PUTRAJAYA TIME
Lilypie 4th Birthday Pic Lilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th Pic Lilypie 6th to 18th Ticker

Saturday, October 20, 2007

Raya tahun ini Syawal 1428

Rabu

On the way nak balik rumah, tayar kete pancitlah pulak.... nasib baik ada anak buah yg baik ati.. tolong tukar tayar. Bagilah duit raya kat anak dia cikit...

Khamis

Ke kedai tayar... ada 6 paku kat tayar kete aku... ehhh apsal banyak sangat ah? ada orang sabotaj ke apa ye? melayang lah pulak rm220. tukar 2 tayar belakang tu..

3.00 ptg -- dah kemas2... zoom kami bertolak meninggalkan bandar P untuk ke kampung yang tercinta di Mache, kelate..


Dalam perjalanan.. sampai bentong, dengar radio era, sibuk lah suruh lalu jalan alternatif ke gua musang. lalu grik la... elak bentong lah... en.H pun apa lagi... ikut terengganu lah kita... alamak so farrrrrrrr. tapi dah dia drebar..ikut je lah. haa pukui berapa sampai rumah atok/nenek?? kul 3.00 pagi. adoi rasa kebas pinggang aku 12 jam dlm keter. kami berbuka kat tol jabor (elok2 jek bang maghrib) dan bersahur kat kg.tok dor, jerteh kut.


Ngantuk sangat.. terus tidur. Ma kejut bangun sahur kul 4.30 tu pun aku dah tak larat dah. so idoklah kami bersahur. Tapi rugi nya rasa.. rupanya Rozai dah bgtau Ma nak makan nasi kerabu ngan ayam percik. Kalu aku tau sahur dgn nasi kerabu, sohih aku gagah jugak b angun....


Jumaat

Bermulalah acara masak memasak. Tahun ni as usual, kami ada nasi kapit, rendang ayam dan daging pastu abah nak makan lontong. (aku dah awal2 beli tempe kat KL). Dan ketupat palas yg abah tempah. Juga tapai... pun abah tempah.





Pastu rendang


Tahun ni aku dan rozai balik awal sikit pada orang lain... jd sibuklah we all ke dapur. Nak jd cerita, abah hot ngan aku bila aku asik tanya, apsal beli ayam tak siang... hehehehe.. menduga kesabaran di hari2 nak menjelang raya. nasib baik tak berpanjangan, kalu tidak mau beraya kat bawah rumah aku ini tahun. Dah petang, barulah si abun dan family sampai.


Sabtu


RAYA! RAYA!


Pagi - lewat sikit tahun ni semayang subuh dan tak sempat nak berjemaah ngan ma/abah. so dia orang frust lah sikit kut. So amik gambar pun ala2 merajuk punya style. Tahun ni kami ber4 balik except for Zazal. But at least kami tahulah dia kat mana dan buat apa. Berayalah dia dgn familynya nun jauh di kedah. betul lah my assumption pd tahun 2005 masa berkumpulnya kami 5 beradik, susah nak dpt that moment again. infact tahun ni mula2 si abun nak beraya di melaka. tapi miracle happened and she manage to balik kelate. aku rasa tahun depan aku pulak kena raya di KL... sbb dah ada ura2. kesian ma/abah.


Satu lagi..


tahun ni sempatlah aku sembahyang raya kat masjid. Seme anak beranak pergi. Tapi alamak leceh betullah. tak berapa khusyuk. Mana taknya ada lah sorang umat kat saf belakang bawak anak umur 1 tahun lebih kut, dari angkat takbir sampailah salam, start melalak. bukan sikit2... bak kata rozai other half, ala2 nak selok!. Dari aku dapat pahala terus dapat dosa asik mengutuk. Cam biasalah.. acara ziarah-menziarah pun bermula. balik dr semayang raya kerumoh mokcik makan laksa penang. Pastu layan anak2 sedara ma/abah. Tghari sempat tidur seround.. petang sikit baru gi makan nasi dagang rumah mok noh.


Pastu dlm kul 5 bergegas ke kota bharu rumah akak en.hubby. Makan2 di sana.. malam balik rumah. Abiz cerita 1 st day raya.


Ahad
Lepak2 jek kut. Ooo gi raya kat rumah sepupu ma ( 3 rumah). Gi jugak ke rumah Pok CIk Mat yang baru meninggal awal posa hari tu. Al-fatihah.


Isnin
Gi pengkalan kubur. Beli handbag coach. ok lah jugak. dgn purse rm180. Sempat jugak cuci mata kat kg.laut. seperti biasa acara menziarah rumah2 keluarga en.H. Tak singgah, cuma lalu jek... heheheh. Pastu bawak budak2 bercanda kat pantai PCB. Makan sotong goreng tepung. best lah jugak...




Selasa
Ke KB lagik. Makan nasi sumatera.
Rabu
Balik. On the way kat gua musang, kete buat perangai lagi. air-cond rosak buat kali kedua. seminggu sebelum raya dah repair abis rm500. kete aku ni mmg dah betul2 merajuk agaknya. tau dia yg tuan dia tak baper sayang...
terus singgah rumah kakak en.h kat subang. beraya di sana sampai malam.
Khamis
en.H dah kojo, aku pulak run the errands. Acara baiki aircond. melayanglah pulak rm230. Potong rambut cik totet setelah dapat bebelan dr mak sedaranya..rambut kube-ghose. Bayar segala mak nika bill.
Jumaat
Back to work.

Abis citer raya ini tahun.........................

No comments: