PUTRAJAYA TIME
Lilypie 4th Birthday Pic Lilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th Pic Lilypie 6th to 18th Ticker

Friday, December 05, 2008

Langkawi Trip dan Konsert Cik Totet







This is and overdue post. Due to my hecticness of being a juggler.. mom,ofis-work, wife, domestic-manager, cook, driver etc. Tak mau citer banyak..just that my maid did not come back after all and we had to cope with that.

Ok, sebenarnya trip ke Langkawi ni pd mid nove and as usual bukan suka2 makan angin. Kami kena gi retreat. The best part our Dato' KSU arahkan kami semua naik bas ke langkawi and whoever yg pergi sendiri tidak boleh claim wa'imah 1 sen pun. So mula2 ingat nak pi sorang lah.. more over on Sunday tu 16 Nov, Cik Totet ada konsert. Tapi cam tak best lah pulak gi sorang, so pujuk2 en.hubby kami gi lah satu family. Kali ini experience yg berbeza..sbb selalunya (takder lah selalu dlm 3 x jek), pegi naik flite. Kali ini kami drive....................


So around 7am, pagi Khamis bertolak. Budak2 quite excited lah..last aku pegi ngan budak2 .. masa tu ada sorang budak sj, yg sorang lg dlm perut. thn 2004. wkh jr pun tak ingat macammana langkawi, so bila papa dia citer yg nak naik kereta kabel, naik feri lah ...diorang seronot lah sgt.

Around 1.30 smpi di Kuala Perlis, pekena laksa perlis. tak best sgt lah bg aku yg sudah merata rasa/makan laksa ni. Ingat lagi masa gi langkawi tahun lepas (end 2007 - gi dgn hubby sj, juga opis lama punya retreat), asik mkn laksa jek kat langkawi... so compare to laksa langkawi, so-so jek rasa laksa kuala perlis ni... mungkin sbb tak kena kedainya kut.




Kul 4 naik feri, kul 5.50 sampai Kuah. Makan roti canai di jetty point, restoran hamid... best gak roti dia, sampai bertambah2 kami. Check in di Bayview. Malam dah ada acara, so budak2 and bapak budak pun buat acara sendiri. Esoknya pun full... cuma pagi, sebelum masuk kelas, aku lari jap bwk budak2 gi swimming pool.. pastu en.hubby sewa kereta wira (rm70), dan mereka jalan2 sendiri. Naik cable car... cik totet kata dia naik gondola 2 kali... aik tukar nama ke kabel kar jd gondola? pastu diorang pi taman burung kut.. tapi katanya ada rabbit pastu ada buaya ... tu yg aku tak paham tuh. Tghari tu kejap, aku dgn geng2 lari be4 lunch ke ismail grup beli cokelat. ingat nak sambar corelle 1 set, tapi mahallah..20pcs.. dlm rm379. so tak jadi.







esok, pagi diorang gi makam mahsuri. aku masuk kelas utk presentation. lepas jek dept kami present, aku mintak diri utk chow chin chow. (semua yg lain balik esok). so tghari tu checkout.. gi sat kat ismail grup makan laksa kat van tuh.. (wpun kuah dia hitam, aku suka la...). pastu beli coklat sikit, kain batik ma kirim, tshirt 2/3 helai pastu beg kotak murah sorang satu kat wkh jr dan cik totet. oh ya minyak gamat 1 dozen, dan keychain utk budak2 opis. tak lupa fridge magnet... abis jugak dlm rm300 kat sini.. semuanya charge..tah bilalah aku nak bayar c.card aku tu pulak..dah macam cendawan tumbuh lak hutang piutang aku...










oleh kerana kami beli tiket feri kul 4 ptg, sampai jeti, relax jap kat restoran hamid tuk makan roti canai lagi, alah takder lah pulak..sbb awal sgt. kami tunggu jugak, dlm kul 3.30 dapat lah roti canai tu. kul 3.45 bergegas ke feri.. dan bertolak lah kami ke main land.


dlm kul 6 sampai. gi berdesup ke rumah zali... tunaikan social obligation utk adik ku sorang itu. kat rumah dia sekejap sgt, dlm 15 min. gi bawak diorang makan kat changlun.. ala2 kfc tapi myfc. bolehlah. oleh kerana aku takde cash, aku pi lah beli groceries kat super makert kat situ.. cukuplah kut utk sebulan stock diorang. abis lg dlm rm200. charge lagi. dlm 8 mlm, gerak balik. en.hubby pun macam dah nak demam, so aku drive smpi kull 11 mlm. pastu berenti jap tidur, pastu en.hubby sambung.. dlm kul 4.30pg kami sampai rumah.


esoknya pegi concert en.totet. uish penat giler....................... isnin en.hubby dah keje. tapi aku amik cuti sehari..... kepenatan kat rumah dok setlekan kain2 yg menggunung ganang dan rumah yg cam tongkang pecah.




sekian



Saturday, October 18, 2008

Kehilangan dan kesedihan..................

Sebenarnya raya kali ini wpun ramai yang bergembira, kami sebenarnya juga di bendung kedukaan. My first cousin passed away 1 week after raya. Cousin ni adalah cousin sulung kami. Aku ada jugak cakap2 kat cousin aku yg lain, nampaknya selama ni peringkat uncles/anties.. sekarang ni dah sampai giliran kami. peringkat cousin2. well wpun begitu mmg kita tak tahu bila sampai giliran kita, ajal dan maut di tangan Allah. Tapi kalau mengikut norm lah..

dan minggu ni kami sekali lagi dibendung kedukaan... my other cousin yg juga merupakan adik kepada cousin yg dah passed away, sekarang sedang tenat d CCU HKL. sedihnya mengenangkan anak2 yg masih kecil... sedihnya mengenangkan mak sedara yg baru sj kehilangan anak sulong, terpaksa dlm keadaan dirinya yg masih bersedih (baru 7 hari abe meninggal), terpaksa bergegas ke KL untuk menziarah anak nya yg sakit pula....

apa lah daya kami, hanya boleh bersedekah yassin dan alfatihah. sayu nya melihat abe din yg tak berdaya di katil, hanya mengharapkan life support...
Ya Allah Ya Tuhan ku, ko ringankanlah beban hamba mu itu, sekiranya meninggalkan dunia adalah lebih baik kepadanya, Kau permudahkanlah segala urusannya. Amin ya rabbal alamin.

Thursday, October 16, 2008

Wkh Jr and his tae kwon do class




wkh jr memang dari tadika nak sangat masuk kelas taekwondo ni..aku pun dah pernah call sir (trainer) samada boleh ke tak budak 6 tahun join, tapi di akata selalunya utk student di sekolah tu jek. so niat tu pun berkubur sj lah.


bila wkh jr, darjah 1, mmg dapat flyers utk taekwondo, kata en.hubby, kecik sgt untuk masuk. so dia frust lah jugak. bila pujuk2, kata nanti darjah 2 masuk dia pun ok lah.. tapi imagination dan kehendak budak2 ni kita tak boleh amik ringan. dia startlah day dreaming, mengatakan petang ada kelas itu lah, kelas ini lah.. as if dia nak sgt aktiviti petang, so after mid term hari tu, aku pun mula start enrol dia ke tawkwondo class. Masa mula2 enroll, sama dgn cik totet, tapi after 2/3 classes, i pull her out. kecik sangat lagi, tak pandai ikut arahan...


so far, alhamdulillah, minat dia masih utuh dan teguh. aku pulak yg kadang2 tersemput nak catch up pegi hantar dia. kelas nya every wednesday at 5.15. so wednesday is like the most busiest day of my life, running here and there just to make sure that he ll be on time ( or a lill bit late to join the taekwondo class). ada jugak sir dia hint2... kamu ni sekali datang 2 x hilang, or asik lambat ssaja.... tapi nak wat camner.. den tak sompat nak hanatr dia. aku punya routine hari rabu, kdg2 keluar awal sikit (masa tu aku wp3), kdg2 bawak dia dtg opis, dan 5.30 sharp terus dengan cergas dan tangkasnya ke sekolah. maknanya ponteng sek.agama lah.


so.. sebelum raya hari tu ( i think 21 sep kut), lepas berbuka - vendor belanja kat shangrila, kami pergi ke exam dia (grading untuk tukar belt). keputusannya pada jumaat (kdg2 dia pi jugak training kat sekolah P9 hari jemaat) - dia lulus. ingatkan dah kantoi, sbb ada silap sikit step nya... alhamdulillah dpt lah merasa yellow belt dan semalam baru start dgn yellow beltnya. (untuk boost wkh jr punya confidence belt tu di beli baru - wpun sebenarnya dah ada yg cousin dia punya..). sejak semalam, sibuk pulak lah nak masuk tournament kat KLIA 5 November ni... alah malas betul lah nak participate.. rm25 tut ak kisah lah... tapi nak kena cuti lah pulak 5 nov ni... silap2 kena beli baju lain, sbb baju ni bukan PROSPORT. hai .. anak-anak...


nanti upload video clips masa grading........

Tuesday, October 14, 2008

rescuer fr kampung






sebenarnya ini cerita masa wireless free from nokia e51 masa seminar BCM di Intekma Shah Alam, tapi sempat tulis tajuk jek..cerita tak sempat, sbb so many ppl were using this free Siri Bestari Free Wireless sampai congested habih..... (bolehlah kita bayangkan betapa 'menarik'nya seminar tu sampai almost everyone yg ada wifi asik mentenet..)




well.... rescuer dr kampung ni sebenarnya ma&abah. Hari tu masa balik raya dan infact sebelum raya, ada hint2 dgn atok&nenek, kot2 boleh dtg KL tolong tengokkan cucu2. almaklum lah maid aku dan abun balik cuti... mmg mula2 headache jugak.... dah beria2 bayar duit hantar ke LC, alih2 meragam tiap2 pagi tak nak gi sekolah. Cam tu jugak dgn anak abun, punyalah taknak gi nursery, sampai kekadang kena bawak gi opis... Tapi bila dah lama2, (masa nak raya), the situation olredy improved la... tapi oleh kerana komitmen dan kasih sayang atok&nenek terhadap cucunda2.. datanglah jugak mereka ke KL pd 11 Oktober.




So minggu lepas, rumah aku cam tongkang pecah... balik dr raya, sempat kemas pun sikit2... baju2 tu paham2 jek lah, satu bilik bawah telah di'baju'kan. jumaat malam, ma call kata akan ke P dulu, sbb ada member abah ikut sbb nak gi rumah sedara kat P16. akan sampai pd sabtu petang.... so kelam kelibut cam lipas kudung lah kami, lepas budak2 balik dr SR, mengemas... menyapu , menjemur dan mengemop... so nampak lah cam rumah sikit.




aku pun masak lah sambal tumis udang (sori atok termanis lah sikit - almaklum, lama tak ke dapur), goreng ikan ternggiri dan buat sayur campur. diorang sampai around 2.30pm. lepas makan dan lepak2.




ahad, nenek masak nasik dagang.. dan aku pun buatlah jemputan open hse kepd adik badek je lah.. abun ,atoi dan datin frida join sekali bersama tastycherrychapstick...




so strateginya dari segi penjagaan hal ehawal cucunda ialah..... atok&nenek akan berada di Puchong.. dlm kul 12 akan amik cik totet di P, bawak balik ke Puchong, ptg, samada aku atau en.hubby bawak balik. dah juga buat perjanjian, wotever yg nenek masak, akan jd kami punya dinner, samada makan di rumah abun atau pun tapau.......... so itulah keadaannya sehinggalah maid2 kami balik. kesina jugak pikir2 kan atok&nenek, tapi dah diorang kat sini, kenalah ada task dan acitivites ....kalau dok saje je kan... balik kampung lak org tua berdua tuh...




so semalam, dah sms maid, katanya akan balik mesia (isnin ni 20/10). hmmmmm... lega lah.. so tak payah lah susah kan atok lagi. just kul 1, amik cik totet balik dr sekolah dan terus hantar rumah di P14.




enjoy the pics of atok&nenek bersama cucu2nya...








Tuesday, October 07, 2008

bajet raya



walaupun yg diatas tu telah dibajetkan, tapi lari lah jugak 2/3 latut. tapi ok lah, for the better. tak de lah buat benda yg mengarut sgt. tambahan nya ialah fidyah se ketul dan bagi duit raya anak buah WKH dlm 2 ketul. dan duit raya utk anak2 ku, rasanya mami tak boleh bagi lagi lah. nanti nak makan hari2 pulak miss... tapi gaji b ulan ni cepatkan 20 hb dah gaji... so lagi 2 minggu.. rasanya boleh survive. cuma tadi itu olang sudah mali kutip duit kelab , tak pasal2 rm65 hinggit terbang...
next on the list, ialah gambar2 yg telah di snappy during hari raya... tak banyak tapi ada lah...


















Raya tahun ini

hari ni baru naik kerja. sempat edit satu paper, jengok2 lah blog member. wah sakan member2 beraya tahun ni ya....

cerita pre-raya,raya and post-raya ini tahun

PRE-RAYA

Sabtu (27 Ramadhan)
budak2 ke smart reader cam biasa. papa dia gi keje. tak ingat buat apa hari ni? oh..baru ingat.. janji n ak beli kereta control kerana wkh jr dah berjaya mencecah hari 20 puasa. so gi billion dulu, beli itu ini sikit sebanyak. ada satu kereta ferari rm199 yg dia minat, tak kuasa nak beli. so end up ke toys city alamanda. tengok ada ferari kecik sikit, dlm rm129 less 20%. cik totet pun dapat jugak happy family punya set. masa nak bayar, rupanya bukan rm129, tapi rm229. gilo ke apa? melayang jugaklah rm240 kat situ. petang gi pasar ramadhan bangi. godok kat sana the best. and also nasik lemak. but when we reached the place, the nasik all gone olready. so beli lauk je lah. Malam gi basuh kereta kat bangi. Wkh jr mmg tak puasa, sbb dia dah achieve target.

Ahad (28 Ramadhan)
papa dia keje gak. aku dah sibuk kemas2 baju budak dan baju bapak budak. settlekan kain2 yang belum berjemur dan berlipat. ptg again ke bazar ramadhan bangi. hanya dgn budak2 saja, sbb papa dia lepas buka baru sampai. so beli nasik lemak, godok.

Isnin (29 Ramadhan)
Bangun dalam kul 5.00pg, goreng nugget dan buat roti. Pukul 7 kami gerak dari rumah.... sampai sg.besi hubby tak ingat dia dah kunci kereta dia ke belum........... pusing balik.... sempat amik kereta control wkh jr dan happy family cik totet. jadiknya cam kul 8am lah kami bertolak. singgah kat McD untuk budak2 dan bapak budak. mami budak je lah sorang yg bertahan hari ni.
Dlm kul 4.30pm sampai lah kami ke kampung yang dicintai... atoi & family dah ada. Buka puasa sup ikan merah, budu d'raja. atok beli ayam panggang feveret cucu2. dan air tafu-fa labok mari. Malam atok dan nenek jek terawih. Kami dah sibuk kupas bawang segala.

Selasa (30 Ramadhan)
Sahur nasi goreng. Wkh jr puasa hari ni. Pagi2 subuh sepie atok dah gi beli all the barang basah untuk masak memasak. dan untuk tidak jadi siaran ulangan raya tahun lepas, di mana atok bengang sebab beli ayam tak potong dan dibebel oleh aku dan rozai , maka telah diingat berkali2 suapaya ayamnya siap dipotong... tahun ni seperti biasa... kami buat rendang ayam 5 ekor, rendang daging 3 kilo, nasi impit 12 kampit besar dan kuah kacang. Ketupat - atok tempah. Tapi tapai tak dapek..sbb katanya tukang tapai masih jem di Pulau Condong. Tak sampai2. Mula dr pagi... so dalam kul 1 pm seme dah hampir siap. WKH seperti biasa tugasanya jaga api nasi impit. So dah setel dia punya tugasan terus ke KB jumpa anok beranok yg tahun ni semem balik beraya di kelantan. Ptg family rozai sampai dr rumah mentua dan dlm kul 6 pulak family abun sampai. Kami buka simple jek.. makan dgn rendang, pastu akak ni ha masak sayur campur dengan goreng ikan terubuk masin + ikan rebus goreng. Nekcik hantar sayur lemak keladi. Lida buat siro pisang. almaklum esok dah nak raya kan..so boleh makan puas2.

RAYA

Rabu (1 syawal)
bangun kul 5.15. Nenek kata atok tak sihat. sakit perut dr semalam. Mandi. Solat subuh, bermaaf-maafan. amik gambar pun tak proper. kat ruang dapur jek. so tahun ni takderlah acara bergambar macam selalu. selalu tu pun akak jugak yg beria2 amik gambar seme family. Ajiman call suruh makan nasik ayam rumah nekcik dulu... so kami pergi lah pagi2 tu. Pastu solat raya. kul 9.30 baru habis khutbah ustaz roslan ni. abun oleh kerana cuti, so dia setel kan apa2 yg patut di rumah. Dan acara biasa pun bermula... ramai2 dtg beraya... keluarga muloh ayah pa, moknoh dan nekcik, pastu keluarga moksu. tghari ke rumah moknoh makan nasi dagang + lauk ayam kampung. petang mandi2 bersiap untuk ke kg.laut lak. Sampai kat sana, tengok seme org tgh melepak. tunggu ramai2 dtg utk pergi ziarah. tapi oleh kerana seme kepenatan dan orang tak putus ziarah rumah cikmah, acara ditunda pada esok hari. Malam kami ke padang bas. makan mihun sup dan mee ladna bersama keluarga cikna.

Khamis (2 syawal)
Pagi2 - masak nasi goreng. mula dr 9.30 pagi bermulalah acara menziarah mak2 sedara WKH. sempat 4 buah semuanya di kg.laut, petang di rumah cik ngoh makan roti + kuzi ayam, roti jala dan mee hun. dalam kul 6 gerak ke pasir mas rumah mok tiri WKH. dlm 7 buah kereta. makan malam di sini. dalam kul 11 mlm baru sampai rumah atok&nenek.

Jumaat (3 syawal)
Hari ni anok beranok WKH beraya di sini. So ke town M beli-belah brg utk soto. ayam 4 ekor dan sayur2. ya Allah mahalnya harga brg2 kat bandar M ni, mengalahkan bandar besar. Pastu nak beli mangkuk polisterin seme sold out. Balik, dan akak setelkan ayam. nasib baik ada abun dan lida untuk tolong menolong. oleh kerna diorang janji nak datang lepas pukul 4, ingat tghari tu nak lari sekejap ke sAtu rumah cousin yg buat open house, tapi dah hujan dan badan pun penat, seme malas pegi. Tunggu2 punya tunggu, dgn jem yg amat eruk di ketereh, dlm 6.15 sampai lah 6 buah kereta. Menu pun simple jek... biskut2 raya, meehun dan soto dan sedikit rendang tinggalan hari pertama. Dalam kul 8.30 diorang pun beredar.
POST-RAYA

Sabtu (4 syawal)
Abun dan atoi balik ke KL. Dlm kul 11.30 kitaorang pulak gerak ke KB, sbb ada cousin WKH kawin dan singgah kejap ke HUSM tengok abe yg sakit. (Semasa berita ini ditulis, abe telah pun menghembuskan nafasnya yg terakhir pada 3.00 pagi - 7 Oktober, innalillah dan al-fatihah untuk abe, semoga rohnya dicucuri dan ditempatkan ke dalam golongan orang2 yg beriman..). Ke kenduri di Taman Guru. Petang ramai2 ke PCB, acara lepak bersama keluarga WKH. Malam dalam kul 11 sampai rumah atok& nenek

Ahad (5 Syawal)
Bangun 4.30pg, gerak ke KL dlm kul 5pg. Ada tempat jalan lancar, ada yang merangkak ada yg cam semut dan ada yg tak bergerak langsung. Tempat jem teruk - jln gua musang nak sampai ke r&r, lepas r&r tu jem lagi. pastu clear. pastu bentong jemmmmm sampai bandar . nasib baik tak lalu raub , sempat mengona ikut abang WKH ke sg.koyan, kalu tak kat traffic lite raub tu pun dekat 1 jam sangkut. pastu keluar jek tol bentong... jem jem jem dlm 12 km. masa ni akak pulak drive, rasa kebas seme palo lutut. AKhirnya dgn izin Allah, kul 4.00 ptg sampai rumah akak WKH. dan dlm kul 5.30 ptg sampai ke rumah. Alhamdulillah.



~tammat~

Friday, September 26, 2008

hari ke 26


diopis hari semalam dah ramai yg mem babai babai. Hari ni ptg ada perjumpaan dgn ksu pulak. Kalau tak rasanya lg ramai yg cabut awal. Almaklum hari terakhir minggu ni. Di dept aku 90% akan mula cuti. Hari ni jugak budak2 akan melepak d opis blah petang. Harap2 diorang behave la.

Monday, September 22, 2008

Home without aide










Well, 20 Ramadhan... pembantu balik cuti 1 bulan... jadi tinggallah kami anak beranak dan dengan paksa rela semua house-chores secara automatik nya sendiri bikin.

Tapi aku pulak dah tau dekat2 bibik nak balik, pemalas ya Rabbi. I was just telling to myself, ok, have to save all the energy so that, bila aku dah kena buat seme keje2 rumah, tenaga yg disimpan tu keluar sikit2.

Tah la, tapi ini dah 2 hari, dan kerna ianya jatuh sabtu/ahad, so far ok lagi lah.. masih dalam keadaan terkawal. Harap2 semuanya ok.


Sahur tadi, hampir2 terbabas aku dibuatnya. Alarm clock, bila check2 rupanya hanya quick alarm, meaning 1x sj bunyiknya, so dah bunyik semalam, ini hari tada bunyik..... ingatkan hari2..


Well.. sahur the previous nite, kami makan nasi tanpa lauk, iaitu ready made lauk.. sambal ikan bilis + sambal daging.. dan wkh jr makan burger, pastu keropok lekor ihsan dr my good neighbour.. surprise..surprise.. en.wkh, bangun dan tolong goreng burger.


something is not very rite here... my man, who already with me for 8+ yrs, never on his life would wake-up and do 'something' other than, tarik kerusi and makan during sahur.. telah melakukan sesuatu yg aku rasa hebat.. tapi bak kata dia, tok kijo buleh lah tolong..

i do not hope for miracle, tadi sahur.. idok langsung dia bangun malah kembali kpd keadaan normal.. bangun dan makan. Kami sahur nasi, ayam goreng, telur kicap dan lauk ready made.

acara shopping
------------------
en.wkh heran, dia kata kenapa ini tahun aku tidak beria2 sgt membeli dan membelah, baju anak2 ke apa ke. Hai, utk kueh raya, aku dah order almost rm200.

baju pulak.. baju kurung cik totet dah ada 3 pasang.. maroon dan hijau masa abe tah dia kawhwin, julai hari tu ihsan dr cik mah.. dan baju kurung cotton dr labuan yg sama dgn cousin dia si yaya. so itu kira setel.
seluar - ada 2 beli kat bandung april hari tu. budak cepat besar, sekarang dah ngam2. pastu ada skirt dan 2 baju baru, dpt masa birthday dia.
gown - 2 dr bandung (sudah kicik) dan 2 baru, beli julai, utk birthday, baru pakai 2 x. so setel utk cik totet.
baju wkh jr - dia ada jeans yg tak baru tapi 2/3 helai.. baju pun ada 2/3 helai yg masih ok lah. cuma papa dia kata nak beli baju melayu baru.. so ok lah.

sabtu malam
---------------
plan nak gi bukit jalil katanya happening banget. so after berbuka kat Kag*mas Ba*ngi (rm30 per person) - makanan ok, cuma tak ada variety. bak kata en.wkh, sekali ni jer lah............ kita org pun gerak ke bukit jalil... takder lah best mana pun, tapi yg tak bestnya bulan2 ramadhan ni siap funfair penuh orang. dan aku pun tak terkecuali meramai kan diri ke situ.. rasa sedih gak... sepatutnya gi terawih.. tapi ke sini pulak kami.... budak2 merengek2 nak berfunfair so perabih jugaklah kat situ dlm rm30+ . satu ride , ada yg rm4 ada yg rm2. cekik darah betul. game yg tah apa2, semua sekali main rm4. ish tobat nak bawak anak2 lalu kat situ................... sebelum tu dpt gak wkh jr, satu jeans, dan satu baju, brand.. dek-dek... dia tak kisah... so aku pun lagi lah tak kisah.. murah je. baju melayu ke apa ke tak der yg menarik...





ahad malam
---------------
masih acara cari baju melayu wkh jr.. ingat nak gi area sogo ke jln tar after berbuka, tapi kata member yg terserempak kat pasar ramadhan bangi, org bersesak hari sabtu, siap jalan berselisih bahu lagi..malas lah cam ni. balik buka puasa kat rumah, kami ke Mydin depan rumah.... heheheh jgn marah, depan rumah tu... so dapatlah jugak se persalinan. very cheap, dgn baju, sampin dan songkok, rm26, rm10 dan rm8.50 not even rm50 pun.. mydin pun mydin lah....... mengikut seruan kerajaan.. berjimat dan berhemat...

ops... dan 6.30 better get ready. hari ni hari pertama cik totet ke LC balik, after almost 4 month berhenti. ingat nak hantar rumah baby sitter, tapi dia tak nak. so terpaksalah buat muka kesian gi kat LC minta tumpang 3 minggu. boleh, tapi kena bayar cam full month rm310. ok lah... so we ll see how cik totet doing yaa...










Thursday, September 11, 2008

11 ramadhan



diam tak diam dah 11 ramadhan.hari ni ada courselah pulak kat subang jaya. Blog fr free and unsecured wireless again

Monday, September 08, 2008

this is my 100'th post



selamat berpuasa

ramadhan -dah 7 going to be 8
aku baru posa 2 hari
wkh jr tinggal 1 hari --> jumaat
sabtu - buat potluck rumah abun - dgn atoi dan datin
ahad - ke bazar ramadhan bangi - marvelous
insya Allah nak berterusan tarawih - p16 tak ramai org

i m counting the days my maid going home ..on the 20th
start dari tu, nampaknya aku kena bersingsing lengan dan bersilat lah.
dah kena start amik multi-vit ni kena bertenaga sikit utk membuat kerja2 rumah dan masak memasak.
cik totet harap2 ok di rumah mak ros nya.


p/s ; pc kat rumah rosak, technician aku kata mula2 power supply, pastu main board. aduh.. ni nak kena baper ratut pulak ni? for the time being, bawak balik notebook ler.. kalu tak rugi streamyx nih...

Monday, September 01, 2008

Journey of Cik Totet's Birthday












27 August
---------
Hari Lahir Cik Totet yang ke 4. Dah besar dah anak mummy.
Still in Kuching. Petang dalam 6.00pm touch down. Anak beranak kat KLIA makan burger King. Pastu En.Hubby kata dia mungkin kena kerja Saturday, the day that we suppose to celebrate birthday cik totet. hmmm... kalau macam tu tak jadilah... tapi benda tak confirm lagi, so esok akan tahu kena kerja ke tak.

28 August
---------
Kerja. Ada seminar kat PICC. (itu yang post blog dari e51 coz ada wireless free)
Petang - confirm en hubby tak jadi kerja sabtu.

Lepas balik kerja - ke Bakers Cottage order cake. Ingat nak cari cake besar sikit untuk cik totet. tapi they need at least 3 working days. So end up, cik totet dapat 1 kg dan abang dia tak pasal-pasal dapat 1 kg. Tak palah, wkh jr. kata sapa2 yang tak bagi present kat dia, boleh bagi masa birthday adik.... hmmm... 2 kali lah nampaknya abang dia celebrate birthday....

Malam - start message to almost everybody (adik beradik, anak sedara, jiran tetangga dan sorang 2 budak ofis. nak ikutkan lagi ramai nak jemput, tapi tak laratlah pulak.. tau je lah anak beranak pun dah almost 100). SMS lanjut di hantar pada tukang masak..
Pastu anak sedara en.hubby called, nak join dan jadi co-host utk birthday hilman dan mummynya. bolehlah.. pulak2 tu salah sorang tukang masak adalah nenek birthday boy.

29 August
---------
Petang, en.hubby balik kerja terus ambil cik dah kat opis dan pegi beli brg2 utk party pack.
Malam - cik mah dtg dgn cubang dan aina. terus siapkan party pack. isinya?
- coklat nips, twisties, gula2 6 ketul,saputangan kecik - buat dlm 60, esok kena tambah lagi.

30 August - The BIG day
---------
Pagi - Brekfast nasi goreng, kami berpecah 2 grup.
en.hubby dgn cik mah , ke puchong dan ambik mama jah dan mok long dan terus ke pasar tani beli brg basah
mummy dan cik dah hantar cik totet dan ekh jr. ke smart reader. dan terus ke alamanda beli apa2 yg patut. dan juga cari presents.

menu nya setelah dibincang dgn co-host:
petang
------
laksa penang
roti cicah gulai kelantan style
bubur cha-cha ( plan asal bubur kacang + durian)
nugget

malam (lepas tahlil)
-----
nasi putih
gulai daging
ayam goreng rempah
sambal garam
ulam2an



lepas beli barang di carefour, terus amik budak2 di smart reader. drop budak2, gerak pula ke rumah mama joh, amik periuk dan dapur. dah nak sampai, en.hubby call kena gi pasar borong, nak isi barang tak muat kereta. lari pulak ke pasar borong, sempat pekena roti canai. pastu beli brg2 kering tambahan. kul 12.30 baru sampai rumah.

balik rumah, tukang masak laksa dah ada, so start masak. prepare utk lunch dulu, tukang2 masak tersohor (mok long, cik mah dan mama joh) berganding tenaga bersama2 kami yang lain (kak na, kak ja, ana, yanti dan saya).. tengahari makan ikan percik. best!. rumah pun dah mula penuh. budak2 pun dah ramai.. lantak.

kul 5.00 - co host sampai, bawa roti dan KFC.
petang, kul 5.30 baru gi amik kek.
dlm 7.00- dah ramai. i think by this time, kereta dah dlm 10 bijik kut. tapi budak opis seme tak datang, seme sms balik kg. ide and family dr JB pun sampai. lepas maghrib, atoi dan family pulak sampai. abun & family gi cherating, so tak dapatlah join.

maghrib - org lelaki di ketuai oleh papa joh buat tahlil kat atas. org2 perempuan, adalah 4/5 orang.

adalah 2 jiran yg sudi menghadirkan diri. mak ros sms diorang masih di seremban so tak dapat join.

8.30 - acara potong kek.
9.00 - acara buka hadiah.

seme beransur pulang by 12.00 pm. yg bermalam kak ja anak beranok, wani anok beranok dan cik dah serta adam.

31 August
---------
Pagi - panas2 kan laksa dan nasi
pastu gi swimming pool bawak budak2.

tghari - gi alamanda sekejap, acara org pompuan. budak2 dan all the man tinggal kat rumah.

balik - masak luch, kali ini, sambal telur dan ikan bilis goreng.
ptg - seme balik. dan kami gi hantar cik dah.


sekian. terima kasih lah pd semua yg sudi tolong masak2, kemas2. yg sudi hadir pun terima kasih.

meh cerita pasal bajet sikit:

kek - rm136
party pack - plastik bag + sapu tangan - rm70
nips/twisties/gula2/belon - rm150
brg2 di carefour - rm150
brg2 basah pasar tani dan pasar borong - rm450
air batu dan gas - rm 35

beras cik dah sponsor
laksa 5 peket mama joh sponsor
co-host top-up rm200 dan roti dan KFC

Thursday, August 28, 2008

blog from e51 via wireless




i ve been trying to blog via this communication. Try every single wireles connection but to no avail. At last here i am. Coincidence hearing the speaker beleber psl future technology in ict in picc but not listenin. Great

(any way, i tried to edit wotever i wrote thru e51 using normal method.. susahlah pulak.. all in html.. kena baca source code lah pulak ..).. so yang mana dlm italics ialah yg telah di tambah bila online cam biasa.. <------------- on 8/9/09 rupa2 nya baru disadari, bukan silap sesiapa tapi silap diri sendiri, kerana amik mode 'edit html' bila mengedit post... itu yg kuar seme html code... so sudah dibetulkan...

Saturday, August 23, 2008

Jaman Sekolah



Dah lama berhajat nak catatkan memory masa sekolah. so lepas subuh, mentara budak2 takbangun lagi , taip kat words and paste it here..


Masa balik kampung hari tu, Abah ada recommend satu kedai nasik berlauk sedap kat Ketereh (serati dan ayam kampung). So 2nd day pagi lepas subuh, kami laki-bini gi lah .. kata Abah, betul2 depan sekolah menengah ketereh. So we went and ate there. Sedaplah jugakk..sesuai dengan selera kami.

Masa tengah beli untuk bungkus…, ini dialognya :

Oghe Tuke Jual : Maghi mano lagi ni?

Oghe Tuke beli: Maghi sini la… nak make nasi belauk

Oghe Tuke Jual : Dok mano?

Oghe Tuke beli: Mache ..

Oghe Tuke Jual : Mache mano?

Oghe Tuke beli: Kat sekolah sains….

Oghe Tuke Jual : Jauh nya mari make sini

Oghe Tuke beli: Ayoh yang royak, dia rekemen

Oghe Tuke Jual : Mok ayah sapa… mace rajin kelih jah

Oghe Tuke beli: Tok kenal kut, diore pun kebetule lalu...


The moral of the story, mungkin, penjual tu , my classmate dulu, or my school mate, sbb kan dulu aku sekolah kat ketereh tu. Aku cerita kat En.Hubby, aku ni masa jaman persekolahan terlalu banyak sekolah and terlalu tak ramai kawan. Sampai aku rasa aku tak boleh ingat lebih dari 10 pun rakan2 sekolah aku dr aku Darjah 1 sampai aku Form 6. Mungkin masa UiTM , ramailah jugak aku kenal. Aku sekolah kat mana ya?



Pre-school – aku rasa macam aku tak gi tadika ke apa, tapi masa ni kami dok wardibun camp kat setapak.. aku tak ingat sangat..Cuma aku rasa cam ada belajar2 …

Darjah 1 – S.K. Si Rusa, Port Dickson (x de langsung rupa / nama kawan2 yang terlintas – cant remember anything)

Darjah 2 – S.K. Bagan, Tok Bok kut (aku tak tau kenapa aku sekolah sini, aku ingat2 lupa, rasanya sbb muloh ayah wei ngajar sini..tapi kenapa ma/abah aku hantar aku balik kampung ya ? aku pun heran dan tak sampai hati nak tanya diorang..) (x de langsung rupa / nama kawan2 yang terlintas – cant remember anything)

Darjah 3 – S.K. Machang (sbb muloh Ayah Wei ngajar di mana tah, dan aku dok dgn keluarga ayah wei ; di Kemuning- ini pun tak jelas dan aku ingat2 lupa.. samada aku darjah 2 & 3 atau darjah 3 sj) (rasa aku ingat sorang – Mashitoh kut nama dia dan sorang lagi faridah - aku rasa aku jumpa diorang balik masa sekolah menengah )

Darjah 4 – S.K. Si Rusa, Port Dickson (aku balik ke PD dan dok semula ngan ma/abah) ( ada sorang budak.. salina .. aku ingat dia dan cikgu lucy..cikgu english paling garang di dunia..sbb kalu buat salah mmg kena hantuk kepala kat papan hijau..salina ni selalu kena..gila betul cikgu zaman dulu.. aku pernah kena berdiri atas kerusi jek, pastu ada budak cantik, bahiyah ke apa nama dia.. dan budak lelaki shafie..diorang ni aku ingat sbb di lantik jadi pengawas. )

Darjah 5 – S.K. Si Rusa, Port Dickson – aku dah ingat masa ini, aku dah start main netball dan gila sukan. cikgu aku paling ingat cikgu rahim. Dia cikgu sukan merangkap cikgu BM. Aku tak tau tang mana dia berkenan kat aku, almaklumlah dahlah pendek, hitam legam lah pulak. tapi aku dpt jadi pengawas. Ada budak nama Suraya dgn Mastura. (aku ingat 2/2 ni sbb aku jumpa balik diorang kat ITM, tp Mastura keluar gi Maktab, dan Suraya ni, aku ingat masa orientation jek hai2..pastu sampai sudah buat2 tak kenal jek)




Darjah 6 – S.K. Si Rusa, Port Dickson – saat paling gemilang kat sekolah.. perasan lah ni. Sbb sukan, merata N.S eh takdelah daerah P.D jek aku round.. yg aku ingat, kami pernah main netball kat S.K Bagan Pinang, S.K Pasir Panjang,S.K Sunggala (ramai org jawa kat sini tau, kitaorang rasa diorang main bomoh, sbb member aku shooter kata asik tengok tiang gol bergoyang jek… entah ya ntah tidak… kami pernah kena 0-25. Aku mmg tetap dan berpencen jd C. pastu aku masuk nasyid lah.. koir lah - Koir – pernah sampai ke Seremban.- yg aku ingat lagu istana ratu .. sungguh amat indah istana ratu, menarik pandangan setiap waktu..lagu apa tah. Pah tu bunga mawar. Tapi kalah manjang la.. . Olahraga, pernahlah sampai MSSD. aku punya acara..sprint, 100m dan 4x100m ,long jump dan high jump. tapi takderlah excellent, setakat medal tu ada lah, tapi color gold/silver/bronze tu bersilih ganti la.. Aku tak ingat, aku masuk acara apa.. tapi masa kat padang high school PD tuh, aku ingat ada sorang anak org besar Askar la faridah nama dia , masa 100m (heat) dia tak sampai lagi, boleh cikgu rahim suruh aku ganti… aku dpt lah no 3, tapi bila final, dia suruh si faridah ni pulak lari… tah apa2 tah… kami yg bodoh2 ni ikut je lah.. hehehe jaman2 dulu pun ada kes cheating dlm sukan ni kan... member2 netball aku ingat rohana – muka bengis gitu…dia defend lah GK ke GD aku tak ingat. Pastu member kelas, aku ingat sorang, Suzana, macam mamak sikit and very pretty. Yg laki sorang pun tak terlintas kat kepala aku. Shafie tu je lah kut, sbb dia head boy. Tapi haram muka dia aku tak ingat . head girl dia aku lah. Tapi aku ni memag orang tak suka sbb garang bebeno. Insiden yg aku ingat, masa duty, ada sorang budak laki tak nak menyapu, aku ketuk kepala dia dgn duster, dia mengamuk, kejar aku ngan bulu ayam satu kelas, mencicit aku lari.

kalu aku gi PD, setiap kali lalu SK Si Rusa tu mesti cakap ngan budak2 ni sekolah mummy. dan aku sempat amik gambar. dulu msa aku sekolah, ada 1 jek bangunankayu dua tingat. sekarang ni ada 2/3 blok. depan sekolah, ada rumah cikgu. mmg aku ingat, cikgu rahim dgn volkswagen merah. mana lah cikgu aku tu sekarang. plum2 speki. bun, ko ingat tak cikgu rahim...


Sekolah menengah???? Ntah lah bila tahun pulak aku nak recall balik... ini pun sbb kes make nasi belauk kat ketereh, pastu mengenangkan aku ni tak de kawan2 yg lekat dlm ingatan..so this is my tribute to sapa ya..to my old school and to my self...

Friday, August 22, 2008

Cuti di Kampung Halaman











Alhamdulillah... dapat jugak kami sekeluarga menghabiskan 2/3 hari di kampung. Ziarah ibu dan bapa dan tanah tumpah tercinta. Hampir2 saja cuti di'beku'kan sempena SSR dari MAMPU. Nasib baik ter advanced tarikh, berjaya jugak saya memboloskan diri bercuti 3 hari. Tapi dipotong sehari.. coz hari Rabu ada raptai event besar. So dapatlah balik dr pagi Sabtu dan balik balik ke sini Selasa petang.






Banyak jugak meround. Spt biasa, En Hubby tak betah tinggal lama di rumah mentua. Dapat jugak cilok semalam di KB. This time around Destiny Hotel coz RIdel fully book. Tapi oklah..dapat jugak merasa round Wakaf Che Yeh (1st time menjejakkan kaki ke sana) dan at last... makan di White House ( I think, this shop has been over-rated by JJCM.. tak der lah superb sangat, tapi OK lah..). Sempat makan di Nasi Sumatera (pastu malam kami sakit perut laki bini). Surprisingly di Tesco KB ada Big Apple... apa lagi anak2 makan donut tak ingat dunia.. (dan WkhJr pulak sakit perut).


Enjoy the pics.. they worth a thousand words. Tak payah ceritalah...









Oh ya.. sempat snappy collection perfume sekarang (banyak jugak).


dan satu lagi.. baru beli karpet. mmg dah lama berhajat utk rumah baru.. jadilah .. dari tak dak.


and I got my new HP last 2 weeks. the most important features.. got WiFi easy for me to test all those new tech..
... and all those pictures was taken by my 2MP Nokia e51. Pixel kecil, gambar kurang cun, but very handy coz I forgot to bring my Olympus 8MP camera back home. Has to make do with 2MP..
I ve also try the WiFI in Big Apple and also this afternoon in PICC. Superb. Just that, the font and pic is too small for my 'old' sight.
this Sunday kena g kuching lah pulak. attending some courses. has to leave my beloved hubby and children for 4 days. nak wat camner... kena arrange transport for wkh jr lah pulak...
ok got to go. ooo another thing... sempat curi2 jek tengok olimpik.. bz lah.