PUTRAJAYA TIME
Lilypie 4th Birthday Pic Lilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th Pic Lilypie 6th to 18th Ticker

Thursday, August 23, 2007

2 bulan berlalu









Banyak hal berlaku, merata tempat berjalan, banyak kerja buat, ada jugak yang tertangguh. amalan untuk dunia yang satu lagi?

baru balik dr kampung. dgn anak dan maknya sekali demam. demam urat dan demam makan buah. sempat jumpa ma&abah. dan juga si uee. seronok betul tgk rumah. tengok buah2 kat rumah... balik dlm 6 ptg... bertolak balik ke kebun kul 9 pg esoknya... tak puas..tak puas...

visit ke changlun... tgk si zazal. tak taulah apa kesudahan cerita seorang yg bernama zazal itu.

pergi ke port dickson.. en hubby lama tak duduk hotel. ke corus paradise. rm190 tu. mahal tapi setakat nak bergumbira dgn anak2 ok lah jugak. budak2 sukalah main swimming pool. sendiri task pergi dekat pun. malas.. orang beriok dlm swimming pool. sempat snappy foto sekolah lama. adusss nostalgia sungguh.
dapat jumpa member lama- my best fren since my itm days. wpun kejap jek kat klia. oklah ubat rindu.

ke bagan lalang.. acara makan2. si zemi belanja makan. rezeki dia lebih.

tgk harry potter and goblet of fire. free ticket from HP. bolehlah. tapi kena cari dvd / vdc dia gak nih. tak puas.

dah juga baca Harry Potter and the deathly hollows. boleh lah. nak tunggu juga versi bahasa malaysia. hehehehe... dasar tak paham bahasa omputeh.

wkh junior.. confirm dpt sekolah 1. so lagi 4 bulan.. anak saya akan bergelar murid darjah 1. takder lagi la kindy kindy ni. rmo jr pulak nak kemana ya? belum decide lagi. sekolah abang dia kah.. atau cari tempat lain. masih belum ada masa untuk mencari.

No comments: