PUTRAJAYA TIME
Lilypie 4th Birthday Pic Lilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th Pic Lilypie 6th to 18th Ticker

Saturday, April 14, 2012

2011 Trip to Guangzhou - Shenzen and HongKong

Ingat nak blog pasal ni dari tahun lepas. tapi memang masalah MASA. Sangat2 cemburu. Dulu zaman takdak facebook semua gambar nak di upload dalam blog. because blog is the only medium to share and to boast.... hahaha. sekarang ni dah bersepah di facebook dengan tagging sini sana.

Camna hari ni boleh berblog.. ntah tiba2 rasa rindu di sini. Ini yang teringat..

Trip to guangzhou.
Fakta
------

1. Tiket telah dibeli awal 2011. i think somewhere February 2012.

Flight Details
Flight Departing Arriving AK1012
Economy Promo
Kuala Lumpur (KUL) -Guangzhou (CAN)
Kuala Lumpur (LCC Terminal)
Wed 14 Dec 2011, 0535 hrs ( 5:35AM)
Baiyun International Airport
Wed 14 Dec 2011, 0935 hrs ( 9:35AM)

AK1013
Economy Promo
Guangzhou (CAN)
Baiyun International Airport
Wed 21 Dec 2011, 1025 hrs ( 10:25AM)
Kuala Lumpur (KUL)
Kuala Lumpur (LCC Terminal)
Wed 21 Dec 2011, 1430 hrs ( 2:30PM)

2. Harga tiket sudah semestinya promo price - dalam RM450 seorang tak termasuk makan dan kos bagasi.
3. Seorang demi seorang keluarga WKH turut serta terjebak dalam trip ini hingga akhirnya menjangkau 52 orang.
4. Kerana semua orang mencari2 tiket paling murah, untuk penerbangan PERGI ada 4 group, balik juga 4 group (different flite = same day of arrival and departure)
5. Lebih kurang 8 hri 7 malam
6. 3 hari pertama TIDAK melalui travel agent. Booking melalui agoda - hotel LIDO di Guangzhou. 1 bilik dalam RM140.00 semalam.
7. Itenary lebih kurang seperti berikut;

14 Dec - 17 Dec - Guangzhou (sendiri)
- semasa 3 hari ini memang banyak pengalaman pahit manis, almaklumlah ramai. ada yang tertinggal, ada yang hilang, ada yang meletup plug kat bilik, tapi overall seronok dapat explore GUANGZHOU, Rasanya tak susah mana pun dan surprising lagi, GUANGZHOU sangat moden. Public transport sangat superb lebih2 lagi MRT nya (subway).

Shopping
Kami duduk di LIDO, seberang tu dah BEIJING LU - shopping heaven di guangzhou. Kami pergi juga tempat2 borong tu .. ONELINK ke HAIZU Square ke..tapi oleh kerana bukan jiwa peraih, tak reti nak pilih barang di sana
pergo juga ke lorong2 tikus malam2... tak tau lah betul ke tak lorong tikus sperti yang diberitahu / dicaca dalam forum... tapi ala-ala lah

Makan
Makanan halal sangat mudah... ada muslim yang jual kabab dan roti, ada restoran muslim. dan kami juga masak di bilik. nasi + sambal ikan bilis + kicap sangat menyelerakan musim2 sejuk ni.

Place of interest
Kami asyik shopping jek, cuma sempat pergi naik cruise tgk GUANGZHOU di waktu malam. ini pun kerja gila. sebab tak nak bayar lebih, kami pergi guna ulat, ( tapi murah dalam 50 yuan seorang - kami kena 68 yuan, tapi kalau kat jetty official the cheapest is yuan 118)

17 Dec - 20 Dec - Bersama TOUR AGENCY

(2 malam di shenzen - hotel tak ingat - tapi bilik mmg out)
- check out from LIDO, straight to SHENZEN. with tours. 2 big bus. 2 tour guide from Guangzhou, 2 tour leader from AXXXR agency.
17 Dec - Windows of The World - ini ada orang tak puas hati sebab tak dapat tengok replika sebelah2 Europe. Hahahaha.... apa nak buat, cepat sangat nak ikut orang2 tua naik sky-rider.. buang masa kat situ. tak apa lah, next time kalau ada umur dan rezeki, kita pergi yang real punya..ok

Malam - kami di tinggalkan oleh travel agent shopping di satu plaza. tak ingat nama apa. ada perisitiwa di sini, selama 1 jam kami menunggu abang ipar (mereka ber3), kerana tak jumpa tempat meeting point. haru betul.

18 Dec - SHENZEN lagi - pergi mana yer.. OST..tak ingat nama penuh. themepark. seronok jugak la especially budak

19 Dec - Day trip to HONG KONG
Ini juga pengalaman yang sangat memenatkan. 1/2 hari hanya habiskan masa di Immigration Shenzen-HK.
Pergi ke Victoria Peak (tapi level rendah sahajalah.. naik bukit dengan bas, pastu turun ramai2, jenguk2 daari pagar , nampaklah Hong Kong kat bawah tu) , tempat naik sampan - cant remember the name. dannnnnnnnnnn................... DISNEY WORLD. tapi tak masuk lah theme park tu, hanya di tepi pintu jek..... kalau nak masuk sini, kena bermalam di HK. 1 full day.

Makan - di HK Muslim Chinese Restaurant, menariknya di sini bangunan 3 tingkat. (or 4 tingkat tak ingat). Tingkat 1 - restaurant, tingkat 2, surau - yg bestnya sempat tengok indonesian ladies (maybe pekerja di HK yang bercuti hari ni ), diajar oleh seorang ustaz indonesian jugak (hensem)  - mengaji quran konsep ketuk2 tuh. al-bagdadi kut.

Shopping dalam 1 jam di Ladies Market - semua orang tak puas hati, dah tukar duti HK dollar banyak2, tempat shopping best, tapi masa hanya 1 JAM!!!.

Pastu dinner  - juga di chinese muslim restaurant (janji travel agent nak try pakistan/indian - tapi katanya susah nak adjust masa)

Lepas tu lalu lagi sekali Imigration nak masuk CHINA.
Ini yang buat ahli rombongan tak puasa hati dengan travel agent, kerana mereka buat group visa untuk masuk HK. SO prosesnya sangat lambat sebab kena jalan/beratur ikut group dan unfortunately ada satu family (niece), tersekat di border HK kerana nama sefamily tak masuk dlm sistem.

Seterusnya kami naik bas terus ke GUANGZHOU. Dalam 3 jam rasanya. Sampai 2/3 pagi di GUANGZHOU dan check in di ROSEDALE HOTEL - hotel ni best, semua orang puas hati.

19 -21 Dec  - GUANGZHOU
(2 malam di GUANGZHOU - Rosedae Hotel)

19 Dec - habis dah hari nya tidur sj di bilik
20 Dec - last day dgn TOUR - bawa ke Masjid Saad bin Abi  Waqas  dan bawa lagi ke ONELINK.
           - ada lagi yang last minute shopping =, cari lagi beijing lu. hahahaha
21 Dec - Balik dah.
Masa kat sini pun ada gak peristiwa masa nak naik flite ada tertinggal passport di dalam beg orang yang dah masuk dalam flite. so jadilah peristiwa a,azing race kat situ... ada ada je ... :)

Do forgive me for my typo error dan bahasa tunggang langgang. tak sempat nak vet dah...
OK jom layan gambar..














fuhh. 30 minutes on this entry....
insyaallah another trip to bandung will be blogged later....