Day 1 - Ofis buat retreat. So amik kesempatan untuk together-gether dgn family lah. di Melaka. So after ofis petang Jumaat tu gerak lah kami. Sampai tu pun dah malam around 9pm. Acara malam pun di batalkan,mungkin sbb ramai yang baru sampai. My Bahagian pun dah siap tugasan cuma nak final touch up sj.. Malam hanya acara di bilik..dan dinner maggi jek.
Day 2 - Budak2 dgn papanya. Acara swimminglah apa lagi..Mummy bergegas masuk kelas. Acara yg pack, tapi oleh kerana presentation by bahagian. Takderlah kena take part all the time. My bahagian present after lunch sampai 3.45 pm. Banyak benda kena amend tapi takperlah. Ptg break around 6.00pm dan akan sambung 8.30. Macam ni boleh pegi umbai nihh.. so pegi Umbai, makan di Gerai No 5, tapi tak best sgt lah, kalau ramai2 ngan abun dan atoi mungkin lagi best. Ikan siakap bakar, sotong goreng tepung dan kerang rebus, nasi lemak 6 ketui, otak2 sepinggan, air bagai dlm RM50/. Balik, mandi2, masuk kelas. lewat sikit around 9.15. Kelas habis dlm kul 1am.
Day 3 - Budak2 gi swimming...kelas habis at 1.45. Checkout dan makan ngan budak2 jek. Hubby tunggu bawah, kesian dia. Pastu ronda2 area Jonker Street (dgn kereta jek). Pastu, teringin naik bot... so naik botlah kami. Melaka Cruise lah ala-ala. Oklah siap dgn tourist guide. (RM10/ for adult, free for children). Wkh Jr nak naik beca pulak... dia dok komplen masa kat Jakarta hari tu, kenapa adik dia dapat naik tut-tut.. so naik beca pulak... around 5.30 kami gerak ke KL. Jem giler nak sampai tol air keroh.. dan terus jem highway nih.. apa-apa tah. belok ke nilai, berenti di R&R Dengkil... fuhh... beratur panjang kat sate samuri... tapi sbb dah lapar, tunggu dan makanlah jugak. sampai rumah around 9.30.
Habis cerita jalan2 di Melaka
1 comment:
Selamat cuti ! Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* villa
www.villafamosaresort.com
Post a Comment