Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi. 27/8. hani menampakkan wajah nya ke muka bumi. Sebenarnya banyak keje. baru 4 hari datang opis. ingat nakl relax2 sampai raya. belum apa2 lagi dah meeting unit, dah ada sistem kena develop, dah ada user kena jumpa. alaaa tak best la. hehehe.. macam lah atok aku (khal kata atok mung...) punya opis.
nak citer pengalaman bersalin... adoiii tak terlarat rasanya. cuma summary jek la. ceasar lagi. tapiiii kali ni sakit ya amat. masuk wad 25/8.. 26/8 kul 6 pagi doktor check.. bukak 1 cm .start buat VE. mula sakit malam tu.. memulas.. memulas... berpeluh2 dan berpinar2 tahan sakit. pagi 27/8 6.00 pagi, mengadu ngan doktor sakitttt. doktor kata bukak 4 cm. dan terus tolak masuk dlm labour room.en kamarul datang ke labour room kul 7.30. mengadap jam.. tengok jam dan tengok graf turun naik. setiap 5 minit contraction. graf naik sampai 110... kul 1 kena gerudi lagi.. bukak 6 cm. kul 4 gerudi lagi bukak 8cm. aku mmg rasa sakit sangat campur dgn dr gerusi.. merayulah ngan dr.. tolong lah saya nak ceasar. kena marah nagan dr. ingat lagi kata2 hikmatnya... puan jangan sesekali sebuat itu lagi yer..saya tak mau dengar. puan pikir boleh bersalin normal..esok sudah boleh balik rumah... misi pulak sebuk tanya... takder rasa nak meneran ke. takde!! nak wat camno. kul 6, kena gerudi ngan doktor sampai nak tercabut nyawa. datang lah ramai2 misi dan doktor, suruh teran ....dah teran habis-habisan..kata misi salah teran pulak. .bila seluk.. still takleh rasa kepala katanya. position still high, teringat satu perkataan misi ' awak ni tak mintak maaf dengan suami lagi kutt' dan selepas aku bersalin ma kata ide ada cakap.. apalah dosa along ngan en H sampai susah sangat nak beranak.. terkedu aku dengar........ akhirnya dalam kul 7 ptg jumaat yg mulia sampai dah takder airmata nak kuar... doktor pakar datang.. cakap ngan dr.chan.. camna nak bersalin normal ni.kepala tinggi.. ceasar. so barulah tolak ke OT.Nasib baiknya aku mmg tak makan apa dari kul 6. so terus tolak lah.. Dalam masa kena sorong, doktor siap bg tau.. 'puan, sekarang jangan teran lagi ooooo.. ' sempatlah 3 x contraction masa atas stretcher. rasa ngilu seluruh badan. dalam ot.. cam biasa lah kena injek. TAPI masa dr chan nak kaur kan hani... ada something yg terlekat kat bhg atas perut. sampai theres another dr came and push my stomach from above. dengar satu bunyik.. dan beberapa saat kemudian dengar baby nangis. ANAK MUMMY kuar jugak akhirnya............... dr. chan bg tau.. its abig baby puan. nak tau HANI berapa kg? 3.9!!! haaa amik ko. kena stich back dan segala2 nya selesai. Syukur sangat2 ke hadrat Ilahi.
Ok lepas ni citer.. pengalaman di hospital , berpantang.. etc. Nak cari bahan nak buat paper lah pulak.. tak reti2...
Monday, November 01, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment