah imi sekejap. dia kerja dengan OMAN gas (lebih kurang). Big boss dah cousin aku nih. Banyak buat harta ni. pulak2 currecny OMAN Rial compare dgn MYR ialah 1rial = 9 ringgit.



---------------------------------------------------------------------------------------
Esok pagi ada trip 1/2 day jalan2 sebelum ke airport. flite ke jeddah pada 4.30 petang. TOur leader bgtau all the men supaya pakai ihram pagi tu. aik, apa cepat sangat. dia pun tak dibrief ke mana akan dibawa, so dia risau kalau tak sempat masa. takkan tak berhenti kat masjid atau sekurang2 nya kat airport tak boleh tukar. so ada yang pakai, ada yang tak pakai. spt biasa, group kami confirmlah tak pakai.

ini suasana kat hotel golden tulip di pagi indah 12 Jun, and the breakfast at the hotel was superb.





--------------------------------------------------------------------------------------
ok.. so here we go 1/2 day ziarah OMAN.
kat mana di bawa nya kami. so, barulah masa ni ada tour guide. 1 bas panjang.
group kami dalam 40 orang.
bawak round istana, amik gambar sahaja
dan stop by kat matrah souq. souq is another name for market. cam kata cousin aku, kat sini tempat yg paling affordable untuk foreigners membeli belah.
so pada sesiapa yg transit ziarah cam kami, masa kat sini beli jgn tak beli. diorang terima duit rial saudi. dan barangnya taklah mahal sangat (depends on what you want to buy). kitaorang juga guna USD kat sini.


the thing that you must buy - kopiah OMAN. very unique. rial 35 and u ll get a and sewn kopiah. kalau duit oman, dalam 3 rial oman, atau oandai tawar dapat 2.5 rial oman.

i bought fridge magnet yang kecik comei - 2 rial for 3. (dlm rm6/= per piece)
beli satu piring hiasan (dah janji together dgn my niece, from now on, everywhere we go, that the thing that we will bring back as colelction is piring) - dlm  USD8/=

husband beli kopiah OMAN lah.
sister in law beli cincin yg sangat cantik. 100 rial. (cincin yg lebih kurang sama , tapi tak sama, di mekah, i beli 200rial)

masa ni panas lah jugak.. dlm 40 degree celcius. terbakar muka mak.





habis kat matrah souq, bawa jalan2 all a few historical place dan last lunch dan last berenti di grand mosque. jamak takdim, solat sunat ihram dan men pakai ihram dan kami terus ke airport.

masa kat airport MUSCAT - duty free tu, beli sikit2 souveniors - utk hani snow glass dan khalis - bola kecik nonet , pen. dlm usd10/=




so berlepas lah kami dari MUSCAT, OMAN dlm 4.30pm dan sampai ke Jeddah dlm 6.30pm.

hari ke 2 ? will story later.

lala.