PUTRAJAYA TIME
Lilypie 4th Birthday Pic Lilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th Pic Lilypie 6th to 18th Ticker

Saturday, October 18, 2008

Kehilangan dan kesedihan..................

Sebenarnya raya kali ini wpun ramai yang bergembira, kami sebenarnya juga di bendung kedukaan. My first cousin passed away 1 week after raya. Cousin ni adalah cousin sulung kami. Aku ada jugak cakap2 kat cousin aku yg lain, nampaknya selama ni peringkat uncles/anties.. sekarang ni dah sampai giliran kami. peringkat cousin2. well wpun begitu mmg kita tak tahu bila sampai giliran kita, ajal dan maut di tangan Allah. Tapi kalau mengikut norm lah..

dan minggu ni kami sekali lagi dibendung kedukaan... my other cousin yg juga merupakan adik kepada cousin yg dah passed away, sekarang sedang tenat d CCU HKL. sedihnya mengenangkan anak2 yg masih kecil... sedihnya mengenangkan mak sedara yg baru sj kehilangan anak sulong, terpaksa dlm keadaan dirinya yg masih bersedih (baru 7 hari abe meninggal), terpaksa bergegas ke KL untuk menziarah anak nya yg sakit pula....

apa lah daya kami, hanya boleh bersedekah yassin dan alfatihah. sayu nya melihat abe din yg tak berdaya di katil, hanya mengharapkan life support...
Ya Allah Ya Tuhan ku, ko ringankanlah beban hamba mu itu, sekiranya meninggalkan dunia adalah lebih baik kepadanya, Kau permudahkanlah segala urusannya. Amin ya rabbal alamin.

Thursday, October 16, 2008

Wkh Jr and his tae kwon do class




wkh jr memang dari tadika nak sangat masuk kelas taekwondo ni..aku pun dah pernah call sir (trainer) samada boleh ke tak budak 6 tahun join, tapi di akata selalunya utk student di sekolah tu jek. so niat tu pun berkubur sj lah.


bila wkh jr, darjah 1, mmg dapat flyers utk taekwondo, kata en.hubby, kecik sgt untuk masuk. so dia frust lah jugak. bila pujuk2, kata nanti darjah 2 masuk dia pun ok lah.. tapi imagination dan kehendak budak2 ni kita tak boleh amik ringan. dia startlah day dreaming, mengatakan petang ada kelas itu lah, kelas ini lah.. as if dia nak sgt aktiviti petang, so after mid term hari tu, aku pun mula start enrol dia ke tawkwondo class. Masa mula2 enroll, sama dgn cik totet, tapi after 2/3 classes, i pull her out. kecik sangat lagi, tak pandai ikut arahan...


so far, alhamdulillah, minat dia masih utuh dan teguh. aku pulak yg kadang2 tersemput nak catch up pegi hantar dia. kelas nya every wednesday at 5.15. so wednesday is like the most busiest day of my life, running here and there just to make sure that he ll be on time ( or a lill bit late to join the taekwondo class). ada jugak sir dia hint2... kamu ni sekali datang 2 x hilang, or asik lambat ssaja.... tapi nak wat camner.. den tak sompat nak hanatr dia. aku punya routine hari rabu, kdg2 keluar awal sikit (masa tu aku wp3), kdg2 bawak dia dtg opis, dan 5.30 sharp terus dengan cergas dan tangkasnya ke sekolah. maknanya ponteng sek.agama lah.


so.. sebelum raya hari tu ( i think 21 sep kut), lepas berbuka - vendor belanja kat shangrila, kami pergi ke exam dia (grading untuk tukar belt). keputusannya pada jumaat (kdg2 dia pi jugak training kat sekolah P9 hari jemaat) - dia lulus. ingatkan dah kantoi, sbb ada silap sikit step nya... alhamdulillah dpt lah merasa yellow belt dan semalam baru start dgn yellow beltnya. (untuk boost wkh jr punya confidence belt tu di beli baru - wpun sebenarnya dah ada yg cousin dia punya..). sejak semalam, sibuk pulak lah nak masuk tournament kat KLIA 5 November ni... alah malas betul lah nak participate.. rm25 tut ak kisah lah... tapi nak kena cuti lah pulak 5 nov ni... silap2 kena beli baju lain, sbb baju ni bukan PROSPORT. hai .. anak-anak...


nanti upload video clips masa grading........

Tuesday, October 14, 2008

rescuer fr kampung






sebenarnya ini cerita masa wireless free from nokia e51 masa seminar BCM di Intekma Shah Alam, tapi sempat tulis tajuk jek..cerita tak sempat, sbb so many ppl were using this free Siri Bestari Free Wireless sampai congested habih..... (bolehlah kita bayangkan betapa 'menarik'nya seminar tu sampai almost everyone yg ada wifi asik mentenet..)




well.... rescuer dr kampung ni sebenarnya ma&abah. Hari tu masa balik raya dan infact sebelum raya, ada hint2 dgn atok&nenek, kot2 boleh dtg KL tolong tengokkan cucu2. almaklum lah maid aku dan abun balik cuti... mmg mula2 headache jugak.... dah beria2 bayar duit hantar ke LC, alih2 meragam tiap2 pagi tak nak gi sekolah. Cam tu jugak dgn anak abun, punyalah taknak gi nursery, sampai kekadang kena bawak gi opis... Tapi bila dah lama2, (masa nak raya), the situation olredy improved la... tapi oleh kerana komitmen dan kasih sayang atok&nenek terhadap cucunda2.. datanglah jugak mereka ke KL pd 11 Oktober.




So minggu lepas, rumah aku cam tongkang pecah... balik dr raya, sempat kemas pun sikit2... baju2 tu paham2 jek lah, satu bilik bawah telah di'baju'kan. jumaat malam, ma call kata akan ke P dulu, sbb ada member abah ikut sbb nak gi rumah sedara kat P16. akan sampai pd sabtu petang.... so kelam kelibut cam lipas kudung lah kami, lepas budak2 balik dr SR, mengemas... menyapu , menjemur dan mengemop... so nampak lah cam rumah sikit.




aku pun masak lah sambal tumis udang (sori atok termanis lah sikit - almaklum, lama tak ke dapur), goreng ikan ternggiri dan buat sayur campur. diorang sampai around 2.30pm. lepas makan dan lepak2.




ahad, nenek masak nasik dagang.. dan aku pun buatlah jemputan open hse kepd adik badek je lah.. abun ,atoi dan datin frida join sekali bersama tastycherrychapstick...




so strateginya dari segi penjagaan hal ehawal cucunda ialah..... atok&nenek akan berada di Puchong.. dlm kul 12 akan amik cik totet di P, bawak balik ke Puchong, ptg, samada aku atau en.hubby bawak balik. dah juga buat perjanjian, wotever yg nenek masak, akan jd kami punya dinner, samada makan di rumah abun atau pun tapau.......... so itulah keadaannya sehinggalah maid2 kami balik. kesina jugak pikir2 kan atok&nenek, tapi dah diorang kat sini, kenalah ada task dan acitivites ....kalau dok saje je kan... balik kampung lak org tua berdua tuh...




so semalam, dah sms maid, katanya akan balik mesia (isnin ni 20/10). hmmmmm... lega lah.. so tak payah lah susah kan atok lagi. just kul 1, amik cik totet balik dr sekolah dan terus hantar rumah di P14.




enjoy the pics of atok&nenek bersama cucu2nya...








Tuesday, October 07, 2008

bajet raya



walaupun yg diatas tu telah dibajetkan, tapi lari lah jugak 2/3 latut. tapi ok lah, for the better. tak de lah buat benda yg mengarut sgt. tambahan nya ialah fidyah se ketul dan bagi duit raya anak buah WKH dlm 2 ketul. dan duit raya utk anak2 ku, rasanya mami tak boleh bagi lagi lah. nanti nak makan hari2 pulak miss... tapi gaji b ulan ni cepatkan 20 hb dah gaji... so lagi 2 minggu.. rasanya boleh survive. cuma tadi itu olang sudah mali kutip duit kelab , tak pasal2 rm65 hinggit terbang...
next on the list, ialah gambar2 yg telah di snappy during hari raya... tak banyak tapi ada lah...


















Raya tahun ini

hari ni baru naik kerja. sempat edit satu paper, jengok2 lah blog member. wah sakan member2 beraya tahun ni ya....

cerita pre-raya,raya and post-raya ini tahun

PRE-RAYA

Sabtu (27 Ramadhan)
budak2 ke smart reader cam biasa. papa dia gi keje. tak ingat buat apa hari ni? oh..baru ingat.. janji n ak beli kereta control kerana wkh jr dah berjaya mencecah hari 20 puasa. so gi billion dulu, beli itu ini sikit sebanyak. ada satu kereta ferari rm199 yg dia minat, tak kuasa nak beli. so end up ke toys city alamanda. tengok ada ferari kecik sikit, dlm rm129 less 20%. cik totet pun dapat jugak happy family punya set. masa nak bayar, rupanya bukan rm129, tapi rm229. gilo ke apa? melayang jugaklah rm240 kat situ. petang gi pasar ramadhan bangi. godok kat sana the best. and also nasik lemak. but when we reached the place, the nasik all gone olready. so beli lauk je lah. Malam gi basuh kereta kat bangi. Wkh jr mmg tak puasa, sbb dia dah achieve target.

Ahad (28 Ramadhan)
papa dia keje gak. aku dah sibuk kemas2 baju budak dan baju bapak budak. settlekan kain2 yang belum berjemur dan berlipat. ptg again ke bazar ramadhan bangi. hanya dgn budak2 saja, sbb papa dia lepas buka baru sampai. so beli nasik lemak, godok.

Isnin (29 Ramadhan)
Bangun dalam kul 5.00pg, goreng nugget dan buat roti. Pukul 7 kami gerak dari rumah.... sampai sg.besi hubby tak ingat dia dah kunci kereta dia ke belum........... pusing balik.... sempat amik kereta control wkh jr dan happy family cik totet. jadiknya cam kul 8am lah kami bertolak. singgah kat McD untuk budak2 dan bapak budak. mami budak je lah sorang yg bertahan hari ni.
Dlm kul 4.30pm sampai lah kami ke kampung yang dicintai... atoi & family dah ada. Buka puasa sup ikan merah, budu d'raja. atok beli ayam panggang feveret cucu2. dan air tafu-fa labok mari. Malam atok dan nenek jek terawih. Kami dah sibuk kupas bawang segala.

Selasa (30 Ramadhan)
Sahur nasi goreng. Wkh jr puasa hari ni. Pagi2 subuh sepie atok dah gi beli all the barang basah untuk masak memasak. dan untuk tidak jadi siaran ulangan raya tahun lepas, di mana atok bengang sebab beli ayam tak potong dan dibebel oleh aku dan rozai , maka telah diingat berkali2 suapaya ayamnya siap dipotong... tahun ni seperti biasa... kami buat rendang ayam 5 ekor, rendang daging 3 kilo, nasi impit 12 kampit besar dan kuah kacang. Ketupat - atok tempah. Tapi tapai tak dapek..sbb katanya tukang tapai masih jem di Pulau Condong. Tak sampai2. Mula dr pagi... so dalam kul 1 pm seme dah hampir siap. WKH seperti biasa tugasanya jaga api nasi impit. So dah setel dia punya tugasan terus ke KB jumpa anok beranok yg tahun ni semem balik beraya di kelantan. Ptg family rozai sampai dr rumah mentua dan dlm kul 6 pulak family abun sampai. Kami buka simple jek.. makan dgn rendang, pastu akak ni ha masak sayur campur dengan goreng ikan terubuk masin + ikan rebus goreng. Nekcik hantar sayur lemak keladi. Lida buat siro pisang. almaklum esok dah nak raya kan..so boleh makan puas2.

RAYA

Rabu (1 syawal)
bangun kul 5.15. Nenek kata atok tak sihat. sakit perut dr semalam. Mandi. Solat subuh, bermaaf-maafan. amik gambar pun tak proper. kat ruang dapur jek. so tahun ni takderlah acara bergambar macam selalu. selalu tu pun akak jugak yg beria2 amik gambar seme family. Ajiman call suruh makan nasik ayam rumah nekcik dulu... so kami pergi lah pagi2 tu. Pastu solat raya. kul 9.30 baru habis khutbah ustaz roslan ni. abun oleh kerana cuti, so dia setel kan apa2 yg patut di rumah. Dan acara biasa pun bermula... ramai2 dtg beraya... keluarga muloh ayah pa, moknoh dan nekcik, pastu keluarga moksu. tghari ke rumah moknoh makan nasi dagang + lauk ayam kampung. petang mandi2 bersiap untuk ke kg.laut lak. Sampai kat sana, tengok seme org tgh melepak. tunggu ramai2 dtg utk pergi ziarah. tapi oleh kerana seme kepenatan dan orang tak putus ziarah rumah cikmah, acara ditunda pada esok hari. Malam kami ke padang bas. makan mihun sup dan mee ladna bersama keluarga cikna.

Khamis (2 syawal)
Pagi2 - masak nasi goreng. mula dr 9.30 pagi bermulalah acara menziarah mak2 sedara WKH. sempat 4 buah semuanya di kg.laut, petang di rumah cik ngoh makan roti + kuzi ayam, roti jala dan mee hun. dalam kul 6 gerak ke pasir mas rumah mok tiri WKH. dlm 7 buah kereta. makan malam di sini. dalam kul 11 mlm baru sampai rumah atok&nenek.

Jumaat (3 syawal)
Hari ni anok beranok WKH beraya di sini. So ke town M beli-belah brg utk soto. ayam 4 ekor dan sayur2. ya Allah mahalnya harga brg2 kat bandar M ni, mengalahkan bandar besar. Pastu nak beli mangkuk polisterin seme sold out. Balik, dan akak setelkan ayam. nasib baik ada abun dan lida untuk tolong menolong. oleh kerna diorang janji nak datang lepas pukul 4, ingat tghari tu nak lari sekejap ke sAtu rumah cousin yg buat open house, tapi dah hujan dan badan pun penat, seme malas pegi. Tunggu2 punya tunggu, dgn jem yg amat eruk di ketereh, dlm 6.15 sampai lah 6 buah kereta. Menu pun simple jek... biskut2 raya, meehun dan soto dan sedikit rendang tinggalan hari pertama. Dalam kul 8.30 diorang pun beredar.
POST-RAYA

Sabtu (4 syawal)
Abun dan atoi balik ke KL. Dlm kul 11.30 kitaorang pulak gerak ke KB, sbb ada cousin WKH kawin dan singgah kejap ke HUSM tengok abe yg sakit. (Semasa berita ini ditulis, abe telah pun menghembuskan nafasnya yg terakhir pada 3.00 pagi - 7 Oktober, innalillah dan al-fatihah untuk abe, semoga rohnya dicucuri dan ditempatkan ke dalam golongan orang2 yg beriman..). Ke kenduri di Taman Guru. Petang ramai2 ke PCB, acara lepak bersama keluarga WKH. Malam dalam kul 11 sampai rumah atok& nenek

Ahad (5 Syawal)
Bangun 4.30pg, gerak ke KL dlm kul 5pg. Ada tempat jalan lancar, ada yang merangkak ada yg cam semut dan ada yg tak bergerak langsung. Tempat jem teruk - jln gua musang nak sampai ke r&r, lepas r&r tu jem lagi. pastu clear. pastu bentong jemmmmm sampai bandar . nasib baik tak lalu raub , sempat mengona ikut abang WKH ke sg.koyan, kalu tak kat traffic lite raub tu pun dekat 1 jam sangkut. pastu keluar jek tol bentong... jem jem jem dlm 12 km. masa ni akak pulak drive, rasa kebas seme palo lutut. AKhirnya dgn izin Allah, kul 4.00 ptg sampai rumah akak WKH. dan dlm kul 5.30 ptg sampai ke rumah. Alhamdulillah.



~tammat~