2nd Day
Today is the main reason why we were here. Some technology updates and some factory visit. Kami ke GUMI. Its in the south of south korea. So pagi2 dah kena bangun because we have to rush to Seoul Station and take the train. Kami naik bas dan transit di Seoul Station. Ala-ala KL Central lah gitu. Nyaman jek hirup udara Seoul pagi2 ni. Tak sejuk sangat tak panas sangat. dlm 18 ÂșC. Kami naik train biasa (disini dipanggil Korail - cam KTM lah), it took us about 3 hours.
Dlm train mmg tidur je yang banyak. Sepanjang jalan ke selatan, apa yang aku tengok? Ntah lah biasa2 saja. Pemandangan cantik jugalah tapi takder lah sampai teruja nak amik gambar. Yang aku perasan, tak banyak bukit2.. tanahnya landai. Sampai saje di Station yang tah apa nama aku tak ingat, kami dibawa dgn satu bas untuk ke Factory SAM. Ha.. situ baru bukit2. Tapi oleh kerana dah dekat nak tghari, maka kami pun berhentilah untuk lunch di satu restaurant vegetarian + seafood nih. Restoran ni stail restoran lama, bukak kasut, duduk bersimpuh... tapi the food was quite nice especially the Korean Pizza. Kim Chi mintak mahap, dah tak berapa nak lalu.
Lepas makan, diorang sibuk2 minum tea, aku pun kluar lah cari public phone. Tapi kat sini takder yg guna coins, nak cari kedai jual card pun takdak. So takdapek lah den nak tipon rumah. Lepas tu barulah kitaorang gerak ke factory. Masuk dlm, mmg tak leh amik gambar. Ada sikit technology update dr senioe engineer nya berkenaan tekno terbaru printer lah. If I can recall, rasanya ada 2 presentation. Sorang mamat korea tu, english dia slang american. Rambut panjang, rugged giler. Sorang tu pulak ala-ala nerd. But they can speak english quite well. Q ann A sikit sebanyak, barulah kami di bawa ke factory line, seronok jugak tengok orang Korea buat kerja. Oleh kerana aku tak pernah kerja kilang dan tak pernah tengok macammana rupanya inside the factory, I m quite impressed dgn diorang punya ambiance. Tengok tempat rehat dia (in between shift), menarik sgt. Siap ada mesin urut segala. Patu diaorang pun guna konsep Jepun.. everyone entitled to contribute ideas to the company and whoever did this get rewarded. Pastu yg lain2 tu tengok how the make printers lah.. from start .. till packaging. Dlm 2 jam jalan, pusing2 kat situ jek, lenguh giler kaki aku jalan....
Pastu hari dah beransur ptg. Dlm kul 5 gitu kami pun gerak lah. Dgn bas tapi kali ini ke station lain, sbb kitaorang diberi peluang naik KTX (ala2 bullet train). Kat sini, tak silap aku nama stesen di Geongju.. ada makanan yg femes lah.. macam kueh apa ye kat sini, cam roti inti red bean. Mmg sedap. I also brought 1 box home. Sampai Mesia, takder org teringin pun makan..hampeh. Dah lah aku beli mahal2..
KTX tu laju jugak. Mencecah lah 300km/hour. Dalam 1.30 jam jek dah sampai Seoul.
Ooo,masa sampai kat Seoul Station tu, diorang tunjuklah mall Lotte Mart. Cam femes lah jugak kat sini. Tapi takder masa pun nak masuk. Ingat nak gi cuci mata. Tapi dah nak kejar masa untuk dinner.
Malam ada dinner hosted by SAM. Ini buffet punya style. Tapi dah ala2 malam gitu. I think abt 8pm. Pastu ada liquor lah kat meja. Sib baik aku tak duduk meja dia punya VP & other VIPs. Wpun kita ni tak minum, tapi diorang ni kuat minum..
Aku banyak makan tempura je lah.. prawn & sotong goreng tepung. Itupun dah kenyang.
Dlm kul 10.30 mlm baru nak bersurai. Diorang tanya nak balik hotel ke nak ke mana? SO kami ni kata nak shoppinglah ... tmpt yg ada brooch ke apa ke... diorang pun tak tahu tempat. Just bawak kita gi Nongdaemon (kut).. dia cam ala2 petaling street ... tapi most of the shop dah tutup. Aku lari2 cari tshirt pun tak banyak choice. Ada tu 5000won 3 helai. Malas beli, ingat nak cari tempat yg lebih murah.. alih2 takder. Bila gi balik... hmmm tutup dah. TShirt putih biasa, nipis amat cuma ada tulis KOREA lah. Lari2 cari kedai brooch, adalah satu. Tapi mahal pulak..kata ada yang 20/30 hinggit sepasang. Takder pun... amik lah jugak 10000/7000won yg besar, 3000/5000won yg kecik. Bukan betul2 sepasang pun, kita kena gali cari sendiri. Camner lah nak beli kat member2 yg kirim nih. Dekat midnite jugak kami sampai hotel.
Penat, so Kebaboommmmmm.... Esok lah pulak.
No comments:
Post a Comment