PUTRAJAYA TIME
Lilypie 4th Birthday Pic Lilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th Pic Lilypie 6th to 18th Ticker

Monday, December 24, 2007

Officially in a new place



Today is officially the mark of my new era, well in the letter it stated 17th Dec 2007. Hows the new place. I ve been questioning my self about this as well. Well maybe its too early to tell. Too eraly to really feel the ambience and the environment. So far, havent been doing anything yet. I haven t even get my working pass, my own place, no chairs, desk or PC yet. Worst of all, maybe I have to pay for my parking. No more parking availabel. Nasib tak baik tuh. They gave me 1 notebook but knowing me so lazy to carry benda to here and there.. dok terperuk kat rumah sajalah. Fortunately.. my big boss went overseas for 3 weeks and kind enuff to give me permission to use all his hartabenda kat sini. So here I am... sitting on his chairs, writing at his desk, using his PC, use his phone, use his room like bloddy mine.. and parking pun parking boss jugak... I got till mid January to setle all this... eh apa aku pulak... diorang lah buat something.


Have been boraking with my colleague about this new office. There are thigns that I ve to be really carefully.. interms of peronel here and also work wise. Harap2 dapatlah aku mencari rezeki di sini dengan selesa dan selamat. InsyaAllah Allah permudahkan segala urusanku.


Just wanna share my latest pics..

Friday, December 21, 2007

Kemaskini profail

2 bulan telah berlalu sejak blog dikemaskini. banyak benda yang berlaku sepanjang 2 bulan.

- my 6 yrs wira akhirnya berpergian jugak. banyak jasa kereta aku ni. tapi nak buat macammana bial dah berumur nih, macam2 maintanence nya. infact dah due utk overhaul/major service. so akhirnya di let go lah kereta tu. what do i get in return... hmmm hutang yang bertambah dan kereta baru. nanti dah ambik pic gambar baru akan dipost di sini.

- bertukar tempat kerja. alhamdulillah promotion. will also post about this later

- raya haji di puchong

- anak2 makin besar

- tanggungjawab makin besar

- iman makin nipis .. this i really have to do something about it

Saturday, October 20, 2007

Check out my Slide Show!

Raya tahun ini Syawal 1428

Rabu

On the way nak balik rumah, tayar kete pancitlah pulak.... nasib baik ada anak buah yg baik ati.. tolong tukar tayar. Bagilah duit raya kat anak dia cikit...

Khamis

Ke kedai tayar... ada 6 paku kat tayar kete aku... ehhh apsal banyak sangat ah? ada orang sabotaj ke apa ye? melayang lah pulak rm220. tukar 2 tayar belakang tu..

3.00 ptg -- dah kemas2... zoom kami bertolak meninggalkan bandar P untuk ke kampung yang tercinta di Mache, kelate..


Dalam perjalanan.. sampai bentong, dengar radio era, sibuk lah suruh lalu jalan alternatif ke gua musang. lalu grik la... elak bentong lah... en.H pun apa lagi... ikut terengganu lah kita... alamak so farrrrrrrr. tapi dah dia drebar..ikut je lah. haa pukui berapa sampai rumah atok/nenek?? kul 3.00 pagi. adoi rasa kebas pinggang aku 12 jam dlm keter. kami berbuka kat tol jabor (elok2 jek bang maghrib) dan bersahur kat kg.tok dor, jerteh kut.


Ngantuk sangat.. terus tidur. Ma kejut bangun sahur kul 4.30 tu pun aku dah tak larat dah. so idoklah kami bersahur. Tapi rugi nya rasa.. rupanya Rozai dah bgtau Ma nak makan nasi kerabu ngan ayam percik. Kalu aku tau sahur dgn nasi kerabu, sohih aku gagah jugak b angun....


Jumaat

Bermulalah acara masak memasak. Tahun ni as usual, kami ada nasi kapit, rendang ayam dan daging pastu abah nak makan lontong. (aku dah awal2 beli tempe kat KL). Dan ketupat palas yg abah tempah. Juga tapai... pun abah tempah.





Pastu rendang


Tahun ni aku dan rozai balik awal sikit pada orang lain... jd sibuklah we all ke dapur. Nak jd cerita, abah hot ngan aku bila aku asik tanya, apsal beli ayam tak siang... hehehehe.. menduga kesabaran di hari2 nak menjelang raya. nasib baik tak berpanjangan, kalu tidak mau beraya kat bawah rumah aku ini tahun. Dah petang, barulah si abun dan family sampai.


Sabtu


RAYA! RAYA!


Pagi - lewat sikit tahun ni semayang subuh dan tak sempat nak berjemaah ngan ma/abah. so dia orang frust lah sikit kut. So amik gambar pun ala2 merajuk punya style. Tahun ni kami ber4 balik except for Zazal. But at least kami tahulah dia kat mana dan buat apa. Berayalah dia dgn familynya nun jauh di kedah. betul lah my assumption pd tahun 2005 masa berkumpulnya kami 5 beradik, susah nak dpt that moment again. infact tahun ni mula2 si abun nak beraya di melaka. tapi miracle happened and she manage to balik kelate. aku rasa tahun depan aku pulak kena raya di KL... sbb dah ada ura2. kesian ma/abah.


Satu lagi..


tahun ni sempatlah aku sembahyang raya kat masjid. Seme anak beranak pergi. Tapi alamak leceh betullah. tak berapa khusyuk. Mana taknya ada lah sorang umat kat saf belakang bawak anak umur 1 tahun lebih kut, dari angkat takbir sampailah salam, start melalak. bukan sikit2... bak kata rozai other half, ala2 nak selok!. Dari aku dapat pahala terus dapat dosa asik mengutuk. Cam biasalah.. acara ziarah-menziarah pun bermula. balik dr semayang raya kerumoh mokcik makan laksa penang. Pastu layan anak2 sedara ma/abah. Tghari sempat tidur seround.. petang sikit baru gi makan nasi dagang rumah mok noh.


Pastu dlm kul 5 bergegas ke kota bharu rumah akak en.hubby. Makan2 di sana.. malam balik rumah. Abiz cerita 1 st day raya.


Ahad
Lepak2 jek kut. Ooo gi raya kat rumah sepupu ma ( 3 rumah). Gi jugak ke rumah Pok CIk Mat yang baru meninggal awal posa hari tu. Al-fatihah.


Isnin
Gi pengkalan kubur. Beli handbag coach. ok lah jugak. dgn purse rm180. Sempat jugak cuci mata kat kg.laut. seperti biasa acara menziarah rumah2 keluarga en.H. Tak singgah, cuma lalu jek... heheheh. Pastu bawak budak2 bercanda kat pantai PCB. Makan sotong goreng tepung. best lah jugak...




Selasa
Ke KB lagik. Makan nasi sumatera.
Rabu
Balik. On the way kat gua musang, kete buat perangai lagi. air-cond rosak buat kali kedua. seminggu sebelum raya dah repair abis rm500. kete aku ni mmg dah betul2 merajuk agaknya. tau dia yg tuan dia tak baper sayang...
terus singgah rumah kakak en.h kat subang. beraya di sana sampai malam.
Khamis
en.H dah kojo, aku pulak run the errands. Acara baiki aircond. melayanglah pulak rm230. Potong rambut cik totet setelah dapat bebelan dr mak sedaranya..rambut kube-ghose. Bayar segala mak nika bill.
Jumaat
Back to work.

Abis citer raya ini tahun.........................

Sunday, October 07, 2007

The rest of trip to seoul (2nd day)




2nd Day









Today is the main reason why we were here. Some technology updates and some factory visit. Kami ke GUMI. Its in the south of south korea. So pagi2 dah kena bangun because we have to rush to Seoul Station and take the train. Kami naik bas dan transit di Seoul Station. Ala-ala KL Central lah gitu. Nyaman jek hirup udara Seoul pagi2 ni. Tak sejuk sangat tak panas sangat. dlm 18 ÂșC. Kami naik train biasa (disini dipanggil Korail - cam KTM lah), it took us about 3 hours.
















Dlm train mmg tidur je yang banyak. Sepanjang jalan ke selatan, apa yang aku tengok? Ntah lah biasa2 saja. Pemandangan cantik jugalah tapi takder lah sampai teruja nak amik gambar. Yang aku perasan, tak banyak bukit2.. tanahnya landai. Sampai saje di Station yang tah apa nama aku tak ingat, kami dibawa dgn satu bas untuk ke Factory SAM. Ha.. situ baru bukit2. Tapi oleh kerana dah dekat nak tghari, maka kami pun berhentilah untuk lunch di satu restaurant vegetarian + seafood nih. Restoran ni stail restoran lama, bukak kasut, duduk bersimpuh... tapi the food was quite nice especially the Korean Pizza. Kim Chi mintak mahap, dah tak berapa nak lalu.



Lepas makan, diorang sibuk2 minum tea, aku pun kluar lah cari public phone. Tapi kat sini takder yg guna coins, nak cari kedai jual card pun takdak. So takdapek lah den nak tipon rumah. Lepas tu barulah kitaorang gerak ke factory. Masuk dlm, mmg tak leh amik gambar. Ada sikit technology update dr senioe engineer nya berkenaan tekno terbaru printer lah. If I can recall, rasanya ada 2 presentation. Sorang mamat korea tu, english dia slang american. Rambut panjang, rugged giler. Sorang tu pulak ala-ala nerd. But they can speak english quite well. Q ann A sikit sebanyak, barulah kami di bawa ke factory line, seronok jugak tengok orang Korea buat kerja. Oleh kerana aku tak pernah kerja kilang dan tak pernah tengok macammana rupanya inside the factory, I m quite impressed dgn diorang punya ambiance. Tengok tempat rehat dia (in between shift), menarik sgt. Siap ada mesin urut segala. Patu diaorang pun guna konsep Jepun.. everyone entitled to contribute ideas to the company and whoever did this get rewarded. Pastu yg lain2 tu tengok how the make printers lah.. from start .. till packaging. Dlm 2 jam jalan, pusing2 kat situ jek, lenguh giler kaki aku jalan....


Pastu hari dah beransur ptg. Dlm kul 5 gitu kami pun gerak lah. Dgn bas tapi kali ini ke station lain, sbb kitaorang diberi peluang naik KTX (ala2 bullet train). Kat sini, tak silap aku nama stesen di Geongju.. ada makanan yg femes lah.. macam kueh apa ye kat sini, cam roti inti red bean. Mmg sedap. I also brought 1 box home. Sampai Mesia, takder org teringin pun makan..hampeh. Dah lah aku beli mahal2..



KTX tu laju jugak. Mencecah lah 300km/hour. Dalam 1.30 jam jek dah sampai Seoul.














Ooo,masa sampai kat Seoul Station tu, diorang tunjuklah mall Lotte Mart. Cam femes lah jugak kat sini. Tapi takder masa pun nak masuk. Ingat nak gi cuci mata. Tapi dah nak kejar masa untuk dinner.
Malam ada dinner hosted by SAM. Ini buffet punya style. Tapi dah ala2 malam gitu. I think abt 8pm. Pastu ada liquor lah kat meja. Sib baik aku tak duduk meja dia punya VP & other VIPs. Wpun kita ni tak minum, tapi diorang ni kuat minum..
Aku banyak makan tempura je lah.. prawn & sotong goreng tepung. Itupun dah kenyang.

Dlm kul 10.30 mlm baru nak bersurai. Diorang tanya nak balik hotel ke nak ke mana? SO kami ni kata nak shoppinglah ... tmpt yg ada brooch ke apa ke... diorang pun tak tahu tempat. Just bawak kita gi Nongdaemon (kut).. dia cam ala2 petaling street ... tapi most of the shop dah tutup. Aku lari2 cari tshirt pun tak banyak choice. Ada tu 5000won 3 helai. Malas beli, ingat nak cari tempat yg lebih murah.. alih2 takder. Bila gi balik... hmmm tutup dah. TShirt putih biasa, nipis amat cuma ada tulis KOREA lah. Lari2 cari kedai brooch, adalah satu. Tapi mahal pulak..kata ada yang 20/30 hinggit sepasang. Takder pun... amik lah jugak 10000/7000won yg besar, 3000/5000won yg kecik. Bukan betul2 sepasang pun, kita kena gali cari sendiri. Camner lah nak beli kat member2 yg kirim nih. Dekat midnite jugak kami sampai hotel.


Penat, so Kebaboommmmmm.... Esok lah pulak.

Raya Preparation 2



I change the whole look of my blog yesterday. The day that I suppose to finish my long overdue task. Sudahnya... I got a whole new interface of my blog with some of my old script (copy and paste punya la... long time tak buat html coding ooo...) taken away. Nantilah biler2 senang tengok balik apa yg missing tu. Koje... tak siap. So hari ini I make a vow to atleast finish half of it.


Before I m done, take a look at my Raya preparation part 2. I could say very minimal this time. Very der..

Saturday, October 06, 2007

Trip to Langkawi






Awal september hari tu aku ada mesyuarat kat langkawi. Mula2 en.hubby nak bawak budak2 pegi. Check punya check dgn MAS, adalah dlm RM1200 pergi balik. Mahal sangatlah pulak, so we decided not to bring the kids this time. Kita ambil extra 1 day (eraly) just to explore Langkawi.. stay kat Hotel di Kuah, sewa kereta dan round2 sambil makan laksa dan asik2 lah ke Ismail Group. Orang kata seronok cuti tanpa bebudak.. I dont know.. for me I still prefer the whole family in vacation rather than both of us only. Lepas tu baru kami ke Awana (remind me of my previous trip to Awana... best giler masa tuh...) Masa aku mesyuarat, en.hubby round satu Langkawi. Seme tempat dia pergi except for cable car dan galeri perdana dan under water world.. yang tu kami pernah pergi masa 2003 dulu.


Apa yg di shopping? Sebelum gi, ingat nak beli corelle barang 2 set. Bila sampai, tengok mahal2 sangat, sempat beli sudu ngan coklat je lah. ha dan tak lupa kain batik buat Ma, balm gamat untuk adik beradik, minyak gamat untuk budak2 opis.... itu pun dah beratus-ratus. Bila pikir2 kan kos nya, dekat seribu jugak kitaorang berhabisan... itulah nak pergi holiday sangat...


Makan? Asik 2 makan Laksa... Laksa kat pekan kuat, laksa kat depan ISmail grup, pastu laksa kat tepi pantai sebelum sampai airport.... gile laksa ke ape?


ok time for work. Saturday and has to finish my long-overdue task. Mesti siap report ni.. mesti..mesti!! insya Allah..

Sunday, September 30, 2007

My 1st day Seoul Trip

I decided to write my 4 days trip to seoul after all..

Saja… sebenarnya weekend ni ada keje bawak balik. Kerja tertunggak dari 2 minggu lepas. Tapi biasalah bila bukak PC.. first thing.. connect to streamyx.. menjelajah blog… suka sgt aku baca cerita orang. Kali ini biarlah aku baca cerita sendiri pulak…..

Rabu (25 April)

Hari ni mmg aku cuti. Tak kerja. Sama dgn En.Hubby. Saja lepak2 dan nak spend masa mentara nak fly lewat malam nanti. Gi lunch kat Subang Jaya. Dia teringin nak makan nasi kandar. Aku memang tak minat langsung. Tapi makan lah jugak. Sat gi dpt sms dari Kak Z. Auntie dia meninggal. Innalillah.. alamak, jadi ke tak Kak Z pergi ni? Tapi katanya I ll see yer at the airport tonite.



Dlm itenary kata kul 9 pm gather kat Kaunter D. Apa pun takder ngan aku ni.. I dont even know sapa yang pergi dgn aku.. no flite ticket no visa (tapi katanya gi Korea tak yah visa tak tau lah aku). Gamble jek lah kami pegi. Bawak beg besar jugak – sarat dgn baju sejuk dan food. Surf kat internet Seoul will be around 14-18 degree cel. So sejuklah tu bg aku. Aku mmg tak plan nak beli baju2 sejuk kat sana. Sbb aku dah spend berhabisan beli jacket bagai masa kat Osaka last yr (Masa tu gomen bagi RM1500 – allowance baju sejuk kan.. so rasanya separuh gak yg aku habis membeli baju sejuk saja – taulah kat Jepun, asal pegang barang jek beratus2...). Bawak seme budak2. Sampai sana hanya geng CUI jek kelihatan. Lepas tu baru lah sorang2 sampai. Kat situ jugak lah berkenalan. 14 of us including 1 little girl who reminds me very much of cik totet. Confirm Kak Z tak pergi. Lepas dinner bagai, kami pun gerak lah ke departure. Masa tu sedih gak lah nak tinggal budak2. Ikut kata Kak Z, dia paling tak tahan tengok si WKH Jr, yg beria2 pelok dia masa nak babai aku. Idok pulok aku perasan masa tu…



Oh ya.. kami pergi di arrange oleh 1 travel agent, jd mmg seme ticket dan bagasi diorang urus. Kami ikut cam orang kena cucuk idung. Tak macam selalu aku gi travel.. segala2 nya kena buat sendiri. So ini kira relax banyak lah. Masa dlm flite kenal2 dgn orang SAM. Ok gak diorang ni. Flite rupanya transit kat KK. Pastu baru ke Incheon Airport, Seoul, sampai dalam kul 6 pagi. Incheon Airport.. camner ye keadaan nya..





Sejuk lah jugak. I think around 8 -10Âș Cel. KLIA lagi besar kut dr Incheon ni. Yg nak gelak masa pemeriksaan imigresen, ingat nak amik gambar, tapi kena sound ngan polis -- NO CAMELA. Hehehe..buat malu kaum jek

Sampai jek. Di sambut oleh one Korean lady, really forgot her name. Kami punya tourist guide di seoul. Naik bas.. dan on the way ke Shilla hotel, our 3 nites home. Incheon ni dlm 45 min ke seoul. Actually its quite a new airport dan di tambak tanah. Kalau tak tu, ini dah kira pantai lah. Kata KL (Korean lady) tu lah. Pastu dia pun pot pet lah mentara nak sampai hotel. Banyak jugak lah dia cerita.. sejarah negara dia.. population seoul. Kitaorang pulak sibuk dok pandang kiri kanan tengok kereta besar2. Tapi kebanyakannya local product. Aku tengok banyak hyundai, ssang young. Tapi ada sorang blogger kata seme kete putih. Aku idoklah perasan tang warna... ke aku ni buta warna? ..





Dalam kul 10 korea time, sampailah we all ke Shilla Hotel. Hotel cam best dan exclusive gitu. Tunggu kejap, dan dapatlah kita orang bilik masing. Kebanyakan stay 2 in a room. Cuma aku sorang jek single.. takdak pasangan. Ok gak tuh. Lebih privacy kan.. Diorang bg tau freshen-up a bit, dlm 1 jam turun balik utk lunch. Jom tengok bilik …


Very nice hotel and I like esp the bathroom. Seme barang Loccitane. Beli sendiri confirm tak mampu la… pakai sample pun jadik lah. Dan kat sini seme bilik ada Handphone yg kita boleh bawak kemana sj and it carries the hotel room tel. no. So kemana jek kita pegi, ppl can reach us by dialing the hotel no. Tapi aku tak pernah bawak HP ni keluar.. Sbb dah pegi grup, malas nak melayan bender2 gini…..

Makan time
Dah tukar baju lebih kurang.. turun kat bawah. Rupanya member2 lain dah sibuk amik gambar kat bawah. Masa ni spring... so bunga seme berkembang harum dan udara nyaman. ..






Dlm 15 min, sampai ke Itaewon (katanya kat sini ramai foreigners duduk dan macam2 restoran ada...) dan makan di resoran Al-Saba. Persian food. Very nice. Dan kami solat jamak zuhur dan asar kat sini. Tingkat atas restoran cam kedai karpet gitu.. mmg ada tmpt sembahyang. Dah kenyang baru boleh jalan ni... Fikiran aku terbayang brooch dah...

Visit Seoul
Hari ini tempat menarik yang dibawa ialah The Blue House (rumah PM dia ler), Imperial Palace, seme pun tengok dari bas jek lah.Imperial Palace turun jap kat gate tu.. tengok ada spring blossom lah.. boleh gak tengok bunga sakura. Walaupun dah terlepas kat osaka hari tu.. pastu tengok polis diorang muda2.. buat rondaan dengan skate board (they have national service here like spore.. so polis nya muda2 lah..). Seme anak lelaki kena masuk national service ni for at least 2 yrs I think..dan kalu sapa2 cam ada doctor case ke, cam cacat ke, they still have to serve the community by doing charity work.


Kemudian, tempat yang wajib.. National Folk Museum. Rasanya kalu tourist dtg, seme akan dibawa ke sini kut. Kat sini sejarah dan kronologi org korea dipamerkan. Kalu betul2 pay attention kat KL tu rasanya kalu kena amik exam korean history harus aku dapat A or kalu PTK ni aras 4 nih.... Museumnya besar.. dgn sekali2 istana pun ada dalam ni.. rasanya dlm 3 jam meround.. letih akak gitu. Pastu gi tengok pulak Stadium masa diorang buat WorldCup. Ha yang ni akak teruja sikit.












Tapi tak leh masuk dlm sbb diorang tgh buat renovation. Ada souveniour shop, tapi brg mahal giler. So aku tak beli apa2 pun. Bak kata KL, hari ni jer lah yg boleh leisure2, sbb lagi 2 hari akan di habiskan masa dgn lecture dan factory visit. Abis bila nak shopping nya kak oii? Pastu di bawaknya pulak kami ke KIM CHI skool.









Kim Chi ni sejenis makanan korea. Wajib ada dlm setiap menu depa. Dulu2 katanya dr pagi ptg siang malam diorang makan. Kim Chi ni macam sayur jeruk pastu gaul dgn sambal diorang.. cam pickle lah gitu ala2. tapi bau dia ada kureng.. dan kalu kena gaya buatnya boleh tahan berbulan2. Kami setiap sorang kena buat Kim Chi ni, dan ada member aku siap bawak balik kat hotel lagi utk dibawa pulang... sebenarnya abah aku kirim gak kim chi, tapi susahlak sbb nak bawak balik ke hotel, nak pack.. so rentikan lah. Kat sini jugak disediakan baju2 korea untuk di try. Its not kimono, han buk rasanya. Kat sini seme guna perkataan HAN kat depan. Korean ppl disebut HAN. Bahasa korea – han gul, baju korea – han buk... gitulah lebih kurang.





Malam pulak kami ke Korean Restaurant eating Korean food. Duduk bersimpuh atas tatami mat, kendian diorang dtg hidang dlm mangkuk kecik2 atas meja. Sambil makan ada cultural show. How do I rate this food? Entah lah.. can eat la… cam ikan masin dia.. tapi tang jeruk2 ni ada lah sikit kembang tekak aku. Ada member tu mmg lansung tak leh telan. So depa tapau nasi bawak balik hotel. Sebelum balik, diorang bawak we all gi Nongdemun kut.. Kat sini ada Mall 24 hrs. Diorang bagi kitaorang shopping dlm 2 hrs. Souveniours kat floor 5, aku beli sake cup, fridge magnet dan nail clipper. Conversion duit korea ni.. 1000 Won dalam RM4 . Sake cup tu 5000 won for 6 pcs. Nail Clipper satu 1000 won. Berpuluh ribu won gak lah duit habis malam tu, just for souveniours only. Mana brooch ni, tak nampak rupa banyang pun.. ada pun accesories cam sepit rambut tu banyak lah.. tapi mahal nyer.. baru nak sentuh 20K sini 10K sana. Dekat tempat handbag kat floor 1 pulak... aku cadang nak jenguk2 branded handbag. 1st grade imitation nya sungguh menyayat hati... aku plan nak cari yang dlm 40K/50K (RM100 - RM150 duit kita le).. tapi yg ditunjuk seme 200K ke atas. 100K pun tak dak..Tak mampulah teman.. baik aku balik Mesia cari bag bonia lagi bagus. Oh ya aku bawak dlm RM1,500 jek – 100USD and about 300,000 won. Ini duit ASB ler ni… Balik hotel around 12 midnite. Pastu orang SAM distribute magi dan biskut pulak. Ini utk orang2 yg masih lapar………. Oklah habis satu malam. Esok nak menempoh hari yg panjang. Oh ya, aku dah call rumah. Guna ring2 card kat public phone di seoul stadium. Guna coins dia… senang sangat dan murah lah jugak.

Ok.. next entry will be my 2 nd day in seoul.. alta la vista babeh






Monday, September 24, 2007

Raya Preparation







Salam ramadhan..




WKH Jr as to date berpuasa -- > 1st 2 days tak langsung - kerana demam pastu, celam celup dapatlah 2 hari penuh, yg lain seme separuh hari...




Mami dia - masih penuh lagi...................




Shopping for raya ini tahun


---------------------------------


I m trying not to go overboard this yr and seems that its quite working. Whenever I m thinking of buying lots and lots of stuff for my family, my mind will also wonders to the my up-north brither who is quite ill and conditionally not 'ok'. Jadiknya 'kurang' lah sikit nak meraban tak tentu hala tu. Wbgmpun, preapration utk raya masih diteruskan lah...........




Raya tahun ni... biskut raya dan tempah di opis sj. Dan dgn opis siabun. Rasanya dah dekat rm200 .. so.. better stop fr ordering. Cake - mmg satu pun tak order. malas pulak tahun ni. rasanya dah suruh atoi tempah utk bawak balik kelate. utk raya di rumah ni nanti, pandai2 lah... cake kat bakers cottage pun boleh tahan sedap.




Baju - Semalam selepas puas men'convince' kan en hubby that we have to go shopping for baju anak2.. (aku nak gi SOGO tapi tak lepas.. dpt ke Jusco IOI mall jek..).. dptlah cik totet dan wkh jr beberapa pasang baju baru. tapi tak macam tahun lepas lah.. (ke tahun sebelum tu ..tak ingat dah..), aku ke Jusco IOI gak.. tapi ngan si abun.. abis dlm rm400++ utk baju diorang jek... tahun ni aku telah berjaya men'reduce' kannya kepada HANYA rm174 sj. amazing rite.




detailnya:


1. Cik Totet - selai jeans, selai gown, selai jaket jeans (sudah beli sebelum tu di hushpuppies warehouse sale - 2 tshirt seksi, kat everland, seoul 1 tshirt dan spore 1 tshirt)


2. wkh jr - selai kodroi hitam, selai slack grey (sudah beli sebelum tu di hushpuppies warehouse sale - selai jeans pjg & selai jeans pendek, di hrc seoul - 1 tshirt dan hrc spore - 1 tshirt)




kasut/sandal lak kami tahun ni sungguh percaya kepada bata ........ ater seme beli di bata except for en hubby beli sandal kat Jusco.




berbuka pose di rumah mama joh. sedap sungguh nasi minyak nya. dan FIRST TIME aku terawih di bulan ramadhan tahun ini. adik beradik wkh buat makan2 kat budak tahfiz di surau - itk 100 org makan. aku ingat buka pose utk kita2 jek... so gi pun dah kat kul 4. selepas abis bershopping di Jusco. Diorang yg lain dr pagi lagi.. heheh ngelat.. ntah2 kena kutuk tak tau ler.




dpt juga sepasang baju melayu utk khalis -- biru merelik. rm40. jadiklah tu.


utk baju raya mami dia pulak -- dah buat sepasang , sari dr india beli ngan puan dulu, pastu si abun jual baju dia 2 pasang. ( tak sampai rm250 utk 3 pasang)


utk baju kurung cik totet - sepasang lebih kain mami, satu mama hadiah dan satu lagi cik ja bagi -- so ada3 gak.
utk papa dia -- hanya ada selai pelekat masa mami outstation kat labuan april lepas


sekarang ni our mission is to find: baju melayu en.hubby, tali pinggang budak2 and we're done!




ops, udoh 7.10. got to go.