PUTRAJAYA TIME
Lilypie 4th Birthday Pic Lilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th Pic Lilypie 6th to 18th Ticker

Wednesday, March 12, 2008

Update Trip Jakarta-Bandung-Jakarta




Satu malam dengar cerita PRU12. Ke rumah niece hubby di Nilai dlm kul 11. All night layan election.Tak boleh tidur sbb terkejut beruk dgr news. All the big politicians tumbang satu persatu. Tak sangka it was totally a shock. Not only to BN, to BA and also to people per say. Really the people has spoken. Impaknya bak kata seorang penganalisis semasa tengah merepek nak tunggu result demi result tu.. hanya sebatang pen dan sehelai kertas..mampu mengubah segala nya… saya? I am one of so many who didnt vote this yr. Undi protes… hahahah.

Dari tak tidur langsung… kul 4.15 mandi2… kejut budak2… sipa tunggu around 5am di depan kereta.. tunggu yg lain2.. gerak dlm 5.15 ke LCCT. Takder delay.. order nasik lemak kat dlm flite. Kul 8.00 sampai Soekarno-Hatta. Airport oklah. Biasa2 jek.Dah ramai2 tu (it was 19 of us…yes 19!!), takder masa nak tengok keindahan airport and surrounding… borak dan kisahkan anak2 jek.

JAKARTA


Satu van panjang dan satu kijang avanza. Kami naik van, ke satu restoran nasi padang. Tak sempat nak catch up the name of the restaurant. Pagi sangat, kami the first customer. Makan dia not bad. Can eat la. Tempat pun bersih. Dalam Rp35000 sorang. Oleh kerana hari masih pagi dan tak boleh nak check-in lagi, pergi ke FO Cempaka Mas. Umph tak menariknya. Tak beli apa pun. Belum ada seru. Pastu tanya2 driver akan menghala ke Hard Rock Cafe ke, katanya ya on the way ke Tanah Abang. Tapi harapan tinggal harapan, sbb tak berenti lah pulak, straight jek ke Tanah Abang tu. Hmm, takpelah takdak rezeki. Kat sini beli telekung jek. Pening sgt tengok ramai orang, dgn penat tak tidur nya. Oleh kerana masa yg diberi dlm 3 jam, anak3 pun meragam, banyak lepak kat Lantai 8 jek lah. Makan A&W disamping dgn niece yg juga tak larat jalan dan ada anak.
(Tanah Abang.. ala2 pasar besar Kat Kota Bharu tingkat atas tuh..) Tapi ada 12 Lantai (Tingkat), seme barang ada, mak bapak jek takdak. Tapi kena pandai dan tahu kedai lah. Bagi kami yg first timer dan langsung takder panduan nih.. pening kepala cari apa benda boleh dibeli. Nampak telekung, kain kerawang, tudung banyak...baju /jeans, bag dan kasut .. tak best atau tak pandai kedai lah. Dapt telekung 3 pasang.Last2 minute baru tau kat Lantai 7 banyak leather goods. Dpat beli kasut cokia utk wkhjr dan honey . Tapi tu lah dah penat sgt. Bila turun mentara tunggu van, diorang tunjuk swimming suit muslimak lak... alamak frustnya dlm 50 ringgit. tak sempat nak carik dah..




Balik hotel (Ibis apartmen - kami amik 2 apartmen so 6 bilik, dptlah 1 bilik kecil single bed.. berempat beranak..selesa lah jugak). makan2 bekalan.. nasi dan sambal ikan bilis. arrange akan ke bandung subuh spaie esok. tidur dari kul 6.30 - 2 pagi baru sedar. sedar balik kul 5 , mandi2 siap2.. breakfast roti.. kul 6 gerak ke bandung.



PUNCAK


Menariklah jugak tempat dia. Dlm 45min dari Jakarta. Kami pegi dgn 1 van panjang jek. adus lengoh nya dok beriba honey jek. Macam kat cameron, jalan liku2. so ada orang sudah muntah. Sampai kat top, sejuk..best.. nyaman.. belilah sweater murah giler.. dlm 10 inggit satu. pastu baru turun dan gerak ke bandung..



BANDUNG




Dalam kul 11 sampai. Penat tul. turun2 jek, nampak 1 FO kecil but nice, tak ingat nama. beli 1 jeans guess dan knapsack nike. dlm rm70 jek. sbb seme ada 25% disc. pastu gi makan, another nasi padang restoran. jalan2 kat tepi kedai, belilah souveniour dr penjaja yg dok serbu kami cam lalat. aduss sampai nak naik van, masih kena kejar lagik. ingat nak gi balik FO tu tapi van dah tunggu kat depan kedai, so chow lah kami ke Pasar Baru. Ala2 Tanah Abang gak la. Kat sini beli telekung, swimming suit, tudung dan baju. Bila lah nak gi FO yg canggih ni? dah sebut banyak2 kali, dapatlah ke Rumah Mode sekejap. dlm 45 min, so cam org sasau berkejar kat kids dept.. kat sini best sangat, cuma kena pilih lama, oleh kerana masa singkat, aku dpt 7 pieces - jeans/thsirt - dlm rm150 gitu. kalu lama, mau 500-600 terbang kat sini. kat tmpt ladies/man ke tak sempat.. ingat nak cari lagi 1 jeans dan nice tshirt/shirt. tak dapek. pastu kami ke cimpalas. diorang nak beli jeans. bolehlah.. dpt 1 jeans lagi..tapi mahal lah sikit dlm rm70 satu dan takder choice pun. pastu belilah baju tidur budak2 ngan 2/3 baju. kat sini dlm rm200. pastu ke restoran BUMBU DESA. tempat best, ambiance very nice. tapi makan kureng sikit, sbb ni makanan jawa barat. dlm rp50000 sorang. kul 10 gerak ke jakarta, dlm van yg penuh sesak dgn barang, smpi nampak papear bag jek, muka orang pun tak nampak, budak2 keletihan... mak pak pun letih.. pejam celik, kul 12 midnite baru smpi hotel... fuhh satu hari yg panjang. oh ya..masa kat bandung..seharian hujan gerimis... pack barang2... tgk barang orang ni, barang orang tu... mak aii seme dah beranak pinak begnya. pastu borak2 ,last2 dlm kul 4am jugak kami tidur.

JAKARTA




Bangun lewat sikit.. dlm kul 8. Budak2 ngan bapak budak gi swimming. Yg lain prepare breakfast . Dlm kul 9 menapak ke mangga2. wkhjr tak ikut. sib baik ada yg penat, dan sanggup nak jaga bebudak kat hotel. nampak PASAR PAGI Mangga2. Katanya Mangga2 ada a good grade1 handbag. tapi pusing2 tak dak pun. ala2 rantau panjang / pengkalan kubur jek. beli souveniour jek kat sini. sambil neman kakak2 yg dah kehabisan rupiah tukar duit mesia kat bank. tapi exchange rate amatlah murah.. rp285000 utk rm100. eh tapi kira balik ok lah pulak.. lebh kurang sama lah. seme dah lapar, so kami ke mcD. kat sini dah merentas bangunan, so nampak lah mangga2 mall. kat sini cam best sikit. tapi dah tak dak masa nak round. kul 12 katnya nak check put. so dpr tshirt hard rock tipu jek lah kat sini. balik hotel, packing. kul 1 check out. masa packing kat dlm van... ya allah banyaknya beg2.. penuh sangat. isi separuh, yg lain kawan abe akan amik petang. pegi jalan kat ANCHOL. menarik lah utk budak2. masuk theme park / cable car kat situ. rp25000 sorang. kami2 yg tak masuk ni melepak jek kat luar. sambil makan2. pastu gi airport dlm kul 4. 2 jam lebih jugak nak sampai. sebabnya MACET. aduss pening kepala... dgn hon tak berenti sekali. jalan sesak giler.. kereta pulak semua main seinci2 jek. fuh, dpt rasalah jem di jakarta. pastu sampai airport.. gedebuk gedebak.. ingat nak gi duty free shop, beli parfum ke apa.. dah ramai2 ni, kesana kemari.. tak sempat. gi makan starbuck perabis rupiah dlm rp120000. pastu boarding time. flite ok, delay 10min jek. dlm kul 11.30mlm smpi lah kat LCCT. niece hubby dtg amik. abihlah citer trip family wkh ni...........



waahhh..ini satu rekod nih. sib baik tak keje hari ni. dari bangun tadi, dok mengabiskan masa baca blog ttg pru12. pastu update blog..giler detail punya. nak mandi dan makan pulak.






1 comment:

Mandiri Holidays said...

Jika nak melawat kat Sumatera Barat ( Padang - Bukittinggi ) Sila hubungi :

PT. MUHIBBAH MULIA WISATA Tour and Travel
Jl. Urip Sumoharjo 3 Bukittinggi - Sumatera Barat Indonesia
telp. +62 752 32999, 7020149
Fax. +62 752 32999
E mail : muhibbahbkt@yahoo.com
Mobile +62 81363408670 ( Roni )