PUTRAJAYA TIME
Lilypie 4th Birthday Pic Lilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th Pic Lilypie 6th to 18th Ticker

Tuesday, June 28, 2016

JALAN2 AUTRALIA LAGI.. THIS TIME ITS PERTH


PERTH - 1 - 6 JUNE 2016
----------------------------------

Hmmm,,,, tak payah ceritalah berapa lama tak masuk blog.. now got distracted with so many other social medium... lupa dah ada blog ... :)


September 2015
-------------------

Cerita2 dengan famili Wan... katanya nak pegi oversea... negara omputeh .. tapi yang mampu lah... tengok2 ada promotion di Airasia.... dapatlah tiket dalam RM650++ return. Tapi hanya kami 2 orang (saya dan Kdah).. yang lain2..tiket dah agak mahal RM780++. But still cheap lah.

2016
------

Diskus2 .. dapatlah dalam 14 orang yang akan join. So bermulalah reeki mereeki segala yang berkaitan Perth...  Banyak sangat blog dan info pasal Perth... belum pergi lagi danh boleh imagine camner rupa nya, kat mana hotel, freemantle segala tu... sangat2 bagus perkongsian dari blogger dan tak lupa forum cari juga... dan ada juga join Facebook Tips Perth.. also very helpful.

Mulanya ada minta dengan travel agent di Perth... all in.. dlm Rm1700 seorang yang paling murah dapat.. ini termasuk makan once a day. Accomadation, transport dan entrance fees. Tapi bila fikir ada yang kena multiply by 4, multiply by 5... kita drop the idea and decide to go all by our selves.

Booking Hotel
------------------

Setelah ditinjau2.. ada 3 pilihan,, samada homestay, hostel or hotel. Oleh kerana kalau jalan2 dengan keluarga Wan ni masak memasak adalah acara wajib.. better ambik apartment yang boleh masak. Setelah di timbang / tolak... kami amaik 3 apartment (2 romms) di City Stay (lebih kurang RM500 1 malam).

Oleh kerana saat akhir ada penambahan 2 orang - abang ipar and wife.. so tak maulah pening2 kepala... I just email to City Stay and they charge $30 per nite for each additional guest.

APartment sangat best .. selesa buat a bit pricey lah.. sebab kami takut nak sumbat2.. so selesalah 2 rooms apartment .. paling max hanya 6 orang sahaja. Boleh jek tido kat hall dia, siap bagi extra bed.. tapi as usual WKH Jr akan menyempit juga kat bilik..,. so itu jadi sempit sikit

Itenary  Macamana
-----------------------

Oleh kerana ini percutian bajet dan tak mau stress2 jalan... ada yg sakit lutut lah.. ada yang pregnant.. so kita decide nak jalan santai2 saja.

Luckily ada program nak jalan ke rumah kawan (kawan CikYana), so we also had the chance to explore kehidupan Perthian ni. (perthian kah?)

So dalam 5 - 6 hari kami di Perth, kami jalan2...

Freemantle (2 kali)
Caversham zoo
Kailis Fish and Chips
Area Perth City (Central Station dan Sekitar) - London Court - ini kelakar...
Segala Coles  yang kita nampak - singgah... KMart...
Big W - Belmont ( corelle hunting - diorang rasa sangat frust, masa pegi, tinggal sikit jek.. seme orang Malaysia dah borong.. patutnya pegi ke Big W yg less famous huhu)
Westfield City - rumah Madam Rozy.. double thumb up... best hospitality, nicest dinner...
Kings Park
Naik ferry pegi seberang

lepas tu asik ulang alik Watertown.. mentang2 depan hotel.

Apa yang dibeli
-------------------

Diorang beli macam2.... ada yang memborong food processor pun di sini.. Corelle berkotak, pinggan corelle loose pun beli... hehehe

Tapi what did 1 buy? Borong perfume kat farmacy kat sini... murah ya amatsss... dalam 3 ketul jek. 1 ketul fossil ... 1 ketul oroton... yg lain2 biasalah mengarut2...

Souvenior utk budak2 opis.. sangat bajet .. keychain, pen dan kaola yg dirembat di megabes e-shed
Untuk adik beradik - set apron

Yang menyesal tak beli - Iron yang macam amway punya tu... philips iron .. only $115 di Big W.. tapi x beli.. super duper menyesal

Makan?
---------

Kalau tak bawak apa2 pun tak apa.. banyak kedai kebab kat sini. Tapi oleh kerana kitaorang sejenis yang masak memasak... bawak segala barangan kering dari malaysia.. so wajib masak lah.. dan kitaorang beli telur, timun, carrot, cili (yg tak pedas2 wpun berjenis2 beli).

Kitaorang jugak bawak a lotttt of brahim...

So antara menu yang di masak..
Nasi goreng
Nasi berlauk kan telur masak sambal
Nasi and sardin
dan macam2 lagi ler.

Transport di Perth
-----------------------

Kalau guna public transport... yang paling best jalan-jalan hari Jumaat( after 6) , Sabtu and Ahad.. boleh ambik family fare... and it valid for the whole day. Banyak save kat situ.

Kalau tak.. 1 way dalam $3 or $4 each...

Taxi nya pun banyak

Ada orang kata sewa kereta pun senang di Perth.

Tapi all in all.. kami hanya guna public transport sahaja. Superb. Balik iaitu pi airport sahaja guna big-taxi.. muat dalam 10 orang .. dalam $100 sahaja.. dengan beg2 yang maha berat dan bertimbun2 itu. Sangat berbaloi. SO 10 orang naik big-taxi, 6 orang lagi naik public transport... :)

Cuaca
-------

Sangat nyaman.. sejuk lite-lite


Conclusion
--------------

A good trip for me and family
The best in Perth - chocolate milk nya... heaven


Lets share some pics
-------------------------














Insyallah pictures part 2 menyusul...




No comments: