excited 1st time naik airbus 380.. dan oleh kerana official visit .. tiket full fare economy telah diupgrade ke business class (MOU betweeb Gov and MAS)
tapi hubby naik ekonomi lah.. nak wat camner..dah beli tiket sendiri kan..
Anak2 tinggal mana? Setelah berdiskusi panjang lebar dan timbang menimbang... Hani ke Gombak dengan Uncle Lan and family (dan kebetulan ma dan abah juga ada... utk arrival baby boy Aryan).. Khalis di rumah Umi nya di Subang.
Masa hantar di airport.. hanya papa dan khalis sajalah.. sebab hani dah dihantar 1 hari awal,,,, kesian juga tinggal anak2... tapi nak bawak semua pun manalah nak mampu
Arrangement hotel dan transport diserahkan bulat2 oleh PSD kepada kami.. (oh ya saya dapat pergi berdua untuk kursus ini.. pretty and nice lady from PWD. Dr. IR.. organizer RIPA juga membantu listkan a few hotel yang berdekatan dengan kelas... untuk GOV officer, kelayakan hotel dan elaun adalah berdasarkan gred... so mine will be RM560 for the hotel so pandai2 lah kami cari hotel yang berdekatan dan berpatutan...
Setelah ditimbang tara dan ditanya sana sini including my sista yg kesana 2 tahun lepas...dan study a bit subway map london.. a few hotel has been reviewed and considered. Kat Booking.com tu.. asik book lepas tu cancel... wardonia lah..elmwood lah... akhirnya kami pilih hyde park XXX (bayswater area) thru Agoda for the 6 days and be**ord hotel (holborn) thru RIPA for another 7 days.
1ST DAY (FRIDAY - SATURDAY)
Untuk hari pertama sampai... oleh kerana last minute.. dengan connection my sister ..dapatlah kami booking Malaysian Hall 1 malam. sib baik its only 30pound jek semalam
So... flight mid-nite... MH2..
Jakun lah sikit dapat naik business class- upper deck. airbus380... makan mmg MAS boleh diberi 5 bintang.. semua tip top lah... lepas makan begitu begini.. merasalah tidor flat bed cam kat rumah...
Pagi Sabtu - around 6.00 am - sampai Heathrow (Terminal 4) ... beli SIMcard Lebara 20pound with 1GB dataplan . kata pakistan tu call 70pence per minute.. AIk baru call 1 x hubby.. dah tinggal 7pound... ini 70pence per second kut. so kaedahnya no more calling-calling whatsapp je lah.
Di Heathrow juga ada line internet... you have to sign-up and the 1 st hour is free (or 45min).
Kami turun ke UNDERGROUND ... beli tiket travellers 7 days card with OYSTER (cost 41pound).
Telah study Underground Map dari Malaysia... kalau ikutkan tak susah mana..line pun tak banyak..tak berbelit macam kat Tokyo..so rasanya boleh survive ni...
so from Heathrow Terminal 4 (picadilly line) ke earls court. dan cadang tukar line district ke bayswater. tapi bila turun earlc ourt tu.. dengan beg beratnya dan rasa cam tak larat .. naik atas dan terus amik LONDON TAXI yang famous itu.. terus ke Malaysia Hall..pusing2 jugak rasanya taxi driver ni bawak kita orang... kenalah 18pound. tapi Dr bayar dulu.
sampai Malaysia Hall dapat bilik tapi tak dapat check in lagi... so kami zass terus ke OXFORD STREET .. hehehe sajalah nak pre-visit katanya. ingat nak naik tube lah..tapi berselisih dengan sorang lady lecturer from UITM ..bgtau amik bas sajok... lagi dekat.. so amik bas 94. terus ke oxford street.
turun di PRIMARK ler.. apa lagi.. cuci2 mata... tapi dan cam pening2 sikit..jet lag kut... tengok ada outlet pandora .. so terus beli 1 untuk hani.. 179pound.
balik dengan bas 94 juga... makan di malaysia hall.. best jugak lah. tokey dia pun peramah..cakap pekat utara...
so habislah hari pertama di London. esok sunday...hubby saya sampai. Dr katanya nak ke Madame Tussad and Eye of London sebelum dia check out ke be**ord hotel. I pula ke seberang lorong saja di hy** par** apartment.
ok till later.. insyaAllah Jalan Jalan Kota London Part 2 akan menyusul.
my ticket |
map underground london
signature drink MAS |
selesa |
kecik je terminal 4 ini |
single room malaysia hall |
diary 1st day |
pandora dan jam 19pound kat M&S |
oxford street |
taxi 18pound |