PUTRAJAYA TIME
Lilypie 4th Birthday Pic Lilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th Pic Lilypie 6th to 18th Ticker

Thursday, September 28, 2006

Japan 2002



What an outdated story... but still I owe meself 1 short story abt my first japan experience.

Macamana boleh pegi?

Well, I owe Kak M a big thanks. Memanglah aku apply for the course. Dptlah sikit advice dr org yang pernah pi cara2 nak isi borang etc. tapi its not me who send it to JPA. Kak M did that. coz aku outstatio kut masa tu (tok ingat doh la..4 thn doh). anyway... masa Shirley (J-Msia) call tu terkejut badak jugaklah aku. yer la, dgn takder gambar nya, dengan tah apa2 aku punya essei nya. rejeki lah tu kan.

Preparation masa nak berangkat.

Tau je lah aku ni first time gi jepun. My hubby is not so supportive lah pulak. Cam ala2 tak bagi pun ada. Dgn anak yg just turn 14 month. Banyak lah jugak bermain emosi. The othe factor is takdak bajet lah pulak. Nak get ready with the luggage la..foods and stuff la... sib baik masa ni tgh cacak2 panasnya jepun nih ( hotter than mesia i think), kalu tak tu, mana lagi dgn winter coat segalanya... Rasanya I borrowed 500 rial dr my hubby untuk beli 2 bijik beg polo.. ration2 (maggi + segala makneka serunding). Oleh kerana japan yg akan sponsor course dr awal sampai akhir, duit hanya akan diberi apabila kita menjejakkan kaki ke sana. Buat passport international lagi.. (buat kat Kajang - masa ni pegi dgn KY dan yang kelakarnya I have to make surat sumpah lah pulak , mana taknya beranak kat Spore kan.... macam bangang jek gi cyber-cafe kat kajang tu.. buat surat pastu endorse kat Legal Office - masa ni gak lah jumpa dgn member yg nak pegi sorang lagi tu... ) . Ma/Abah pun dtg putrajaya, sbb anak akan dok kampung sepeninggalan 3 bulan ku di sana. (Sedih giler masa ni). Sebuk jugaklah ke JICA embassy buat visa lah.. ke J ofis kat Jalan Ampang .. book flite ticket. Tukar Yen dlm 300 rial jek rasanya. dlm 10000 yen aku bawak.

Minggu pertama di Tokyo

Mon-26-Aug - Mlm sampai KLIA. Yg jadi lawak bangang.. aku cam biasa gelabah sana sini. Pegi toilet kat KLIA, keluar dr toilet, rasa cam takder handbag. Tanya hubby, dia kata, bukan u bawak masuk toilet ke? Berlari lah pulak aku ke toilet.. tup2 nampak handbag (yg ada passport dan segala dokumen pentinG!!!!) kat atas toilet seat budak. Kalu org ambik, wajib aku miss the flight. Departure with JAL. Masa tu ada 2 org yang sama nak ke Tokyo, sorang budak NIOSH - tak sama course, sorang lagi member yg sama course dgn aku tuh. Ala boringnya naik JAL... dah inform masa confirmkan flite ticket, vegetarian food. tapi tah apa2 tah sterward tu serve makanan (satu lagi yg serve kami tu flite attendant lelaki - tuo lak tuh..hehehehe. so aku tak makan la. 6 jam jugak lah dalam tuh.

Tue-27-Ogos - Pagi2 lagi dah sampai Narita Airport. Cam rusa masuk kampung pun ada. Wpun ada member, tapi depa ni pun 2x5 aku gak. We all pergi cari J counter, pastu tengok ramai lah orang dr pelusuk dunia (mostly 3rd world country ler), tgh tunggu dan menunggu. Pastu amik bas ke Tokyo (tak ingat dan nama dia, but exactly like KL Central ler). Dari situ naik pulak cab. Sampai Tokyo International Centre. Masa kat perjalanan, mata dok tengok sana-sini, tak beza pun dari Mesia, baik cuacanya, baik bumi dan pokoknya... sama jek aku rasa. Pastu check in, dapat bilik 1 sorang ( ladies kat a few floors - I think my room was 7**). Lebih kurang bilik hotel 3 *** ler. Rupanya, ada bilik laundry (washing machine + dryer) , ironing, tmpt amik air sejuk + panas. ada jugak vending machine. Kat dlm bilik, std ler.. ada TV (seme chanel jepun except for 1 NHK / CNN ), bilik air dgn bath tub 4 segi. Aku makan lah burger yg aku beli kat MC Donald KLIA pastu cabut ke bawah cari phone card. Dptlah satu card LoveCard 1000 yen, aku cakap 5 mint jek dah habis. Pastu aku tulis surat kat hubby.

Wed-28-Aug - Baru jumpa coordinator. Miss Kobayashi. Sweet lady. Ask us to isi form itu dan ini, medical card la.. buat buku bank la. Ptg gi dapt ATM car. Pi jolok ATM ( ada kat tepi lif jek), WOW... ada nearly 200,000 yen kat dalam tuh. cuba korang Multiply by 3.2. RM6K beb. Wa sudah jadi orang kaya .................. tapi jgn lupa ini lah duit yg nak dibelanjakan sepanjang balance 54 hari di jepun nih. Masa nih jugak jumpa the other fellow course mate. Semua ada dlm 10 org - 2 Mesia, 2 Mesir, 1 Philipine (the other lady), 1 Samoa, 1 Nepal, 1 India, 1 Iran dan 1 dr Peru. Hiduplah kami 10 orang + coordinator tu sehinggalah habis course. bergaduh, bertekak, berbincang, bergelak ketawa. Nangis je tak....

THu-29- Fri 30 August - Dah start orientation - Dlm kelas ni mix dgn J-Kenshuin dr negara lain. Subjectnya politics, economis and history of Japan. Oklah jugak. Kebanyakan professor dan semenya bagi lecture in English. Bila keluar kelas, ada jumpa a few M'sian and Indonesian. Seronok sgt rasanya. Tak puas cakap melayu. Tapi diorang ni tak sama masa ngan kita. Kita free diorang ada kelas, pastu sibuk manjang. Jasi terpaksalah independent. Nak pegi makan, kadang 2 pegi ngan course-mate tu. Tapi tak berapa best lah sbb dia lelaki. Pastu berkenalan dgn sorang researcher dr Ipoh. Best rasanya dpat kawan dgn si Sue ni. Tapi dia buat counter-part kat University of Tokyo, subuh2 sepie lagi dah nak mengejar subways & JR. Kengkadang jek dpt borak / makan sekali ngan dia. Kitaorang janji weekend mesti nak try spend masa together. Oleh kerana dia dah dekat 2 bulan kat tokyo , dia terror lah sikit. Kat sini jugak boleh pinjam tapes ( there still use VHS video kalu nak tau..bukan VCD cam kita..) so, aku pun layan lah citer english. (hanya boleh pinjam fri-sun jek). Citer pasal makan pulak.. kat TIC ni ada dining hall yg besar. We all diberi 1 meal card. Dlm dia ada 550 yen sehari (lebih kurang la). Breakfast - free. You can choose the meal. Ko pilih la nak roti / nasi, then telur /fish. Cam 1 main course 2 side dish lah gitu. Bila lunch ko surveylah kat lemari bercermin tu apa yang ko nak, dan pilih guna token. Add up not exceeding the amount in your meal card. Kdg2 ada set meal. Dan mmg ada tanda halal. Makan mmg takder masalah. Selera pun ok jek. CUma nak sedap, bawaklah sambal ikan bilis / serunding... (ini budak2 mesia berebut nak makan ngan aku sbb nak pow sambal ikan bilis..)

sat/sun - 31 & 1 Sep 2002 - Sat, pegi dgn Sue dan 3 org guys (nama mintak mahap aku lupa dah..) jlan ke YOKOHAMA. Naik subways dri Hatagaya Station ke mana tah. Pastu ambik JR lines pulak ke YOKOHAMA. Diorang nak gi tengok port. aku lak nak gi hard rock yokohama. Habislah dlm 10,000yen beli tshirt dan satu backpack (ada sampai hari ni). Sun - Ada member ajak pi Restoran Mahathir. Kat area2 Shinjuku la..tak tau lah shinjuku apa.. Nama jek restoran mahathir, tapi seme nye Cina. They said they did not serve pork, aku rasa was2 lak. so aku minum je lah. Pergi pulak Akihabara.. kat situ habis 8000 yen. APa tah aku beli, tak tau ler.

(Well, seme kronologi ni aku ada tulis kat kalendar - refer gambar.. so aku recall sikit2 je lah.. tidak tu mampuih aku tak ingat). Nanti aku senang aku sambung balik.)

No comments: