PUTRAJAYA TIME
Lilypie 4th Birthday Pic Lilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th Pic Lilypie 6th to 18th Ticker

Wednesday, November 09, 2005

Suatu Hari di Hari Raya, 2 hari di hari raya....

Sunday - 30/10
Pagi tu gi rumah Mama Jah.. Nak beraya ngan anok beranok hubby, dan dia nak bg duit raya ke anok buoh dia. Bawak coklat cake. Masak2. Buka posa ngan nasik ayam. Budak2 main mercun dan bunga api. Happening gak. Seronok la... dalam kul 8.30 balik.............. hubby keje malam.
Monday - 31/10 - Kami nak balik Kelate
Pagi.. gi sana gi sini.. akhirnya gi TH.. amik 400. Budget2... rasa2 nya tak cukup bawak balik 200 jek kat kampung.. sure tak cukup. Suruh bibik masak untuk bekal bukak posa kat perjalanan. Bertolak dr rumah around 4.30 pm. Buka posa di Masjid Raub. KUl 12, singgah kat Shell Gua Musang.. pekena sup perut (tak sedap langsung), hubby makan sup ayam (sedap lak.. lain kali kena try nih..). budak2 tidur jek dlm kete. Kul 1.30 pg selamat sampai ke rumah ayah bonda. Bestnya......... borak2 kejap... kul 5 bangun sahur.
Selasa dan Rabu............. buat persiapan raya di rumah. Masak rendang ayam / daging, ketupat dan nasi impit dan kuah kacang. itu je la menu pagi raya. prepare sate utk raya kedua. sib baik ada bibik2 di rumah. Ma pun nampaknya tak larat beno. kami pulak sibuk ngan anak masing2 ngan si abun lagi yang dah sarat. ingat next yr kena prepare betul2 la apa nak buat... nasib zazal ada ka rumah.. boleh tolong2 mana patut.
Khamis .... RAYA. 3/11.....................
nanti sambung.. member kamceng tanya pasal PTK nih.... ok, dah lunch time... nak sambung balik citer.
Raya yg happening sangat tahun ni. Bangun kul 6, mandikan khalis dan anak buoh., semayang. pastu bermaaf2an. tgk ma abah bahagia sangat. dah a few yrs kami lima beradik tak berkumpul. tahun 2005 semua ada. So panjang lah sikit khutbah abah dipagi raya, buat kami terharu.... i personally felt another time around, we wont be able to gather ramai2 cam ni....

agenda raya cam biasa.. terkilan gak tak dapat semayang raya tahun ni. Takder org nak prepare utk pagi raya... so aku pun volunteer je lah... rasanya makin ramai bibik (we have 3 this yr!!), makin tak keruan jadiknya. abun pun penat jek... so i ended up going and shouting here and there ler....
ptg gi KB.. rumah cik mah.. agenda hubby

Jumaat RAYA 2
Aku gi kubur muloh MOK tak ingat dah bila.. masa kecik2 atau tak pernah gi. Yg adik beradik lelaki jek gi. So tahun ni , aku cakap ngan MA aku nok gi. So kami gi ler pagi raya ke2. terharu dan syahdu nya. tengok kubor MOK, Ayah We, Ayah Chik, Abg Razali, Mok WO. Insya Allah next yr aku nok gi kubuk Mok Abah dan Tok Chek. Insya Allah.

Pastu agenda raya lagi.
Lepas jumaat - gi rumah Abe kat KB jugok

Sabtu RAYA 3
agenda raya.. gi mache dan pasir puteh
petang gi ayer terjun.. jeram linang

AHAD RAYA 4
lepak saja kat rumah, eh tak.... gi rantau panjang. kena tipu ngan orang jual tudung / kain kat atas pasar. aku beli tudung 3 helai, dan sepasang kain.. - ingat dapat 60 dah cukup murah, rupanya kat pasar senin.. 48 jek... ceh...

ISNIN RAYA 5
Pagi.. ke pasar senin jap. beli tudung lagi...
4.00 ptg.. siap2 nak balik
Ma & Abah siap2 nak kursus perdana kat KB dan kami pun bertolak balik ke KL.
Sampai rumah di PJ kul 3.30 pg.
I promise mintak gambar raya ngan rozai. Dah dapat akan ku paste kan di sini.....

semakin hari semakin hangat
hidangan pula bermacam juadah
tahun ni bersyukur sangat
raya disambut begitu indah


zassssssssssssssssssssss
~lala~

No comments: