PUTRAJAYA TIME
Lilypie 4th Birthday Pic Lilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th Pic Lilypie 6th to 18th Ticker

Thursday, July 13, 2006

Terkini dan sensasi

Updates

  • Balik kampung jumpa Ma&Abah 8-10 Julai, hmmm sedihnya bila pikirkan kehidupan kita bila tua nanti. Really touch my heart to see ma&abah menghabiskan sisa-sisa hidup mereka berdua di kampung, tanpa anak2 di sisi. Sangat2 rasa bersyukur di akhir2 hidup mereka, Allah telah beri hidayah pada ma and especially abah...kagum tengok diorang gigih menjalani ibadah. mengaji tiap2 hari, sembahyang selalu beriman... sedih dan terharu sangat. (bila aku nak jd cam diorang???.. sembahyang 5 waktu pun tak lepas lagi.. ). Rutin diorang, pagi2 berkebun kat depan rumah, pastu dok borak2 kat meja bwah pokok kelapa tuh.............. ishhh sedih la. Lagi buat aku sedih malam yg kami konon2 nak stay kat hotel tu.. abah sakit.. bila balik rumah, tengok ma tengah picit abah.. nampak sangat abah really dependent on ma... sejuk dan lemah badan abah bila aku sentuh.... nasib sakit abah tak berlarutan.. sempat lah tengok world cup... must do somethin abt abah's stomach pains la.. donno the real cause..
  • World CUp.. Itali won against france. Sbg peminat yg tak berapa setia pada france (mula2 world cup , aku sokong argentina...), frust jugak. tp sebagai peminat yang agak setia pd zidane, mmg frust sgt, bila nampak dia tanduk dada materazzi tuh............ aduh zidane.. whats in your bald head at that time, i wonder..
  • Citer Mawi dan Ina.. citer depa berdua ni sama hangat ngan world cup.. dari aku baca majalah wanita, pasai ina mitnak mahap kat mawi, pastu ina bgtau paper yg mawi call dia untuk break-off the engagement, pastu ayah mawi lak meninggal , pastu ina cerita itu ini kat paper.. at last break-off jugak la. Ramai dah orang tak sokong mawi... tapi aku tatap lah kipas-susah-mati mawi. Nvm, i am still on your side mawi.. tapi aku tak beli pun album yang tercinta ngan qasidah dia..macammana tuh? nak beli sebenarnya tapi tak jadi2. tp takper.. cukup2 lah setiap kali naik MyV, hani mesti cakap pegang CD mawi-konsertAF3, pastu pekik world!... itu pun kira dah fanatik kan..kan..kan..
  • Lain2 takder lah menarik sgt. apart from birthday khalis, 2 weeks before that, dia dapat result periksa. 1st ever result periksa. Dapat no 14 out of 25. Sains dapt 100, lain2 subject between 70-90. Cikgu dia komplen (masa gi amik result) , dia lemah dalam tulisan dan sangat suka bercakap dalam kelas... khalis..khalis....
  • Citer hani pulak................ ramah-tamah minah tu... cuma tak tau biji butir cakapnya.. budak kiut hidung kepek............ hehehehehe

got to go...

zassssssssssssss

No comments: