Friday, September 26, 2008
hari ke 26
diopis hari semalam dah ramai yg mem babai babai. Hari ni ptg ada perjumpaan dgn ksu pulak. Kalau tak rasanya lg ramai yg cabut awal. Almaklum hari terakhir minggu ni. Di dept aku 90% akan mula cuti. Hari ni jugak budak2 akan melepak d opis blah petang. Harap2 diorang behave la.
Monday, September 22, 2008
Home without aide
Well, 20 Ramadhan... pembantu balik cuti 1 bulan... jadi tinggallah kami anak beranak dan dengan paksa rela semua house-chores secara automatik nya sendiri bikin.
Tapi aku pulak dah tau dekat2 bibik nak balik, pemalas ya Rabbi. I was just telling to myself, ok, have to save all the energy so that, bila aku dah kena buat seme keje2 rumah, tenaga yg disimpan tu keluar sikit2.
Tah la, tapi ini dah 2 hari, dan kerna ianya jatuh sabtu/ahad, so far ok lagi lah.. masih dalam keadaan terkawal. Harap2 semuanya ok.
Sahur tadi, hampir2 terbabas aku dibuatnya. Alarm clock, bila check2 rupanya hanya quick alarm, meaning 1x sj bunyiknya, so dah bunyik semalam, ini hari tada bunyik..... ingatkan hari2..
Well.. sahur the previous nite, kami makan nasi tanpa lauk, iaitu ready made lauk.. sambal ikan bilis + sambal daging.. dan wkh jr makan burger, pastu keropok lekor ihsan dr my good neighbour.. surprise..surprise.. en.wkh, bangun dan tolong goreng burger.
something is not very rite here... my man, who already with me for 8+ yrs, never on his life would wake-up and do 'something' other than, tarik kerusi and makan during sahur.. telah melakukan sesuatu yg aku rasa hebat.. tapi bak kata dia, tok kijo buleh lah tolong..
i do not hope for miracle, tadi sahur.. idok langsung dia bangun malah kembali kpd keadaan normal.. bangun dan makan. Kami sahur nasi, ayam goreng, telur kicap dan lauk ready made.
acara shopping
------------------
en.wkh heran, dia kata kenapa ini tahun aku tidak beria2 sgt membeli dan membelah, baju anak2 ke apa ke. Hai, utk kueh raya, aku dah order almost rm200.
baju pulak.. baju kurung cik totet dah ada 3 pasang.. maroon dan hijau masa abe tah dia kawhwin, julai hari tu ihsan dr cik mah.. dan baju kurung cotton dr labuan yg sama dgn cousin dia si yaya. so itu kira setel.
seluar - ada 2 beli kat bandung april hari tu. budak cepat besar, sekarang dah ngam2. pastu ada skirt dan 2 baju baru, dpt masa birthday dia.
gown - 2 dr bandung (sudah kicik) dan 2 baru, beli julai, utk birthday, baru pakai 2 x. so setel utk cik totet.
baju wkh jr - dia ada jeans yg tak baru tapi 2/3 helai.. baju pun ada 2/3 helai yg masih ok lah. cuma papa dia kata nak beli baju melayu baru.. so ok lah.
sabtu malam
---------------
plan nak gi bukit jalil katanya happening banget. so after berbuka kat Kag*mas Ba*ngi (rm30 per person) - makanan ok, cuma tak ada variety. bak kata en.wkh, sekali ni jer lah............ kita org pun gerak ke bukit jalil... takder lah best mana pun, tapi yg tak bestnya bulan2 ramadhan ni siap funfair penuh orang. dan aku pun tak terkecuali meramai kan diri ke situ.. rasa sedih gak... sepatutnya gi terawih.. tapi ke sini pulak kami.... budak2 merengek2 nak berfunfair so perabih jugaklah kat situ dlm rm30+ . satu ride , ada yg rm4 ada yg rm2. cekik darah betul. game yg tah apa2, semua sekali main rm4. ish tobat nak bawak anak2 lalu kat situ................... sebelum tu dpt gak wkh jr, satu jeans, dan satu baju, brand.. dek-dek... dia tak kisah... so aku pun lagi lah tak kisah.. murah je. baju melayu ke apa ke tak der yg menarik...
ahad malam
---------------
masih acara cari baju melayu wkh jr.. ingat nak gi area sogo ke jln tar after berbuka, tapi kata member yg terserempak kat pasar ramadhan bangi, org bersesak hari sabtu, siap jalan berselisih bahu lagi..malas lah cam ni. balik buka puasa kat rumah, kami ke Mydin depan rumah.... heheheh jgn marah, depan rumah tu... so dapatlah jugak se persalinan. very cheap, dgn baju, sampin dan songkok, rm26, rm10 dan rm8.50 not even rm50 pun.. mydin pun mydin lah....... mengikut seruan kerajaan.. berjimat dan berhemat...
ops... dan 6.30 better get ready. hari ni hari pertama cik totet ke LC balik, after almost 4 month berhenti. ingat nak hantar rumah baby sitter, tapi dia tak nak. so terpaksalah buat muka kesian gi kat LC minta tumpang 3 minggu. boleh, tapi kena bayar cam full month rm310. ok lah... so we ll see how cik totet doing yaa...
Thursday, September 11, 2008
11 ramadhan
Monday, September 08, 2008
this is my 100'th post
selamat berpuasa
ramadhan -dah 7 going to be 8
aku baru posa 2 hari
wkh jr tinggal 1 hari --> jumaat
ramadhan -dah 7 going to be 8
aku baru posa 2 hari
wkh jr tinggal 1 hari --> jumaat
sabtu - buat potluck rumah abun - dgn atoi dan datin
ahad - ke bazar ramadhan bangi - marvelous
insya Allah nak berterusan tarawih - p16 tak ramai org
i m counting the days my maid going home ..on the 20th
start dari tu, nampaknya aku kena bersingsing lengan dan bersilat lah.
dah kena start amik multi-vit ni kena bertenaga sikit utk membuat kerja2 rumah dan masak memasak.
cik totet harap2 ok di rumah mak ros nya.
p/s ; pc kat rumah rosak, technician aku kata mula2 power supply, pastu main board. aduh.. ni nak kena baper ratut pulak ni? for the time being, bawak balik notebook ler.. kalu tak rugi streamyx nih...
Monday, September 01, 2008
Journey of Cik Totet's Birthday
27 August
---------
Hari Lahir Cik Totet yang ke 4. Dah besar dah anak mummy.
Still in Kuching. Petang dalam 6.00pm touch down. Anak beranak kat KLIA makan burger King. Pastu En.Hubby kata dia mungkin kena kerja Saturday, the day that we suppose to celebrate birthday cik totet. hmmm... kalau macam tu tak jadilah... tapi benda tak confirm lagi, so esok akan tahu kena kerja ke tak.
28 August
---------
Kerja. Ada seminar kat PICC. (itu yang post blog dari e51 coz ada wireless free)
Petang - confirm en hubby tak jadi kerja sabtu.
Lepas balik kerja - ke Bakers Cottage order cake. Ingat nak cari cake besar sikit untuk cik totet. tapi they need at least 3 working days. So end up, cik totet dapat 1 kg dan abang dia tak pasal-pasal dapat 1 kg. Tak palah, wkh jr. kata sapa2 yang tak bagi present kat dia, boleh bagi masa birthday adik.... hmmm... 2 kali lah nampaknya abang dia celebrate birthday....
Malam - start message to almost everybody (adik beradik, anak sedara, jiran tetangga dan sorang 2 budak ofis. nak ikutkan lagi ramai nak jemput, tapi tak laratlah pulak.. tau je lah anak beranak pun dah almost 100). SMS lanjut di hantar pada tukang masak..
Pastu anak sedara en.hubby called, nak join dan jadi co-host utk birthday hilman dan mummynya. bolehlah.. pulak2 tu salah sorang tukang masak adalah nenek birthday boy.
29 August
---------
Petang, en.hubby balik kerja terus ambil cik dah kat opis dan pegi beli brg2 utk party pack.
Malam - cik mah dtg dgn cubang dan aina. terus siapkan party pack. isinya?
- coklat nips, twisties, gula2 6 ketul,saputangan kecik - buat dlm 60, esok kena tambah lagi.
30 August - The BIG day
---------
Pagi - Brekfast nasi goreng, kami berpecah 2 grup.
en.hubby dgn cik mah , ke puchong dan ambik mama jah dan mok long dan terus ke pasar tani beli brg basah
mummy dan cik dah hantar cik totet dan ekh jr. ke smart reader. dan terus ke alamanda beli apa2 yg patut. dan juga cari presents.
menu nya setelah dibincang dgn co-host:
petang
------
laksa penang
roti cicah gulai kelantan style
bubur cha-cha ( plan asal bubur kacang + durian)
nugget
malam (lepas tahlil)
-----
nasi putih
gulai daging
ayam goreng rempah
sambal garam
ulam2an
lepas beli barang di carefour, terus amik budak2 di smart reader. drop budak2, gerak pula ke rumah mama joh, amik periuk dan dapur. dah nak sampai, en.hubby call kena gi pasar borong, nak isi barang tak muat kereta. lari pulak ke pasar borong, sempat pekena roti canai. pastu beli brg2 kering tambahan. kul 12.30 baru sampai rumah.
balik rumah, tukang masak laksa dah ada, so start masak. prepare utk lunch dulu, tukang2 masak tersohor (mok long, cik mah dan mama joh) berganding tenaga bersama2 kami yang lain (kak na, kak ja, ana, yanti dan saya).. tengahari makan ikan percik. best!. rumah pun dah mula penuh. budak2 pun dah ramai.. lantak.
kul 5.00 - co host sampai, bawa roti dan KFC.
petang, kul 5.30 baru gi amik kek.
dlm 7.00- dah ramai. i think by this time, kereta dah dlm 10 bijik kut. tapi budak opis seme tak datang, seme sms balik kg. ide and family dr JB pun sampai. lepas maghrib, atoi dan family pulak sampai. abun & family gi cherating, so tak dapatlah join.
maghrib - org lelaki di ketuai oleh papa joh buat tahlil kat atas. org2 perempuan, adalah 4/5 orang.
adalah 2 jiran yg sudi menghadirkan diri. mak ros sms diorang masih di seremban so tak dapat join.
8.30 - acara potong kek.
9.00 - acara buka hadiah.
seme beransur pulang by 12.00 pm. yg bermalam kak ja anak beranok, wani anok beranok dan cik dah serta adam.
31 August
---------
Pagi - panas2 kan laksa dan nasi
pastu gi swimming pool bawak budak2.
tghari - gi alamanda sekejap, acara org pompuan. budak2 dan all the man tinggal kat rumah.
balik - masak luch, kali ini, sambal telur dan ikan bilis goreng.
ptg - seme balik. dan kami gi hantar cik dah.
sekian. terima kasih lah pd semua yg sudi tolong masak2, kemas2. yg sudi hadir pun terima kasih.
meh cerita pasal bajet sikit:
kek - rm136
party pack - plastik bag + sapu tangan - rm70
nips/twisties/gula2/belon - rm150
brg2 di carefour - rm150
brg2 basah pasar tani dan pasar borong - rm450
air batu dan gas - rm 35
beras cik dah sponsor
laksa 5 peket mama joh sponsor
co-host top-up rm200 dan roti dan KFC
Subscribe to:
Posts (Atom)