PUTRAJAYA TIME
Lilypie 4th Birthday Pic Lilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th Pic Lilypie 6th to 18th Ticker

Tuesday, October 07, 2008

Raya tahun ini

hari ni baru naik kerja. sempat edit satu paper, jengok2 lah blog member. wah sakan member2 beraya tahun ni ya....

cerita pre-raya,raya and post-raya ini tahun

PRE-RAYA

Sabtu (27 Ramadhan)
budak2 ke smart reader cam biasa. papa dia gi keje. tak ingat buat apa hari ni? oh..baru ingat.. janji n ak beli kereta control kerana wkh jr dah berjaya mencecah hari 20 puasa. so gi billion dulu, beli itu ini sikit sebanyak. ada satu kereta ferari rm199 yg dia minat, tak kuasa nak beli. so end up ke toys city alamanda. tengok ada ferari kecik sikit, dlm rm129 less 20%. cik totet pun dapat jugak happy family punya set. masa nak bayar, rupanya bukan rm129, tapi rm229. gilo ke apa? melayang jugaklah rm240 kat situ. petang gi pasar ramadhan bangi. godok kat sana the best. and also nasik lemak. but when we reached the place, the nasik all gone olready. so beli lauk je lah. Malam gi basuh kereta kat bangi. Wkh jr mmg tak puasa, sbb dia dah achieve target.

Ahad (28 Ramadhan)
papa dia keje gak. aku dah sibuk kemas2 baju budak dan baju bapak budak. settlekan kain2 yang belum berjemur dan berlipat. ptg again ke bazar ramadhan bangi. hanya dgn budak2 saja, sbb papa dia lepas buka baru sampai. so beli nasik lemak, godok.

Isnin (29 Ramadhan)
Bangun dalam kul 5.00pg, goreng nugget dan buat roti. Pukul 7 kami gerak dari rumah.... sampai sg.besi hubby tak ingat dia dah kunci kereta dia ke belum........... pusing balik.... sempat amik kereta control wkh jr dan happy family cik totet. jadiknya cam kul 8am lah kami bertolak. singgah kat McD untuk budak2 dan bapak budak. mami budak je lah sorang yg bertahan hari ni.
Dlm kul 4.30pm sampai lah kami ke kampung yang dicintai... atoi & family dah ada. Buka puasa sup ikan merah, budu d'raja. atok beli ayam panggang feveret cucu2. dan air tafu-fa labok mari. Malam atok dan nenek jek terawih. Kami dah sibuk kupas bawang segala.

Selasa (30 Ramadhan)
Sahur nasi goreng. Wkh jr puasa hari ni. Pagi2 subuh sepie atok dah gi beli all the barang basah untuk masak memasak. dan untuk tidak jadi siaran ulangan raya tahun lepas, di mana atok bengang sebab beli ayam tak potong dan dibebel oleh aku dan rozai , maka telah diingat berkali2 suapaya ayamnya siap dipotong... tahun ni seperti biasa... kami buat rendang ayam 5 ekor, rendang daging 3 kilo, nasi impit 12 kampit besar dan kuah kacang. Ketupat - atok tempah. Tapi tapai tak dapek..sbb katanya tukang tapai masih jem di Pulau Condong. Tak sampai2. Mula dr pagi... so dalam kul 1 pm seme dah hampir siap. WKH seperti biasa tugasanya jaga api nasi impit. So dah setel dia punya tugasan terus ke KB jumpa anok beranok yg tahun ni semem balik beraya di kelantan. Ptg family rozai sampai dr rumah mentua dan dlm kul 6 pulak family abun sampai. Kami buka simple jek.. makan dgn rendang, pastu akak ni ha masak sayur campur dengan goreng ikan terubuk masin + ikan rebus goreng. Nekcik hantar sayur lemak keladi. Lida buat siro pisang. almaklum esok dah nak raya kan..so boleh makan puas2.

RAYA

Rabu (1 syawal)
bangun kul 5.15. Nenek kata atok tak sihat. sakit perut dr semalam. Mandi. Solat subuh, bermaaf-maafan. amik gambar pun tak proper. kat ruang dapur jek. so tahun ni takderlah acara bergambar macam selalu. selalu tu pun akak jugak yg beria2 amik gambar seme family. Ajiman call suruh makan nasik ayam rumah nekcik dulu... so kami pergi lah pagi2 tu. Pastu solat raya. kul 9.30 baru habis khutbah ustaz roslan ni. abun oleh kerana cuti, so dia setel kan apa2 yg patut di rumah. Dan acara biasa pun bermula... ramai2 dtg beraya... keluarga muloh ayah pa, moknoh dan nekcik, pastu keluarga moksu. tghari ke rumah moknoh makan nasi dagang + lauk ayam kampung. petang mandi2 bersiap untuk ke kg.laut lak. Sampai kat sana, tengok seme org tgh melepak. tunggu ramai2 dtg utk pergi ziarah. tapi oleh kerana seme kepenatan dan orang tak putus ziarah rumah cikmah, acara ditunda pada esok hari. Malam kami ke padang bas. makan mihun sup dan mee ladna bersama keluarga cikna.

Khamis (2 syawal)
Pagi2 - masak nasi goreng. mula dr 9.30 pagi bermulalah acara menziarah mak2 sedara WKH. sempat 4 buah semuanya di kg.laut, petang di rumah cik ngoh makan roti + kuzi ayam, roti jala dan mee hun. dalam kul 6 gerak ke pasir mas rumah mok tiri WKH. dlm 7 buah kereta. makan malam di sini. dalam kul 11 mlm baru sampai rumah atok&nenek.

Jumaat (3 syawal)
Hari ni anok beranok WKH beraya di sini. So ke town M beli-belah brg utk soto. ayam 4 ekor dan sayur2. ya Allah mahalnya harga brg2 kat bandar M ni, mengalahkan bandar besar. Pastu nak beli mangkuk polisterin seme sold out. Balik, dan akak setelkan ayam. nasib baik ada abun dan lida untuk tolong menolong. oleh kerna diorang janji nak datang lepas pukul 4, ingat tghari tu nak lari sekejap ke sAtu rumah cousin yg buat open house, tapi dah hujan dan badan pun penat, seme malas pegi. Tunggu2 punya tunggu, dgn jem yg amat eruk di ketereh, dlm 6.15 sampai lah 6 buah kereta. Menu pun simple jek... biskut2 raya, meehun dan soto dan sedikit rendang tinggalan hari pertama. Dalam kul 8.30 diorang pun beredar.
POST-RAYA

Sabtu (4 syawal)
Abun dan atoi balik ke KL. Dlm kul 11.30 kitaorang pulak gerak ke KB, sbb ada cousin WKH kawin dan singgah kejap ke HUSM tengok abe yg sakit. (Semasa berita ini ditulis, abe telah pun menghembuskan nafasnya yg terakhir pada 3.00 pagi - 7 Oktober, innalillah dan al-fatihah untuk abe, semoga rohnya dicucuri dan ditempatkan ke dalam golongan orang2 yg beriman..). Ke kenduri di Taman Guru. Petang ramai2 ke PCB, acara lepak bersama keluarga WKH. Malam dalam kul 11 sampai rumah atok& nenek

Ahad (5 Syawal)
Bangun 4.30pg, gerak ke KL dlm kul 5pg. Ada tempat jalan lancar, ada yang merangkak ada yg cam semut dan ada yg tak bergerak langsung. Tempat jem teruk - jln gua musang nak sampai ke r&r, lepas r&r tu jem lagi. pastu clear. pastu bentong jemmmmm sampai bandar . nasib baik tak lalu raub , sempat mengona ikut abang WKH ke sg.koyan, kalu tak kat traffic lite raub tu pun dekat 1 jam sangkut. pastu keluar jek tol bentong... jem jem jem dlm 12 km. masa ni akak pulak drive, rasa kebas seme palo lutut. AKhirnya dgn izin Allah, kul 4.00 ptg sampai rumah akak WKH. dan dlm kul 5.30 ptg sampai ke rumah. Alhamdulillah.



~tammat~

No comments: