PUTRAJAYA TIME
Lilypie 4th Birthday Pic Lilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th Pic Lilypie 6th to 18th Ticker

Sunday, July 16, 2006

Pantai Sepat -phtos only

Some of the most memorable photos.... take a look Our beloved khemah
pantai sepat di waktu maghrib
sambil tunggu tok woke pekan sampai
khal and pantai nya
jejaka terhangat dipasaran sedang posing di pantai sepat

Kenangan di Pantai Sepat

------------------------- citer main netball tak abih lagi -----------------------------------
My whole body aches. Yesterday i took panadols... and still i cant move straight... satu badan sakit... i wanna make a solemn promise that i would not play netball again..not ever again. full stop. mana tahan.. main 1/2 hari..sakit berhari2. tak berbaloi wehh. can i keep this promise? en.H kata tokleh... i ll try... i ll try. we'll see. tapi mungkin aku main volleyball jek la.. hehehehe
--------------------------------------------------------------------------------------------

anyway.. citer pasal pantai sepat.. just wanna share .. be4 this, i really never imagine that one day i would go real camping. i mena 'real' camping. with no descent water and lectric supply. tapi semnjak dah menceburkan diri dlm keluarga wkh.. i have quite an experience with all those kind of adventerous camping. ( satu masa dulu..during my uni days..adalah sekali teringin nak gi camping.. nak gi man yer..lupa lah.. gunung ke bukit mana.. tapi abah hantar aku lambat..dr sg besi ke shah alam.. alih2 teringgal bas..frust gak... tapi bila bukak semester ,member balik citer, sib baik tak gi.. tidur dgn penuh nyamuk..kena pasang tent sendiri.. mandi tak tentu hala........... eiii).

rupa2 nya bila dah kawin..benda gini jd routine pada family wkh. salah satu nya di pantai sepat ni lah... pakai terjah jek gi.. i think abt 11 cars..convoy gitu. kecik besar, kursu gemuk, tua muda... seme ada. tolak pagi .. sampai 7.30 pg kat tol gombak.. ingat seme dah ada.. rupa2nya kami yg terawal. so tunggu dah ada seme kete.. barulah bertolak. lalu highway baru... keluar kot mana yer? lupa doh.. may be chemor kut. aku ni tang jalan2 ni very the terrible lah.. my sense of direction is very poor. pastu sepanjang pantai tu... tak nampak pun tempat yg ok. akhirnya berenti satu kawasan lapang........... (tak lah lapang sgt..banyk gak la pokok-pokok). kami punya tok ketua kata berenti di situ sementara menantikan tok woke pekan. lepas makan2... lepak... tengok takdok punca air... gi ke depan sikit... akhirnya jumpalah tempat buat khemah. tapi airnya???????????? ooooooooooo nasib baik tok woke kawtim dgn satu tadika kemas... so adalah bekalan air bersih. my first thought is .................. berani betul diorang gamble ngan bender2 nih kan.. kalu aku tu... doh cari hotel doh tu...

so acara nya di pantai sepat kalu lebih kurang aku tak lupa beginilah kronologinya...

1.00 tgh - pasang khemah - angin pantai kuat betul... melayang2 rasanya. so kelilinglah khemah2.. belakang letak kereta.. dalam 10 khemah kut.
1.30 tgh - makan tghari. dari bekal masing2. makan atas tikar..rebut2 ..best woo
2.00ptg - 5.00 ptg - acara santai... tengok pantai, budak2 ada yg dah turun mandi... pantai dia fuhh.. lagi best pd cherating aku rasa. aku rasa la.. sbb aku malas pun nak gi dekat2 pantai tu.. aku pikir kalu aku mandi nanti.. nak mandi pulak kat seberang jalan .. basoh2... melekit2... malas.
6.00 ptg - 7.00 ptg - diorang siang seme ikan yg untuk dinner di pantai. setengah2 nya buat preparation for dinner. aku tengok2 jek. malas biasa lah... hehehehe.
7.00 - 9.00 mlm - prepare for dinner. kreatif lah diorang ni.. masak cam orang camping tuh.. pacak2 daun kelapa.. hadang ngan tikar.. pastu masak air..masak nasi.. goreng ikan..bakar ikan..
pastu diorang bakar jagung pulok doh.... mmg acara makan yg best ler... pastu biasalah acara tetap cik wan... suruh anok2 buoh dia nyanyi... ikut lah gapo pun. sampai lag sorang demi sorang beredar ke khemah masing2. opsss... kalu korang tanya ..bergelap ke kami sepanjang malam tuh? ala adalah cahaya samar2 ..... ada yg dengan torch light... kami bawah lampu yg dah di caz tuh. dan diorang buat lah campfire. haa.... ada cam gaya org nomad tak???
12.00 mlm - tidur

next day
7.00 pg - baru seme org bangun aku rasa.... penatttt
7.00 - 9.00 - breakfast.. yg ni tok woke tempah..so ada yg makan nasik lemak.. nasi kapit
9.00 - 11.00 - start acara sukaneka keluarga wkh. hillarious. game seronok2. heheheh.. ada acara lari2. apalagi .. menanglah aku dgn jayanya. budak2 dgn acar budak2. mak dan bapak budak dgn acara meka. penat gilossssssssssssss..tapi enjoy. khal dan hani also i think enjoying themselves. en.H lagilah..kalu bender yg melibatkan keluarga dia dan bender2 camping ni pulok.. mmg kesukaan dio la. dgn v-cam nya..dengan kameranya... sibuk kehulu-kehilir.
11.00 - 1.00 - lepas tu sibuk mandi lah. apa lagi. sekali lagi yg pompuan2 veteran... dan tak baper veteran..sibuk memasak (salute kat diorang ni la..) .. makan nasi + ikan goreng, budu, kuah singge, ulam2an..fuhhhh meleleh wa cakap lu.
1.00 - 3.00 - bermulalah acara yg meletihkan............... bukak khemah. mengemas. pastu ada yg teringin gi rumoh tok woke kat pekan. so off we go.
5.00 - 7.00 - perjalanan balik. singgah temerloh for dinner. ada pulak kunchu yg telefon kata kat bentong jem gilosss. so tok ketua decide kita singgah rumoh sedara kat temerloh.
9.00 - adussss... nak masuk rumah mok ngoh tu..... theres no jln darat. jln laut pun takdak. yg ada jln belukar dan semak. tawakalalallah je lah. aku dukung hani.. sambil tu teringat kalulah ada ular ke apa ke tak tau laaaaaaaaaaaaaaaa.
9.00 - 11.00 mlm - berehat di rumah mok ngoh.
11.00 - 4.00 pagi - orang lain sampai ruman kul 12. kami sampai kul 4.00 pg. know why? 5 kali en.H berenti pastu tidur. a very dangerous journey.sbb terlalu mengantok. aku lak tok leh drive. MyV mana lah aku boleh bawak weh........... bahaya lah ..next time jln jauh kena 2 driver laaa...

'habislah citer pengalaman di pantai sepat.


pantun jgn tak pantun...
anak dara menganyam ketupat
menganyam pula di tepi perigi
best dan seronok di pantai sepat
ku pastikan kesana sekali lagi

zasssssssssssssssss................

Thursday, July 13, 2006

Photos only






I wonder why..tried a few times to insert pictures but failed. Just wanna add a few of my favourite pictures.. includes zidane, mawi&marsha and of course my 2 little angels..

Terkini dan sensasi

Updates

  • Balik kampung jumpa Ma&Abah 8-10 Julai, hmmm sedihnya bila pikirkan kehidupan kita bila tua nanti. Really touch my heart to see ma&abah menghabiskan sisa-sisa hidup mereka berdua di kampung, tanpa anak2 di sisi. Sangat2 rasa bersyukur di akhir2 hidup mereka, Allah telah beri hidayah pada ma and especially abah...kagum tengok diorang gigih menjalani ibadah. mengaji tiap2 hari, sembahyang selalu beriman... sedih dan terharu sangat. (bila aku nak jd cam diorang???.. sembahyang 5 waktu pun tak lepas lagi.. ). Rutin diorang, pagi2 berkebun kat depan rumah, pastu dok borak2 kat meja bwah pokok kelapa tuh.............. ishhh sedih la. Lagi buat aku sedih malam yg kami konon2 nak stay kat hotel tu.. abah sakit.. bila balik rumah, tengok ma tengah picit abah.. nampak sangat abah really dependent on ma... sejuk dan lemah badan abah bila aku sentuh.... nasib sakit abah tak berlarutan.. sempat lah tengok world cup... must do somethin abt abah's stomach pains la.. donno the real cause..
  • World CUp.. Itali won against france. Sbg peminat yg tak berapa setia pada france (mula2 world cup , aku sokong argentina...), frust jugak. tp sebagai peminat yang agak setia pd zidane, mmg frust sgt, bila nampak dia tanduk dada materazzi tuh............ aduh zidane.. whats in your bald head at that time, i wonder..
  • Citer Mawi dan Ina.. citer depa berdua ni sama hangat ngan world cup.. dari aku baca majalah wanita, pasai ina mitnak mahap kat mawi, pastu ina bgtau paper yg mawi call dia untuk break-off the engagement, pastu ayah mawi lak meninggal , pastu ina cerita itu ini kat paper.. at last break-off jugak la. Ramai dah orang tak sokong mawi... tapi aku tatap lah kipas-susah-mati mawi. Nvm, i am still on your side mawi.. tapi aku tak beli pun album yang tercinta ngan qasidah dia..macammana tuh? nak beli sebenarnya tapi tak jadi2. tp takper.. cukup2 lah setiap kali naik MyV, hani mesti cakap pegang CD mawi-konsertAF3, pastu pekik world!... itu pun kira dah fanatik kan..kan..kan..
  • Lain2 takder lah menarik sgt. apart from birthday khalis, 2 weeks before that, dia dapat result periksa. 1st ever result periksa. Dapat no 14 out of 25. Sains dapt 100, lain2 subject between 70-90. Cikgu dia komplen (masa gi amik result) , dia lemah dalam tulisan dan sangat suka bercakap dalam kelas... khalis..khalis....
  • Citer hani pulak................ ramah-tamah minah tu... cuma tak tau biji butir cakapnya.. budak kiut hidung kepek............ hehehehehe

got to go...

zassssssssssssss

Abg Long is already 5 years old




My dear khalis,

Mummy just wanna say happy birthday and I love you so much... you r the most wonderful thing that ever happen to me, beside papa and adik hani.

Doa mummy untuk khalis.... semoga menjadi anak yang soleh, beriman, ta'at pada ibu bapa, panjang umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah ta'ala. Semoga dapat menjadi pelindung kepada kami bila kami tua, boleh kami menumpang hidup dan boleh adik menumpang kasih abang.

Ya Allah ya tuhan kami, kau berikanlah keberkatan kepada anak kami, berikanlah kekuatan kepadanya menghadapi arus hidup ini, dekatkanlah pada jalan kebaikan dan jauhilah jalan kejahatan. Amin ya rabbal-alamin.