Rasanya budak2 yg paling happy di trip ini.
Hani komplen asik2 kat LCCT saja, bila nak ke KLIA. So amik tiket pada 2011, rm300 each, naik KLM , KL-Jakarta. Dapat naik di KLIA, dapat naik aerotrain, dapat rasa nasik lemak rm25 hinggit di one of the kopitiam sementara menunggu departure. Dan khalis dapat beli buku diary of a wimpy kids yang at the ned of the day, mak dia yg baca.
4-2-12
Gerak dr KLIA
Sampai dlm 9pm di airport JKT - naik bas ke Bandung. Tiket bas - RP75,000 each. Sampai almost mid-night. Hotel pun telah dibooking melalui agoda.
Hotel comel- bolehlah.
5-2-12
Pagi - merempit dulu di Pasar baru. Beli sikit2 je. Mini telekung untuk persediaan umrah, untuk semua yg pergi. dan 1 set baju putih.
Tengahari - Ke Sang Angklung Udjo. Interesting. Dapat peluang main angklung.
6-2-12
Seharian di transtudio. Subuh2 sapie dah amik teksi ke sini. lepas breakfast, 6.30 pagi dan sampai around 7.15 am. datang awal mengalahkan pekerja kat transtudio ni, ingatkan buka pukul 8, rupanya hanya saturday / sunday sj. hari biasa 9 pagi. so lama jugaklah melepak.
Orang tak ramai sangat. so bestlah, berbaloi lah tiket, dapat naik semua rides, dan tengok almost every show. ada yang berkali2. sempat jugak budak berdua tu jadik extra dlm 1 show budak2. ada juga yang komen transtudio ni untuk local sahaja - kerana kebanyakan or all of the show semua dlm bahasa Indonesia, dia orang tak cater untuk english / deutch. tak macam di saung udjo, perantaranya sangat fluent dlm english dan bahasa belanda.. itu sebabnya di sana ramai foreigners.
tapi untuk kita, orang malaysia, best lah, sebab semua faham.
1 yg berbeza dengan theme park di malaysia ialah layanan staf2 di transtudio ini, sgt friendly dan peramah dengan semua orang.
Jom layan gambar
7-2-2012
hari last. nak balik dah. pegi amik tiket agrogede. jalan kaki, jauh ya amat. nak adventurelah sangat. dah dapat tiket, balik naik teksi, sempatlah sekejap ke factory outlet jalan riau. itupun sekejap jek. sbb 11.00 dah nak check out. Train jam 1.00pm. tiket rp60,000.
Dalam 3 jam sampai ke jakarta. amik cab pulak dalam rp100,000.. straight ke soekarna-hatta.
sampai KLIA naik cab ke putrajaya. penat dah nak naik ERL.
well.. whats an experience. penat tapi berbaloi,
and, 1 thing for sure, we will come and visit u again bandung.
my next entry will be HCM and UAE. insyaAllah
No comments:
Post a Comment